MIMPI SENJA |
- Dr Asri nafi bakal sertai umNO
- Isteri orang jadi idaman Kamal
- Saya akan serahkan pingat, tapi bukan perjuangan ; Jui Meng
| Dr Asri nafi bakal sertai umNO Posted: 19 Jun 2010 08:05 PM PDT ![]() Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - yang suatu masa dulu banyak menimbulkan kontroversi, termasuk pernah di tahan Jais di Bukit Antarabangsa kerana didakwa memberi ceramah tanpa permit akan menyertai umNO cawangan Dataran Merdeka - Itu seperti yang didakwa umNO oleh Setiusaha Kerja nya Datuk Ab Rauf Yusoh. Tapi ini kenyataan Dr Asri ... yang menafikan dia akan sertai umNO ... kah kah kah orang-orang umNO dah sewel .... ![]() |
| Isteri orang jadi idaman Kamal Posted: 19 Jun 2010 09:16 AM PDT ''Kira-kira empat tahun lalu saya sendiri tangkap dia berasmara dana dengan adik ipar saya. Mana muka saya nak letak bila adik saya bergaduh besar dengan Kamal kerana mengganggu isterinya.''Mulanya saya pun tak percaya Kamal sanggup buat kerja maksiat itu, tapi adalah seorang dua jiran nampak mereka keluar berjalan-jalan, shopping ke kompleks beli-belah. Kamal pernah datang ke rumahnya waktu malam. Dia fikir orang tak nampak terutama di tempat orang ramai. Tapi dia silap. Bila jiran beritahu, saya pun tanya dia, macam biasalah dia menafikan, sebaliknya dia marahkan saya konon suka dengar fitnah orang yang suka tengok kami bercerai-berai. ''Saya tanya adik ipar saya secara jujur kerana dia duduk dekat rumah kami, dia pun menafikan. Saya suruh adik saya tanya pula, sebab ini bukan pertama kali Kamal bercinta dengan saudara-mara perempuan saudara-mara jauh kami. - [sepenuhnya DI SINI] |
| Saya akan serahkan pingat, tapi bukan perjuangan ; Jui Meng Posted: 19 Jun 2010 05:02 AM PDT Oleh Stephanie Sta MariaPETALING JAYA: Istana Johor meminta Chua Jui Meng menyerah kembali ketiga-tiga pingat yang dianugerah kepada beliau oleh Sultan Johor walaupun pada asalnya hanya menarik balik dua pingat. Minggu lalu, Chua dilucutkan gelaran 'datuk' dan 'datuk seri' dan diarahkan mengembalikan dua pingat kepada Istana. Tidak ada sebab diberikan ekoran menarik balik pingat tersebut walaupun spekulasi bertiup kencang adanya tangan Umno Johor dalam keputusan Istana tersebut. Umno Johor bagaimanapun menafikan tuduhan ini. Pada sidang media di sini hari ini, Chua berkata, beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Mahkamah Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli, bahawa beliau mempunyai pingat ketiga – Pingat Ismail Sultan (PIS). "Saya bertanya beliau sama ada pihak Istana mahu pingat itu juga dan beliau dengan pantas menjawab ya," kata Chua. Oleh itu, saya akan membuat persiapan untuk memulangkan pingat-pingat itu kepada Istana secepat mungkin. Dan saya mengembalikannya dengan dada terbuka. Ditanya bilakah beliau akan memulangkannya, Chua berkata, tidak ada keperluan untuk segera berbuat demikian. "Saya telah memberitahu Rahim bahawa apa yang perlu beliau lakukan ialah dengan menarik balik gazet ke atas dua pingat itu dan pingat-pingat itu akan bertukar menjadi timah sahaja kerana ia tidak lagi mempunyai nilai dan penghormatan ke atasnya. "Tetapi saya akan pulangkannya jua…. jangan bimbang," ujar beliau. Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah, yang turut hadir, menyoal bidang kuasa Rahim menuntut dikembalikan pingat yang ketiga itu. "Saya terperanjat kerana beliau (Rahim) boleh segera membuat keputusan tanpa merujuk kepada Istana," katanya. "Jadi siapa yang menggunakan kuasa di sini? Siapa dibelakang keputusan pihak Istana? Chua, bekas menteri kesihatan menyertai PKR Julai lalu, kekal gelaran 'datuk' kerana beliau telah dianugerah gelaran 'datuk' oleh Pahang dan Selangor. Saya tidak akan mengalah Chua mengakui beliau sudah tahu sebaik sahaja beliau menyertai Pakatan Rakyat, beliau akan melalui ranjau-ranjau kehidupan dan memuji langkah rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui keperitan hidup sejak 11 tahun yang lalu dalam usaha membawa perubahan di Malaysia. "Saya telah bersiap sedia untuk perjuangan ini tapi saya tidak menjangka saya akan dihukum sebegini pantas atas keputusan yang saya buat," katanya. "Tetapi kehilangan pingat-pingat ini tidak membawa apa-apa erti berbanding dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh golongan reformasi seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Chua juga terpesona dengan sokongan orang ramai yang datang mencurah-curah berikutan perlucutan gelaran dan berkata, "sesuatu yang saya tidak jangka langsung". Beliau berkata, tahap sokongan yang diterima menunjukkan rakyat telah muak dengan politik murahan dan politik dendam dengan kerajaan yang muflis idea untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. "Umno telah membuat perkiraan yang salah dalam usaha untuk menggertak saya," jelas beliau. Mereka mungkin menjangka saya akan memperlahankan kempen reformasi dan malahan peristiwa ini memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan. "Saya berdiri di pihak yang benar dan saya tidak akan berundur," ujar beliau. Chua kemudian menggunakan analogi bolasepak untuk menerangkan keyakinannya bahawa rakyat secara jelas bersedia untuk melakukan perubahan. "Dalam bolasepak, para penonton tahu apabila seseorang pemain itu membetis lawan dan bukannya bola. Dalam tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning kepada Barisan Nasional. Saya yakin pada tahun 2012, mereka akan melayangkan kad merah kepada Umno. - FMT |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan