Selasa, 22 Jun 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ariel Peterporn serah diri kepada Polis

Posted: 22 Jun 2010 05:04 AM PDT

Akhirnya Vokalis rock Indonesia dari kumpulan Peterpan, atau nama sebenarnya Nazril Ariel hari ini telah menyerah diri kepada polis berhubung penyebaran dua video seks bertajuk ariel Peterporn membabitkannya dengan 2 artis wanita yang juga dikatakan teman wanitanya.

Vokalis utama kumpulan Peterpan itu dikaitkan dengan skandal "Peterporn" itu menjadi bualan ramai semenjak video klip seksnya bersama 2 artis wanita tersebar di laman sosial internet, sejak awal bulan ini.

"Ariel menyerah diri hari ini jam 3 pagi (waktu Indonesia) selepas polis menjadikannya suspek bagi penyebaran video yang menyalahi undang-undang antipornografi.

"Kalau dia tidak menyerah diri, kami tetap akan menahannya," kata jurucakap polis, Zainuri Lubis.

"Mengikut undang-undang Indonesia, polis mempunyai kuasa untuk menahannya sehingga tempoh 24 jam. Kami akan membuat keputusan seterusnya sama ada dia akan terus ditahan," katanya.

Video itu menunjukkan Ariel sedang mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari dalam dua kejadian berlainan.



Tiada ulasan: