Selasa, 22 Jun 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kontroversi: Tindakan Meroboh Seluruh Tembok Penjara Pudu Buktikan Kerajaan UMNO BN Tidak Pandai Menilai Erti Pentingnya Sesebuah Sejarah

Posted: 22 Jun 2010 12:26 AM PDT



Ribuan wargakota Kuala Lumpur terkejut dan tergamam tatkala melihat tembok Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu menyembah bumi malam semalam. Biar pun atas nama pembangunan, ramai yang berpendapat bahawa sekurang-kurang pintu gerbang penjara itu dikekalkan. Alasan yang diberikan oleh kerajaan bahawa penjara itu tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada kita adalah tidak wajar sama sekali. Penjara Pudu adalah lambang kemegahan dan keadilan buat rakyat sebenarnya. Di situ banduan yang terbabit dengan berbagai kesalahan jenayah ditempatkan sebelum adanya Penjara Sg.Buloh sekarang. Sejarah tercipta, malah penjara yang telah wujud sejak sekian lama itu telah meninggalkan banyak nostalgia buat rakyat Malaysia sebenarnya. Maka, apalah salahnya jika salah satu bahagian penjara tersebut dikekalkan dan dipulihara untuk tatapan generasi akan datang. Sekurang-kurangnya mereka boleh tahu bahawa disitulah tapak bersejarah untuk negara satu ketika dulu. Tindakan meroboh penjara tersebut semalam jelas sekali menunjukkan bahawa pihak terbabit buta sejarah sebenarnya. Mereka langsung tidak dapat menilai nilai-nilau sejarah yang perlu dikekalkan untuk tatapan pada masa akan datang. Kini kawasan itu akan dibangunkan dengan pusat perdagangan komersial atas nama sebuah pembangunan.

[Ramai yang tertanya-tanya, jika Kerajaan Negeri Melaka boleh mengekalkan monumen sejarah Tembok Kota A'Famosa peninggalan Portugis dulu maka kenapa Tembok Pintu Gerbang Penjara Pudu tidak berupaya untuk dikekalkan?. Bukankah Portugis itu penjajah yang telah menyebabkan rakyat Melaka kini tidak beraja sehingga ke hari ini. Namun, atas nama sejarah untuk ditatap oleh generasi akan datang ia dipulihara sebagai destinasi pelancongan bersejarah yang cukup popular di negeri itu pada masa ini. Soalnya sekarang, kenapa kerajaan gagal melakukan terhadap Penjara Pudu. Sejarah dirobohkan begitu sahaja tanpa dan perasaan bersalah langsung. Memang kita tahu, kawasan terbabit telah dibeli dan akan dibangunkan. Namun apa salahnya ditinggalkan sedikit mana-mana bahagian penjara tersebut sebagai sejarah?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, apakah kerana wang yang dicari maka sejarah itu sanggup dikorbankan oleh pihak-pihak yang berkenaan].

Spekulasi: Rombakan Kepimpinan Tertinggi PKR Minggu Ini, Semoga Tempiasnya Tidak Menggugat Keharmonian Parti Di Negeri Pahang Hendaknya!

Posted: 21 Jun 2010 06:40 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kabarnya akan membuat satu rombakan besar kepimpinannya minggu ini. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution beberapa orang Ketua Perhubungan Negeri dan Ketua Biro parti dijangka akan digantikan, manakala beberapa lantikan baru pula akan mengisi jawatan Majlis Tertinggi parti itu. Malah terdapat juga spekulasi bahawa dua orang bekas Menteri BN, iaitu Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng akan diberi peranan yang lebih besar untuk memperkukuhkan parti. Soalnya sekarang, apakah rombakan yang bakal berlaku ini dapat diterima oleh ahli parti peringkat akar umbi. Masih kita ingat hujung tahun 2008 lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR dikecam hebat kerana membuat rombakan pucuk pimpinan parti peringkat negeri. Malah, ada sesetengah negeri yang langsung tidak dapat menerima keputusan Anwar menukarkan Ketua Perhubungan Negeri ketika itu. Paling panas ialah di negeri Perak dan Pahang ini sendiri. Maka itu, apakah keputusan membuat rombakan terhadap pucuk pimpinan tertinggi peringkat negeri kali ini bakal diterima ahli?. Kita takut, akibat rombakan tersebut menyebabkan parti berpecah belah dan semakin berpuak-puak nanti. Tambahan pula, Pengerusi Perhubungan Negeri yang sedia ada sudah lebih setahun menjalankan tanggungjawab tersebut dengan cemerlang sekali. Di Pahang misalnya, kepimpinan baru Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) kini semakin diterima oleh seluruh ahli parti. Biarpun pada awalnya, terdapat beberapa tentangan yang mahukan pengerusi lama dikekalkan. Namun, ternyata percaturan Anwar agak bijak ketika itu dan Dato' Fauzi dilihat telah berjaya membina semula kekuatan parti dari segala peringkat. Malah, Parti Keadilan Rakyat di Pahang kini dilihat semakin utuh dan kuat. Dato' Fauzi bukan sahaja telah berjaya menerobos tembok besar BN di kawasan perkampungan orang asal (asli), malah hingga ke kawasan tanah rancangan Felda yang menjadi "talian hayat UMNO BN" di negeri ini. Beliau juga telah berjaya menarik ramai ahli-ahli UMNO untuk bersama Pakatan Rakyat dalam membela nasib mereka. Malah, ada di sesetengah kawasan cawangan UMNO dibubarkan terus gara-gara keyakinan mereka terhadap kepimpinan Dato' Fauzi Abd Rahman. Maka itulah kini beliau semakin digeruni oleh UMNO Pahang. Kekuatan beliau untuk menarik begitu ramai ahli UMNO peringkat akar umbi itu amat mengecewakan pemimpin UMNO Pahang. Malah, beliau juga pernah diumpan dengan berbagai ganjaran dan imbuhan jika sanggup tinggalkan PKR dan kembali kepada UMNO. Namun, atas sifat untuk bersama rakyat dalam meneruskan sisa-sisa perjuangannya Dato' Fauzi kini begitu konsisten dengan Parti Keadilan Rakyat. Banyak program-program dan agenda besar yang telah dirancang serta dilaksanakan sepanjang beliau mengemudikan parti setakat ini.

[Oleh itu, ramai yang gusar jika namanya juga termasuk dalam senarai rombakan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti nanti. Tambahan pula ada ura-ura yang mengatakan ada pihak-pihak tertentu dalam parti yang begitu cemburu dengan corak kepimpinan beliau sekarang ini. Maka, mereka mencari jalan agar jawatan yang disandang oleh beliau diberikan kepada pemimpin lain. Apapun, rakyat di Pahang sebenarnya amatlah mengharapkan dan masih memerlukan kepimpinan beliau untuk membawa arus perubahan serta membela nasib mereka. Maka, besarlah harapan kita agar rombakan yang bakal berlaku tempiasnya tidak sampai ke negeri Pahang ini. Mungkin ada yang sedang mencongak agar spekulasi ini berlaku sebenarnya. Namun, mereka juga harus melihat segala gerak kerja dan tindakan yang dilakukan oleh beliau sejak meninggalkan UMNO dan menerajui PKR di negeri ini. Ternyata, kekuatan Pakatan Rakyat juga semakin bertambah dengan pengaruhnya].

Spekulasi: Isu Perletakkan Jawatan ADUN BN Seri Serdang Semakin Panas Bila Satim Tidak Hadir Ke Mesyuarat Mingguan UMNO Selangor Malam Tadi!

Posted: 21 Jun 2010 05:53 PM PDT

Desas-desus atau khabar angin Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman (foto) akan melepaskan semua jawatan politiknya kini semakin jelas kelihatan. Biarpun ia bukannya isu panas yang perlu diperbesarkan, namun UMNO BN di Selangor amat gusar jika benar Satim mengambil tindakan tersebut. Tambahan pula, jika Satim mengosongkan kerusi DUN Seri Serdang maka ini bermakna mereka terpaksa berhadapan dengan satu pilihanraya kecil bagi kawasan tersebut. Inilah yang amat ditakuti oleh UMNO di Selangor, yang kini bagai "cacing kepanasan" dengan isu Satim ini. Soalnya sekarang, apakah benar Satim mahu melepaskan semua jawatannya itu?. Inilah yang bermain difikiran mereka. Jika benar, maka pembangkang (BN) di Selangor berada dalam keadaan bahaya sebenarnya. Tambahan pula, populariti Khir Toyo kini semakin merudum selepas tewas bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu Mac tahun lalu. Khir Toyo kini benar-benar telah menjadi "kadam", selepas sekian lama menghisap darah dan keringat rakyat Selangor sebelum ini. Kegusaran UMNO terhadap Satim semakin membuak-buak bila beliau tidak hadir dalam mesyuarat Pengurusan Badan Perhubungan UMNO Selangor semalam. Namun, bagi meredakan keadaan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar dengan bangganya menegaskan bahawa ketidak hadiran Satim itu adalah perkara biasa kerana beliau mempunyai urusan lain. Sama ada Satim benar-benar mahu melepaskan jawatannya, hanya beliau yang tahu. Malah, menurut satu sumber mengatakan tindakan Satim itu dek kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan UMNO Negeri.

[Ramai juga yang benci dengan perangai Noh Omar sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini. Apa tidaknya, menurut satu sumber Noh meminta komisyen sehingga 30% semata-mata menyokong permohonan tender kantin sekolah yang dibuat oleh puak-puak UMNO sendiri (UMNO Kelang). Katanya, kontraktor tersebut berjumpa Noh untuk sokongan tender di lima buah kantin sekolah. Amat mengejutkan bilamana Noh mahukan 30% komisyen bagi setiap satu tender yang disokong itu. Akibat kecewa dengan sikap Noh, maka akhirnya kontraktor yang merupakan proksi UMNO itu akhirnya membatalkan hasratnya itu. Beliau amat kecewa dengan tindakan Noh Omar yang sanggup meminta komisyen sebanyak itu daripada ahli penyokongnya sendiri. Lantaran perkara itu kontraktor terbabit kabarnya bersemangat untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Akhirnya terbuka juga pekong Noh Omar sebenarnya. Patutlah, Satim Diman juga kecewa dengan kepimpinan UMNO Selangor. Mungkin mereka juga dinafikan projek atau dipaksa membayar komisyen yang tinggi kepada Noh Omar jika memohon projek dibawah Kementerian Pelajaran itu sendiri. Semoga rakyat di seluruh negara juga sedar akan perangai sikap sebenar pemimpin UMNO].

Keputusan Terkini Bola Sepak Piala Dunia 2010 !!

Posted: 21 Jun 2010 04:18 PM PDT

Sepanyol menduduki tangga kedua di belakang Chile dalam Kumpulan H, Piala Dunia 2010 apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Honduras awal pagi ini. Kedua-dua gol Sepanyol dijaringkan penyerangnya yang bakal menyarung jersi Barcelona musim depan, David Villa pada minit ke-17 dan 51.

Tiada ulasan: