Selasa, 22 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Statistik Dan Keputusan Piala Dunia France Lawan South Africa (Kedua2 Pasukan Kandas)

Posted: 22 Jun 2010 09:33 AM PDT

Group AFree State Stadium, Mangaung/Bloemfontein
18:07June 22

FTFrance1 - 2South Africa

half-time(0 - 2)




referee :spectators :


Oscar Ruiz (Colombia)39,415

match details :

20'
[0 - 1]B. Khumalo

26'Y. Gourcuff


37'
[0 - 2]K. Mphela

70'F. Malouda [1 - 2]

71'A. Diaby


statistics :
shots on target : 3 - 8
shots off target : 5 - 8
possession (%) : 49 - 51
corner kicks : 3 - 5
offsides : 6 - 3
fouls : 10 - 11
yellow cards : 1 - 0
red cards : 1 - 0


Statistik Dan Keputusan Piala Dunia Mexico Lawan Uruguay

Posted: 22 Jun 2010 09:07 AM PDT

Group ARoyal Bafokeng Stadium, Rustenburg
18:07June 22

FTMexico0 - 1Uruguay

half-time(0 - 1)




referee :


Viktor Kassai (Hungary)

match details :

43'
[0 - 1]L. Suarez

68'

J. Fucile

77'J. Hernandez


86'I. Castro


statistics :
shots on target : 1 - 5
shots off target : 7 - 8
possession (%) : 60 - 40
corner kicks : 6 - 7
offsides : 2 - 0
fouls : 13 - 8
yellow cards : 2 - 1
red cards : 0 - 0


Mansuh UPSR, PMR: MCA Nyata Pendirian Minggu Depan

Posted: 22 Jun 2010 09:00 AM PDT

MELAKA: MCA akan menyatakan pendirian terhadap cadangan untuk memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada minggu depan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada minggu depan.

"Selepas mesyuarat berkenaan, kita (MCA) akan sampaikan maklum balasnya kepada Menteri Pelajaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung MCA bahagian Tangga Batu di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan PerdanaMenteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa peperiksaan UPSRdan PMR mungkin dimansuhkan sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menstruktursemula sistem pembelajaran yang dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan dangagal menyediakan pendidikan holistik.

Bagaimanapun secara peribadi, Dr Chua berkata, Kementerian Pelajaran perlu mendapatkan maklum balas berhubung cadangan tersebut daripada pelbagai masyarakat supaya ia mencerminkan hasrat rakyat Malaysia. Beliau berkata, kajian juga perlu dilakukan terhadap sistem pendidikan kerana pihak majikan mendakwa standard pendidikan negara semakin menurun.

"Jadi adalah penting kita kaji, mungkin kita mansuhkan PMR, pada pandangan peribadi saya UPSR masih penting kerana ia merupakan penilaian terhadap seorang murid selepas enam tahun di sekolah," katanya. - BERNAMA

Video lucah: Penyanyi Peterpan Ariel ditahan polis

Posted: 22 Jun 2010 08:45 AM PDT

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/06/22/ariel-luna-jun22.jpg




JAKARTA, 22 Jun — Polis kebangsaan Indonesia mengenakan tuduhan terhadap penyanyi kumpulan Peterpan Nazriel "Ariel" Irham di bawah undang-undang antibahan lucah ekoran tersebarnya rakaman adegan skandal seks membabitkan beberapa artis yang juga bekas teman wanitanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis kebangsaan di sini, Ketua Bahagian Detektif Kom Jen Ito Sumardi memberitahu, Ariel sudah pun ditahan.

"Dia tidak hadir dengan sendiri tetapi bersama peguam-peguamnya pagi ini. Dia masih ditahan," kata beliau kepada Detik.com yang dipetik Jakarta Globe.

Ariel (gambar, kiri) merupakan satu-satunya suspek dikenakan tuduhan berhubung pengeluaran tiga video setakat ini, yang menunjukkan dua teman wanitanya, penyampai televisyen Luna Maya (gambar, kanan) dan Cut Tari, hos program gosip "Insert."

Ito memberitahu, Luna dan Cut Tari yang telah berkahwin diklasifikasikan sebagai bukti.

Katanya, Ariel akan dikenakan tuduhan di bawah undang-undang antibahan lucah tetapi tidak dinyatakan seksyen yang akan digunakan dalam pertuduhan.

Seksyen 29 akta itu membolehken mereka yang dikenakan tuduhan menghasilkan, membuat, mengedar, menyiar, mengimport, mengeksport, menjual, menyewa atau menyediakan bahan-bahan lucah boleh dikenakan penjara minimum enam bulan atau maksimum 12 tahun.

Jika sabit kesalahan juga boleh dikenakan denda hinga RM2.2 juta (enam bilion rupiah).

Polis juga memanggil rakan Ariel, Andika yang juga bekas anggota Peterpan.

Andika berkata dia dipanggil polis sebagai saksi.

"Sebagai warganegara yang baik, saya mematuhi arahan polis," kata Andika.

Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai video itu.

"Saya tidak tahu. Saya tidak melihat video itu," katanya.

Video klip skandal seks penyanyi muda Ariel tersebar sejak awal bulan ini, bukan sahaja mengejutkan Indonesia, malah menjadi bahan perbualan seluruh dunia.

Bagaimanapun Ariel dan Maya, seorang model dan pengacara program televisyen melahirkan rasa terkejut dengan klip video, yang kini diedarkan dengan meluas menerusi Internet.

Setakat ini tiga klip video membanjiri ruang siber.

Video yang kurang jelas itu kelihatan dirakamkan oleh Ariel ketika mereka mengadakan hubungan seks.

Rakaman itu menunjukkan Ariel, penyanyi berusia 28 dari kumpulan Peterpan juga mengadakan hubungan seks dengan Cut Tari, yang kini sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam temu bual bersama dengan TVOne baru-baru, Ariel dan Maya berkata, mereka kini menjadi mangsa fitnah dan oleh itu, meminta peminat-peminatnya tidak membuat rumusan tidak berasas sebelum siasatan polis selesai.

Bagaimanapun Ariel dan Maya tidak menafikan dengan tegas yang individu dalam rakaman itu adalah mereka.

Maya, 26, pula mendakwa media sengaja membesar-besarkan perkara itu.

Video pertama yang terdedah membabitkan klip enam minit, menunjukkan Ariel berada di atas katil bersama Maya, model sabun Lux.

Media tempatan menyebut klip video muncul di ruang siber awal bulan ini selepas komputer riba Ariel dicuri dan beberapa rakaman yang serupa, dengan selebriti-selebriti lain juga dikatakan diperoleh.

Video kedua lapan minit juga muncul. Kali ini menunjukkan hubungan intim dengan bekas teman wanitanya.

Ketua Umno Bahagian Kawal Peruntukan ADUN Umno Selangor

Posted: 22 Jun 2010 05:00 AM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 22 Jun - Desas desus perletakan jawatan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang diselubungi rasa tidak puas hati berhubung agihan peruntukan RM1 juta yang diberikan kerajaan pusat kepada setiap ahli parlimen Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Umno Selangor sememangnya bergolak akibat wujudnya dua kemopen yang diterajui oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar.

"Kemelut ini ditambah lagi dengan rasa tidak puas di antara ADUN-ADUN Umno di Selangor yang merasakan mereka tidak mendapat keadilan dalam agihan peruntukan pembangunan. Peruntukan dipegang oleh Ketua Umno Bahagian, jadi mana-mana ADUN yang bukan Ketua Bahagian terpaksalah merayu meminta belas kasihan mereka. Kalau ADUN tak 'ngam' dengan Ketua Bahagian maknanya tak dapat atau lambatlah kelulusan peruntukan," jelas Abdulllah sani kepada Suara Keadilan.

Mohamed Satim dikatakan ingin melepaskan kerusi beliau termasuk semua jawatan politiknya apabila gagal hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan badan perhubungan Umno negeri semalam.

Bagaimanapun Dr Khir menafikan bahawa ADUN tersebut mempunyai niat sedemikian.

Mohamed Satim merupakan ADUN veteran di Selangor dengan memenangi empat pilihan raya negeri berturut-turut dan pada pilihan raya umum pada 2008,beliau mengalahkan calon PAS, Ahmad Idzam Ahmad dengan majoriti 45 undi.

Umno-BN Tutup Kegagalan RMK-9, Sasaran RMK-10 Kosmetik

Posted: 22 Jun 2010 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata kegagalan RMK9 langsung tidak dihuraikan dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-10 lantas membuktikan bahawa Umno-Barisan Nasional sememangnya mengamalkan budaya ketidak telusan dalam pentadbiran kerajaan.

Dr Lee berpendapat sementara RMK-10 adalah dokumen yang penting demi menentukan halatuju pengurusan ekonomi negara dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya ia gagal menghuraikan masalah kehilangan daya saing Malaysia berbanding dengan Korea, Singapura dan Taiwan yang telah dikenalpasti.

"Apakah asas Kerajaan Persekutuan menetapkan unjuran pertumbuhan 6 peratus untuk perkembangan ekonomi negara? Ini adalah terlalu optimis dan kemungkinan besar kita akan mengalami kegagalan sekali lagi," Dr Lee berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, rekod pentadbiran kerajaan Umno-BN sejak 15 tahun lalu amat tidak menyakinkan.

Sebagai contohnya, sasaran pertumbuhan ekonomi RMK-7 adalah 8 peratus dan RMK-8 adalah 7.5 peratus tetapi pada hakikatnya hanya mengecapi 4.7 peratus sahaja.

Bagi RMK-9 pula yang sasarkan 6 peratus tetapi hanya capai 4.2 peratus sahaja.

"Walaupun kita telah menggunakan lebih banyak perbelanjaan negara, tambahan pula jurang defisit yang lebih besar, akan tetapi kita tetap jauh daripada sasaran," jelasnya.

Beliau menegaskan defisit yang dirancang semasa RMK-8 adalah RM28.9 bilion tetapi sebenarnya mencapai sebanyak RM 97.8 bilion manakala defisit RMK-9 yang dirancang RM 27.9 bilion tetapi sebenarnya mencapai RM40.3 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan pula meningkat dalam tempoh RMK-9 daripada RM228.6 bilion pada 2005 kepada RM378.3 bilion pada tahun 2010.

Ianya jauh melebihi RM351.3 bilion yang dirancang untuk 2010.

Dr Lee yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, masalah dihadapi RMK-9 telah diketahui umum setelah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam dokumen Agenda Ekonomi Malaysia pada Ogos 2007.

Beliau berkata, masalah perlaksanaan seperti dasar yang 'flip-flop', rasuah berleluasa dan ketirisan yang beterusan menyebabkan rancangan kerajaan selalunya mengalami kegagalan ketara.

Oleh yang sedemikian, kandungan RMK-10 cuma merupakan dalam bentuk pembaikan kosmetik sahaja.

Beliau menegaskan negara kini menghadapi cabaran menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Rakyat harus selamatkan Malaysia dengan membanteras rasuah, ketirisan dan penyelewengan, supaya negara mampu melaksanakan satu transfomasi secara total.

Slogan ‘Melayu Cemerlang’ Dongeng Terbaru Umno

Posted: 22 Jun 2010 04:00 AM PDT

SHAH ALAM 22 Jun - Angkatan Muda KEADILAN Selangor menganggap slogan Umno 'Hidup Melayu' yang dicadangkan diubah kepada 'Melayu Cemerlang' merupakan satu lagi dongengan terbaru Umno untuk mengaburi bangsa Melayu.

Setelah 50 tahun slogan itu digunakan yang hanya menyaksikan Melayu tinggal nama sahaja kini Umno membuat percubaan untuk mengembalikan sokongan yang semakin terhakis dan ditolak rakyat.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut dalam kenyataannya hari ini AMK Selangor mengajak rakyat agar menyorot kembali pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu dan negara yang telah banyak menggadai kepentingan Islam dan Melayu di negara ini.

"Kegagalan Umno mengangkat martabat bangsa Melayu serta Islam selama 50 tahun ini wajar membuka mata rakyat keseluruhannya.

"AMK Selangor juga mempertikaikan dasar dan polisi yang dibawa oleh pimpinan Umno mutakhir kini yang semakin menghakis identiti bangsa Melayu dan Islam.

"Kegagalan menangani rasuah, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat telah menodai perjuangan tulen untuk memartabatkan bangsa Melayu dan Islam. Justeru, Umno perlu hentikan segala gimik dan retorik politik dengan slogan-slogan yang indah khabar daripada rupa," kata Mohd Ezli.

Tambah beliau, jika sebelum ini Umno dengan slogan 'Juara Rakyat', namun apa yang pasti rakyat terus dibebani dengan kenaikan barang dan perkhidmatan, penarikan subsidi, liberalisasi ala penjajahan asing dan kehilangan aset penting negara kepada negara luar.

"Kita yakin rakyat semakin bijak untuk menilai slogan dan retorik politik Umno yang kini meniti reput dan luput. Rakyat tidak mudah termakan dengan slogan-slogan yang indah khabar daripada realiti semasa," tegasnya lagi.

Tian Chua mohon kebenaran buat rayuan minggu depan

Posted: 22 Jun 2010 03:32 AM PDT

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 22 Jun — Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua akan memfailkan permohonan bagi membolehkan beliau membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, minggu depan.

"Kami sudah mengadakan perbincangan semalam dan beliau (Tian Chua) sudah membuat keputusan untuk mengemukakan rayuan," kata peguam Chua Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Amer berkata Chua akan mengemukakan kebenaran untuk merayu berhubung sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.

Walaupun awalnya mengatakan tidak akan membuat rayuan, lewat malam tadi Chua berkata beliau kemungkinan akan membuat rayuan peringkat kedua berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Semalam Chua berkata, sekiranya beliau membuat rayuan ia hanya bertujuan untuk membuktikannya tidak bersalah, bukannya untuk meleraikan pertikaian kesahihan status sebagai Ahli Parlimen.

Polemik pertikaian tentang status beliau yang bermula Khamis berterusan sehingga ke hari ini.

Beliau mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan. Selain beliau, pihak pendakwa juga mempunyai hak untuk membuat rayuan.

Pada sidang media lewat malam tadi Chua menegaskan, beliau masih seorang Ahli Parlimen Batu yang sah.

"Bagaimanapun saya masih mempertahankan, meskipun tidak dilucutkan kelayakan, bahawa ia adalah penghakiman tidak adil kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata beliau.

Wakil rakyat penggal pertama itu memberitahu isunya bukan status beliau sebagai Ahli Parlimen tetapi Mahkamah Tinggi tidak melihat pada bukti bahawa beliau tidak menggigit sebagaiman didakwa.

Sambil mengulangi dirinya tidak bersalah, Chua berkata: "Saya tidak melakukan apa-apa jenayah."

Pagi semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha mengekalkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Chua bertujuan supaya tiada pilihan raya kecil diadakan.

Ghazali mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Ketika menyampaikan keputusannya, Ghazali berkata seandainya hukuman yang dikenakan boleh menjadikan Chua tidak layak menjadi seorang anggota Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

"Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara pelbagai bangsa.

"Atas alasan ini saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil," katanya dalam penghakiman.

Majlis Daerah di Kelantan dinaik taraf Majlis Perbandaran Islam

Posted: 22 Jun 2010 03:00 AM PDT

KOTA BARU, 22 Jun —Semua Majlis Daerah di negeri ini akan dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Islam walaupun ia belum mencapai tahap Majlis Perbandaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan semua majlis daerah sebagai majlis perbandaran yang berteraskan Islam.

"Walaupun belum capai tahap sebagai sebuah majlis perbandaran, kerajaan negeri tiada halangan jika majlis daerah dinamakan sebagai Majlis Perbandaran Islam," katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menjawab soalan Tuan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok), beliau berkata sebagai permulaan Majlis Daerah Ketereh telah mendapat gelaran baru iaitu Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Beberapa majlis daerah lain juga telah menyatakan hasrat untuk dinamakan sebagai Majlis Perbandaran Islam antaranya Majlis Daerah Bachok yang bakal menjadi Majlis Perbandaran Pelancongan Islam, katanya.

Takiyuddin berkata antara langkah bagi memenuhi kriteria sebagai majlis perbandaran berasaskan Islam ialah membina prasarana yang mendorong manusia mengingati Islam, persekitaran mesti berada dalam keadaan bersih dari segi fizikal dan spiritual dan menyediakan infrastruktur ke arah perkembangan ilmu seperti masjid dan pondok. — Bernama

Parti Katak Tentang Mansuh UPSR Bersama DAP

Posted: 22 Jun 2010 01:30 AM PDT

DAP, MP Bebas bantah UPSR dan PMR dimansuh

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Konsensus Bebas hari ini tidak bersetuju dengan cadangan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen, Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri yang mengetuai sidang media bagi konsensus itu berkata peperiksaan awam UPSR adalah sebagai kayu pengukur tahap pencapaian persekolahan bagi Tahun Enam manakala PMR adalah bagi tahun kesembilan persekolahan.

"Lebih dari itu, peperiksaan awam berkenaan adalah kayu pengukur untuk keberkesanan pembelajaran antara daerah dan negeri serta antara latar belakang sosioekonomi sekolah.

"Rasional bahawa peperiksaan UPSR dan PMR mendorong kepada sistem pendidikan yang menjuruskan kepada peperiksaan tidak boleh dinafikan tetapi pemansuhan peperiksaan itu bukanlah penyelesaian terbaik dan hanya sistem pendidikan yang memberi penekanan seimbang antara pencapaian akademi dan aktiviti kokurikulum yang dapat membentuk ke arah satu sistem pendidikan yang holistik," kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata kaedah latihan perguruan dan silibus pembelajaran perlu dikaji semula bagi membentuk sistem pendidikan yang holistik.

Selain itu, Mohsin Fadzli berkata konsensus bebas berpendapat bahawa sistem pendidikan di negara ini seolah bergantung kepada citarasa Menteri.

"Dasar pendidikan berubah mengikut perubahan penjawat portfolio Menteri Pelajaran. Oleh itu, konsensus bebas menyarankan kepada kerajaan bahawa satu dasar pendidikan yang berjangka panjang, konsisten dan berkesinambungan perlu digubal," katanya.

Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Bharu) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Konsensus Bebas ditubuh oleh lima wakil rakyat itu yang dahulunya daripada Parti Keadilan Rakyat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu lagi sidang media berkata memansuhkan peperiksaan tidak akan mengubah kualiti pendidikan sekiranya tiada perubahan terhadap sistem pembelajaran dan pengajaran yang ada pada masa ini.

"Bagaimanapun, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kerana turut menyatakan bahawa kementerian mahu mendapat maklum balas daripada orang ramai bagi membantu memperbaiki sistem peperiksaan awam, sebelum memutuskan perkara itu," katanya.

Bosan Dan Menyampah Dengan Raja Katak

Posted: 22 Jun 2010 01:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat rakannya di Dewan Rakyat Tian Chua wajar dilucutkan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu berdasarkan peruntukan undang-undang walaupun hakim berpendapat pilihan raya kecil perlu dielakkan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata Dewan Rakyat juga wajar mengisytiharkan kerusi Batu sebagai "kosong" dan pilihan raya kecil sepatutnya diadakan bagi menghormati peruntukan undang-undang.

"Peruntukan undang-undang mengekehendaki hakim buat keputusan berteraskan kepada undang-undang semata-mata, bukan tujuan mengelakkan pilihan raya kerana itu bukan peranan mengikut doktrin pemisahan kuasa," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi teks SMS.

Ibrahim menyatakan demikian ketika wujud polemik tentang status Chua selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 pada Khamis lalu.

Ditanya mengenai hasrat hakim mahu mengelakkan pembaziran duit rakyat dan tidak mahu diadakan pilihan raya kecil, Ibrahim menambah, isunya bukan membazir ataupun tidak, sebaliknya asas perundangan perlu dipertahankan.

"Isunya bukan membazir atau tidak... ini isu perundangan," kata beliau lagi.
Oleh itu kata Ibrahim, adalah tidak wajar kedudukan Chua yang juga Pengarah Strategi PKR dikaitkan dengan dasar perlu atau tidak pilihan raya kecil kerana beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang turut menggubal undang-undang tetapi melanggar undang-undang dengan mencederakan anggota polis.

Nasib Chua kini terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat yang akan menentukan statusnya.

The Malaysian Insider difahamkan ia juga tertakluk kepada rayuan Chua yang bakal dibuat nanti.

Lewat malam tadi Chua mengumumkan kemungkinan akan membuat rayuan peringkat kedua.
Bagaimanapun Chua berkata, sekiranya beliau membuat rayuan ia hanya bertujuan untuk membuktikannya tidak bersalah, bukannya untuk meleraikan pertikaian kesahihan status sebagai Ahli Parlimen.

Beliau mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan. Selain beliau, pihak pendakwa juga mempunyai hak untuk membuat rayuan.

Malah Chua menegaskan, beliau masih seorang Ahli Parlimen Batu yang sah.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata wakil rakyat dari PKR ini kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga satu usul menentukan status kelayakannya diputuskan oleh Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menurut Pandikar, usul itu hanya akan dibawa selepas Chua menggunakan kesemua ruang yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Pagi semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha mengekalkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Chua bertujuan supaya tiada pilihan raya kecil diadakan.

Hakim itu juga menyatakan beliau tidak boleh mengubah keputusannya yang dibuat pada Khamis lepas, kata peguam Ranjit Singh yang mewakili Chua yang nama sebenarnya Chua Tian Chang.

Ghazali mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Ketika menyampaikan keputusannya, Ghazali berkata seandainya hukuman yang dikenakan boleh menjadikan Chua tidak layak menjadi seorang anggota Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

"Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara pelbagai kaum," kata beliau dalam penghakiman.

Susulan itu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata perlu mengosongkan kerusinya mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Sebagai contoh, pada 1975, katanya Ahli Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Mengikut Perkara 53 Perlembagaan itu, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula berkata akan menerima apa sahaja keputusan dibuat yang bakal dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat berhubung status Chua dalam menentukan keperluan mengadakan pilihan raya kecil.

"Kalau Speaker membuat keputusan berdasarkan Perkara 53(1) (Perlembagaan), keputusan beliau adalah muktamad. Ia tidak dicabar oleh mana-mana pihak... ini kes sabitan mahkamah," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Melayu Menjadi "makanan" Kapitalis Melayu

Posted: 22 Jun 2010 01:03 AM PDT

Rizab Felda: Anak buat laporan polis esok

TEMERLOH, 22 Jun: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan membuat laporan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang begitu membimbangkan.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, berkata beliau akan membuat laporan tersebut pada jam 10 pagi esok (23 Jun).

Dalam laporan yang telah disiarkan akhbar Harakah keluaran terbaru telah memaparkan bagaimana bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong mendedahkan kekurangan rizab tunai Felda.

Perkara itu terpaksa diakui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Mazlan yang terkenal sebagai pejuang isu-isu pembelaan golongan peneroka Felda dan generasi keduanya sangat kesal dan turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terperinci terhadap kemerosotan rizab tersebut.

Keperluan, kehendak dan keputusan yang telus

Posted: 22 Jun 2010 12:15 AM PDT

Oleh Dato' Salleh Majid

RAMAI mungkin tidak sedar bahawa ekonomi ada kaitan dengan semua orang. Tidak semestinya orang ahli ekonomi sahaja yang ada kaitan dengan ekonomi. Murid sekolah pun ada kaitan dengan ekonomi kerana setiap hari dia diberi belanja dan kena berjimat bagi keluarga yang susah.

Setiap hari juga kita membuat keputusan dengan ekonomi. Ada keputusan yang dibuat oleh bapa, ada yang dibuat oleh emak dan ada yang dibuat oleh anak. Ketua keluarga akan melaksanakan atau memberi kata putus kepada kehendak dan keperluan yang disuarakan oleh ahli keluarga.


Inilah dua perkara yang penting yang patut kita ambil perhatian bila kita membuat keputusan. Keperluan dan kehendak. Di antara kedua-dua faktor ini tentulah keperluan diutamakan.

Selepas keperluan dipenuhi barulah dipenuhi kehendak. Begitulah sepatutnya mengikut teori ekonomi manusia itu insan rasional. Tetapi itu hanya dalam teori ekonomi sahaja. Dalam realiti tidak begitu.

Manusia kadang-kadang tidak rasional dan tidak logik dalam membuat keputusan. Disebabkan itu timbullah pelbagai jenis macam masalah.

Abraham Maslow dalam kertas kerjayanya pada tahun 1943, A Theory of Human Motivation (Teori Motivasi Insan) menyatakan bahawa tangga keperluan manusia ialah dalam bentuk piramid yang mana keperluan fisiologi atau asas di bawah sekali atau di lantai piramid tersebut.

Ini termasuklah menyediakan makanan, pakaian, tempat berlindung. Ini diikuti di atas dengan keperluan keselamatan. Ini merangkumi keselamatan, diri, keluarga, harta dan kekayaan.

Di atas lagi diikuti dengan kasih sayang dan kekitaan yang termasuk keluarga, kemesraan dan rakan-rakan. Di tingkat atas keperluan lagi ialah penghargaan yang termasuk hormatkan orang lain, penghormatan diri, keyakinan diri, kejayaan.

Akhir sekali di peringkat tertinggi ialah keperluan penghakikian diri (self-actualization). Ini termasuklah soal-soal moral, kreativiti, penerimaan kenyataan, tiada prejudis.

Ertinya seseorang manusia itu akan memenuhi keperluan asasnya dulu barulah dia akan memikirkan keperluan yang lebih tinggi. Jadi kalau kita bercakap dengan mereka yang tinggal di rumah setinggan, tidak gunalah kita mengajak pergi ke Balai Seni Lukis kerana ini jauh daripada keperluan mereka yang belum dipenuhi sepenuhnya lagi.

Pada waktu yang sama, mereka yang telah berjaya dalam kehidupan apabila kesemua keperluan yang dinyatakan daripada yang asas sehingga ke peringkat hakiki diri dipenuhi, tidak hairanlah kalau dia berminat dengan lukisan Van Gogh atau Monet.

Ertinya mereka yang kehidupan masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang memerlukan keperluan asas. Di sinilah pihak yang bertanggung jawab menyediakan sesuatu keperluan perlu mengambil kira di mana tahap golongan masyarakat itu.

Misalnya mereka yang ada lima atau enam buah kereta tentu sekali tidak perlu subsidi minyak. Kerap kali kita dibandingkan dengan harga minyak di tempat lain, seperti jiran-jiran kita. Tapi pernahkah membandingkan harga kereta di negara kita dengan di negara lain.

Sepatutnya, tujuan diadakan pemasangan tempatan bagi kereta-kereta luar adalah untuk mengurangkan harga tetapi hari ini jelaslah bahawa harga kereta di negara kita salah satu yang termahal di rantau ini kecuali Singapura.

Mereka yang tidak mampu membeli kereta kenalah menggunakan pengangkutan awam. Ramailah yang terpaksa menggunakan pengangkutan awam. Apabila jumlah orang yang menggunakan pengangkutan awam begitu ramai, kenalah ada pengangkutan awam yang mampu menampung keperluan pengguna.

Tapi kita sedia maklum banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap penyediaan pengangkutan awam yang memuaskan. Kalau kita perhatikan di Hong Kong, mereka menggunakan semua cara untuk mengangkut pengguna daripada bas, teksi dan kereta api bawah tanah hingga kepada tongkang.

Dalam kawasan yang sepadat itu, kita perhatikan banyak perancangan diberikan kepada pergerakan insan. Misalnya daripada satu bangunan ke suatu bangunan bersambung-sambung dan banyak escalator disediakan. Jadi banyak masa tidak membazir.

Kalau hendak mengadakan pertemuan perniagaan, sampai enam temu janji dalam masa satu hari pun mudah saja kerana kelancaran perjalanan. Kalau di Kuala Lumpur dengan kesesakan hampir menyamai Bangkok dan Jakarta, kata orang luar yang datang untuk berurusan di sini, hendak buat tiga temu janji sehari pun payah.

Kalau diibaratkan negara kita ini sebagai insan, apakah kita sudah memenuhi keperluan asas dari sudut prasarana dan institusi. Institusi di sini termasuklah dewan-dewan bandar raya atau penguasa tempatan yang bertanggungjawab dalam soal perancangan bandar raya dan bandar.

Kita mempunyai lapangan terbang yang begitu indah untuk memenuhi kehendak mereka yang mampu terbang ke sana sini, tetapi yang lebih ramai memerlukan kemudahan bergerak jarak jauh, stesennya tidak setaraf lapangan terbang yang harga berbilion ringgit.

Lihat saja Hentian Puduraya. Sudahlah bertempat di tengah-tengah kesibukan bandar, sebelum penambahbaikan yang dilakukan sekarang keadaannya begitu buruk sekali. Bas-bas yang berhenti di sana tidak menghentikan enjin mereka sehinggakan mencemar udara di atas yang penuh dengan warung makanan.

Suatu keadaan yang tidak sihat langsung. Bertahun-tahun keadaan itu begitu, tiada siapa peduli sehinggalah tahun lepas. Kalau pun lapangan terbang menampung pelancong asing, stesen bas juga digunakan oleh pelancong asing.

Stesen kereta api di KL Sentral sudah indah, lapangan terbang sudah indah kini menunggu stesen bas pula menjadi indah. Sementara menunggu pembaikan siap, pengguna kenalah pergi ke Bukit Jalil. Lihat sajalah keadaan di sana.

Kita difahamkan stesen-stesen bas ini akan dipecah-pecahkan antara zon Utara, Selatan dan Timur di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang telah dirancangkan.

Kita berharap pihak yang bertanggung jawab dalam perancangan bandar mempunyai pandangan jauh akan keperluan masyarakat, macam di Putrajaya payah berjumpa tempat letak kereta. Jadi orang yang pergi ke sana letak kereta mana dapat saja. Suatu kawasan yang begitu indah tetapi tidak mesra pengguna.

Ini semua ada kaitan dengan soal bagaimana kita membuat keputusan. Keputusan yang penting-penting sepatutnya kita lakukan seberapa objektif yang boleh. Kita wajar menggunakan peratusan kemungkinan bagi faktor-faktor yang wajar digunakan dalam membuat keputusan. Kemudian setiap jenis keputusan itu juga diberikan penarafan dalam skala 1 sehingga 10, yang terbaik 10 mata yang terburuk 1 mata.

Faktor-faktor katakan A, B, C, D yang masing-masing ada peratusan pentingnya didarabkan dengan setiap pilihan keputusan itu untuk mencari yang mana mempunyai markah yang tinggi sekali. Apabila kita menggunakan cara ini orang tidak boleh mencabar keputusan yang kita buat secara objektif dan kita telah membuat suatu keputusan secara telus.

Dato' Salleh Majid ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

UMNO Membisukan Ulama'

Posted: 22 Jun 2010 12:00 AM PDT

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Kesempatan saya menziarahi bumi Sana'a dimanafaatkan sepenuhnya untuk bermujaalasah bersama ulama' - ulama' al amilin yang hebat dan terbilang di Yaman . Insyaallah , saya akan ceritakan kemudian beberapa mutiara ilmu dan berkongsi pengalaman berharga dengan sahabat - sahabat sekelian.

Ulama' adalan insan yang dimuliakan oleh Allah swt dengan ilmu dan keperibadiannya yang menepati ilmu yang dimiliki . Pun begitu , sebahagian ulama' ada yang mendapat kemurkaan dan kutukan Allah swt lantaran mereka mengkhianati ilmu yang dimiliki.


3. Menjual agama demi mendapatkan habuan dunia , mendiamkan diri tatkala berdepan maksiat dan mungkar , menyembunyikan kebenaran dan bertindak tidak berasaskan ilmu adalah contoh pengkhianatan terhadap ilmu Islam . Ulama' yang mengkhianati ilmu dan agama Islam ini turut digelar sebagai ulama' as Suu' [ jahat ] atau Syaithan Akhras [ bisu ] .

4. Sehari dua ini riuh rendah negara dengan berita kononnya 100 ulama' yang bertaraf sarjana dan memiliki Phd akan menyertai UMNO . Berita ini sekali lagi menjadi fenomena sensasi negara, mungkin untuk menghiburkan rakyat yang sedang menderita ekoran peningkatan kadar jenayah dan kemungkaran yang melampau atau mengalih pandangan rakyat dari isu - isu negara [ seperti : rasuah , judi dll ] yang menuntut kesedaran dan kebangkitan mereka untuk membuat perubahan .

5. UMNO dan BN adalah sebuah parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka malah aktiviti mereka kadangkala tidak menghiraukan dosa dan pahala . Bahkan kerajaan yang mereka pimpin juga sering menganjurkan kemungkaran tanpa sedikitpun rasa bersalah sebaliknya mereka pertahankan segala dasar yang bertentangan dengan wahyu Allah swt .

6. Ulama' sebagai institusi yang hampir dengan agama dan dekat pula dengan Allah swt sewajarnya arif dan faham , dimanakah wajarnya untuk menempatkan diri mereka agar diredhai oleh Allah swt . Mereka jua selayaknya bijak menilai flatform manakah sesuai untuk mereka berperanan dan menjalankan tugas mengimarahkan ilmu yang mereka miliki .

7. UMNO dan BN bukanlah sukar untuk dinilai . Malah sebelum ini UMNO pernah dianggotai oleh para alim ulama' sehingga wujudnya biro agama dalam UMNO . Tetapi sejarah telah memahat satu iktibar yang perlu diinsafi sepanjang zaman oleh semua termasuk para alim ulama' sendiri . Membantah kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO pada waktu itu termasuk judi yang dihalalkan oleh UMNO , maka sekumpulan ulama' yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Fuad Hassan , Al Fadhil ustaz Hj Ahmad Maliki , Al fadhil ustaz Hj Ahmad Badawi , Al Fadhil Tuan Guru Tuan Hj Ahmad Tuan Husein , Al Fadhil Tuan Hj Mansur dan ramai lagi telah keluar daripada UMNO lalu menubuhkan persatuan Ulama' Se Malaya dan kemudiannya menjadi Persatuan Islam Se Malaya dan kini PAS [ Parti Islam Se Malaysia ] .

8. Realitinya UMNO tidak sesuai untuk ulama' berperanan dan berfungsi sebagai pejuang , pemimpin serta penyelamat ummah yang meletakkan kepentingan agama mengatasi segalanya. Kecuali ulama' kelas kedua seperti ulama' dunia , ulama' jahat , ulama' cari makan , ulama' kuda kepang , ulama' terompah kayu dan ulama' bisu .

9. Ulama' yang masih kekal berada di dalam UMNO sehingga hari ini ialah ulama' bisu yang hanya mampu melihat kemungkaran dan kemaksiatan berlaku dihadapan mereka tanpa mereka mampu berbuat apa - apa . Sebaliknya ulama' - ulama' ini dijadikan alat untuk menyerang PAS . Mereka diam membisu tanpa sepatah kalimah apabila kerajaan menambah dan meluluskan lesen judi . Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga tatkala berdepan dengan aktiviti mungkar yang dianjurkan oleh kerajaan UMNO dan BN . Lebih menyedihkan apabila ulama' ini diperlaku bagaikan lambakan kain buruk yang tidak bernilai dan hanya digunakan bila perlu . Itu pun sekadar untuk membaca doa di majlis keraian , mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan dan berhujjah menghadapi hujjah dari PAS .

10. Menyertai UMNO seperti terperangkap di pasir jerlus . Sukar untuk menyelamatkan diri . Nilai hebat sebagai ulama' tidak diiktiraf sebaliknya mereka tidak ubah seperti orang awam malah lebih rendah daripada itu apabila peranan mereka dibatasi dan dihalang . Entah tidak diketahui sejak bila pula UMNO tahu menilai dan menghargai ulama' kecuali ulama' sering menjadi bahan cercaan pemimpin - pemimpin mereka . Hanya sehari dua ini UMNO berteriak mencari sokongan dan menggamit alim ulama' menyertai parti mereka. Jelas kelihatan mereka sangat desprade untuk mengekalkan pengaruhi mereka dikalangan ummat Islam .

11. Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti - mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman sekular .

12. Isu ini menjadi menarik apabila sahabat saya Al Fadhil Dr Asri Zainal Abidin turut dikaitkan sebagai salah seorang dari 100 ulama' yang akan menyertai UMNO . Saya berdoa agar Dr Asri dan para alim ulama' tidak menyertai UMNO untuk meperkasakan dan memperkuatkan lagi perjuangan UMNO dan BN yang bathil . Bahkan hati kecil saya merasakan bahawa Dr Asri tidak akan menyertai UMNO . Kerana menyertai UMNO dan BN akan mencemarkan kewibawaan beliau sebagai seorang ulama' yang disegani dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat . Wallahua'lam bissowab , hidayah dan petunjuk adalah milik Allah swt dan ia mengurniakannya kepada siapa yang ia kehendaki .

13. Platform yang paling sesuai dan terbuka sebagai ruang untuk mereka para alim ulama' berfungsi dan berperanan mendaulatkan syariat dan memartabatkan syiar agama Allah swt ialah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Perbicaraan Bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor Bermula

Posted: 22 Jun 2010 12:00 AM PDT

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 22 Jun - Perbicaraan terhadap bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Shaari, 43, bermula semalam di Mahkamah Seksyen Shah Alam atas dua pertuduhan iaitu menipu dan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan.

Beliau yang merupakan ahli politik bagaimanapun mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan terhadap dua tuduhan tersebut membabitkan peruntukan bernilai RM50,000 dua tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, beliau yang merupakan Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Karim Munisar, 59, dengan memperdayakannya bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi program itu sehingga mangsa menyerahkan RM50,000 kepadanya.

Beliau yang mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan didakwa melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality di sini, antara 1.00 dan 3.00 petang pada 4 Jun 2008.

Jika disabit dengan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Mohd Yahya didakwa menggunakan dokumen iaitu 'Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat Selangor' yang didakwa sebagai tulen.

Mohd Yahya didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008.

Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Yahya yang juga bekas Setiausaha Perhubungan KEADILAN Selangor mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Beliau sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 oleh seorang penjamin.

Pertuduhan ke atas beliau dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya Roziza Sidek, manakala penghakiman dijalankan di hadapan Majistret Tuan Ahzariz Teh Azman Teh.

Mohd Yahya Shaari diwakili oleh peguam Ahmad Nizam Hamid dan R Tirukumaran.

Turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada beliau dalam perbicaraan tersebut termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei.

Prosiding bermula pada jam 10 pagi apabila pihak pendakwaan mengemukakan dua orang saksi yang terdiri daripada kakitangan bank yang didakwa berurusan dengan Mohd Yahya iaitu Norkiah Ibrahim dan Nofeta Fareal bagi tujuan pengecaman dan sesi awal soalan dari pasukan pendakwaan.

Soalan berkisar mengenai latar belakang saksi, pengalaman kerja dan urusan formal yang dilakukan oleh kakitangan bank.

Mohd Yahya yang berkot hitam duduk di kandang tertuduh dilihat tenang dalam proses perbicaraan tersebut.

Majistret Tuan Ahzariz Teh menangguhkan prosiding pada jam 12.00 tengahari selepas Timbalan Pendakwaraya Roziza Sidek memohon kepada Majistret untuk memanggil saksi bagi tujuan pengecaman dan membawa bukti berkaitan kes tersebut ke mahkamah.

Mahkamah menyambung prosiding pada jam 8.30 pagi hari ini.

Najib Didesak Tunjuk Surat Kelulusan Lesen Judi Kepada Vincent Tan

Posted: 21 Jun 2010 11:35 PM PDT

Oleh Norasikin Samsi

KUALA LUMPUR 21 Jun - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan serta mengemukakan bukti secara terbuka dan berterus terang tanpa melindungi kebenaran mengenai surat kelulusan lesen judi sukan bola sepak kepada syarikat Berjaya Corporation Berhad.

Beliau juga meminta Najib yang juga Menteri Kewangan menunjukkan surat kelulusan tersebut kerana kenyataan beliau bercanggah dengan apa yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Menurut Tony pada 7 Jun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan lesen judi sukan bola sepak diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan pertaruhan judi bola sepak.

Katanya, pada 12 Jun pula Berjaya Corporation telah mengeluarkan satu kenyataan di Bursa Malaysia menyatakan bahawa mereka sebenarnya telah mendapat surat kelulusan dan kebenaran daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi sukan.

Sementara, Perdana Menteri minggu lalu menegaskan Kementerian Kewangan tidak meluluskan lesen tersebut kepada tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan dan syarikat miliknya Ascot Sports.

"Jadi kesemua kenyataan ini adalah bercanggah dan pada hari ini Perdana Menteri masih belum lagi menyatakan secara terperinci sama ada kelulusan telah pun diberikan kepada syarikat Ascot Sports untuk menjalankan judi bola.

"Apa yang kita dapat hari ini hanya bahawa kenyataan pihak Berjaya mereka telah mendapat kelulusan tetapi pihak Perdana Menteri menyatakan lesen belum dikeluarkan.

"Adakah kelulusan sudahpun diberi tetapi hanya lesen belum dikeluarkan lagi? Itu hanya proses dan prosedur dan bukannya penting. Yang penting di sini, kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tony juga mendedahkan dua dokumen yang diperolehi beliau berkaitan percanggahan kelulusan perniagaan judi bola tersebut.

"Satu dokumen Information Memorandum daripada Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd di mana ianya dikeluarkan pada 11 Jun iaitu selepas Kementerian Kewangan menafikan sebarang lesen telah dikeluarkan kepada syarikat Ascorts dan Berjaya," katanya lagi.

Pada halaman 20 laporan tersebut dinyatakan Ascot Sports telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi bola.

"Walaupun Kementerian Kewangan telah menafikan sebegitu tetapi selepas itu Berjaya masih lagi meneruskan usaha mendapatkan pinjaman RM800 juta menurut dokumen itu manakala mereka masih bertegas kelulusan telahpun didapati," kata Tony.

Tony juga berkata penasihat utama bagi pembiayaan ini ialah Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Group.

Beliau juga merujuk kepada dokumen analisis kredit oleh Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC).

"Dalam agensi penarafan pula, mereka telah menilai pinjaman yang telah diminta oleh Berjaya Sports Toto dan agensi itu telah memberikan nilai rating setinggi AA-.

"Dalam penilaian mereka juga, ada pendapat yang mengambil kira bahawa Ascot Sports telahpun mendapat kelulusan untuk menjalankan judi bola.

"Kalau macam ini, adakah pihak pelaburan awam dari dalam negeri dan luar negara akan mempercayai Sports Toto, Maybank, MARC, Maybank dan AmInvestment Bank bahawa memang Ascot Sports sudah mendapat kelulusan atau mereka patut percaya kepada Kementerian Kewangan atau Perdana Menteri bahawa sebarang lesen belum lagi dikeluarkan.

"Ini mengelirukan pihak pelabur dan ini menjejaskan reputasi kerajaan Malaysia," jelas beliau.

Rosmah Didakwa Kekang Kebebasan Media

Posted: 21 Jun 2010 11:00 PM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mahu penjelasan samada Menteri atau isteri Perdana Menteri memainkan peranan memberi arahan kepada penerbit stesen televisyen kerajaan atau swasta dengan tujuan mengekang kebebasan media.

Tian Chua ketika membahaskan usul penangguhan mesyuarat Dewan Rakyat petang semalam berkatasejak kebelakangan ini aduan anggota media berhubung usaha menyekat kebebasan media melalui campur tangan tokoh politik amat membimbangkan.

Insiden pertama membabitkan Joshua Wong, penerbit rancangan 'Buletin' dan 'Isu Semasa' yang disiarkan dalam ntv7, yang terpaksa meletak jawatan sebagai protes campur tangan Jabatan Perdana Menteri dan juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tian Chua memberitahu Joshua juga dilarang membincangkan isu politik termasuk dilarang mengundang anli panel daripada pembangkang serta semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Saya meminta Kementerian Penerangan memberi penjelasan samada arahan Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri selain larangan yang telah dikenakan ke atas Joshua adalah munasabah bagi seorang penerbit yang profesional.

"Kemelut ini tidak hanya melanda ntv7 sahaja, malah insiden kedua menimpa penerbit TV2, Chou Z Lam berkaitan dengan dokumentasi 'Galeri Manderin Nasional' yang dibatalkan kerana mendatangkan kesan politik kepada kerajaan Barisan Nasional Sarawak ketika kempen pilihan raya kecil Sibu sedang berjalan.

"Rancangan dokumentasi ini merakamkan secara fakta dan objektif pengalaman penduduk pribumi Sarawak yang menghadapi kesulitan dan kesengsaraan hidup berhubung dengan pembinaan Empangan Bakun.

"Chou Z Lam menerima penjelasan daripada Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engson bahawa kandungan rancangan itu terlalu sensitif dan tidak sesuai di siarkan," jelasnya.

Tian Chua memberitahu, beliau memohon Kementerian Penerangan menyatakan pendirian dalam persoalan hak bersuara dan hak menerima maklumat.

Dalam kes ini suara kaum pribumi yang menghadapi ancaman kehidupan telah ditindas termasuk hak rakyat disekat menerima maklumat atau pengetahuan.

"Ekoran dua insiden di tersebut, kejadian ketiga pula berulang sekali lagi apabila pembatalan siaran isu pembinaan menara elektrik di Rawang tanpa sebab. Pada 13 Mei yang lepas, Chou Z Lam menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan dengan alasan mengurangkan kos.

"Alasan sedemikian tidak boleh diterima bagi seorang penjawat awam, ini perlu dikembalikan hak beliau bukannya dicabuli oleh kerajaan sendiri.

"Di samping itu, saya pohon Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menjalankan penstrukturan semula dalam pentadbiran RTM supaya memberi ruang kebebasan untuk membincangkan isu kepentingan awam. Berikutan insiden-insiden ini, Menteri telah melantik Yap Shy Cuan dengan tugas memantau rancangan Mandrin yang mana jawatan ini tidak pernah wujud dan hanya dikenali sebagai pegawai khas dalam RTM," katanya lagi.

Beliau juga meminta Menteri memberi penjelasan tentang tugas dan tujuan jawatan Yap Shy Cuan dalam bahagian tersebut.

"Penjelasan perlu diberikan oleh Menteri apa tugas sebenar Yap Shy Cuan, saya mendapati Yap Chy Cuan merupakan ahli MCA dan merupakan perwakilan Pemuda MCA Bahagian Bera, Pahang. Apa yang saya ketahui rupa-rupanya beliau menjalankan kawalan terhadap kakitangan profesional dalam RTM dan memastikan perspektif selain kepentingan parti pemerintah dipertahankan," tegas beliau lagi.

RMK-10 Tempang Kerana Gagal Iktiraf Wanita

Posted: 21 Jun 2010 10:45 PM PDT

Oleh Norasikin Samsi

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebagai gagal kerana tidak mengiktiraf golongan wanita yang merupakan nadi dan penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenepikan perancangan untuk golongan wanita dalam RMK-10 itu membuktikan dasar yang dibentangkan itu bersifat tempang dan pincang.

"Jika ia gagal memanfaatkan kebajikan wanita dan mengiktiraf kaum wanita, maka hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju menjadi tempang dan pincang kerana sekarang lebih 50 peratus penduduk Malaysia adalah wanita.

"Wanita juga pembuat keputusan dalam urusan kewangan keluarga," katanya kepada Suara Keadilan ketika mengulas berhubung perbahasan beliau mengenai RMK-10 di Dewan Rakyat semalam.

Ketua Wanita KEADILAN itu turut mengkritik kelemahan Perdana Menteri kerana meminggirkan keistimewaan dan peranan wanita dalam RMK-10.

"PM Najib bila bentang RMK-10 langsung tidak menyentuh dan gagal untuk mengangkat teras ekonomi hawa ini dalam perancangan meningkatkan ekonomi Malaysia.

"Betapa pentingnya pengiktirafan itu diberikan kepada kaum hawa dalam pertumbuhan ekonomi negara yang perlu diambil kira sekarang.

"Sebagai kerajaan yang prihatin juga, tidak sepatutnya wanita digugurkan dalam perancangan dasar kerajaan ini," tegas Zuraida.

Sambil merujuk kepada laporan antarabangsa, Zuraida menyarankan Najib memandang jauh dan memberi perhatian serius terhadap potensi wanita sebagai pemacu ekonomi negara.

"Sama ada dia cetek, dia tidak bijak atau dia tak tahu saya pun tak tahu tetapi memandangkan dalam Havard Economy Review telah melaporkan potensi ekonomi wanita akan melebihi semua penduduk Cina dan India dan itu satu angka yang besar," jelas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan membuat penetapan strategik bagi mengiktiraf keistimewaan wanita.

"Perlu diambil perhatian bahawa ramai graduan kita adalah kaum wanita, maka satu pendekatan yang agresif perlu difikirkan secara kreatif untuk memanfaatkan kelompok graduan wanita ini yang berperanan dalam ekonomi negara dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan kehidupan kekeluargaan mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai isu pelepasan cukai rakyat yang diberikan kepada wanita yang menanggung suami yang tidak bekerja, Zuraida berkata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin hanya menjawab secara menyeluruh ketika ditanya oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique dalam pertanyaan bagi jawab lisan pagi tadi.

"Menteri tadi menjawab mengenai isu ini secara menyeluruh dan tidak mengkhususkan dan memberi satu bebanan kepada golongan perempuan.

"Bagi seorang perempuan, mereka perlu membantu keluarga dan menyumbang banyak tenaga untuk keluarga. Sebab itulah ianya perlu diberikan pengkhuussan kepada wanita kerana mereka perlu diberikan pelepasan istimewa sebagai mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan negara dengan kerja tanpa gaji berhubung kerja reproduktif iaitu mengandung, melahirkan dan menyusukan anak dan sebagainya.

"Di Malaysia ini belum lagi mencapai tahap pemikiran yang mana kedudukan wanita itu perlu diberikan pengiktirafan dan diukur atas kerja yang dilakukan tetapi tidak ada data atau angka yang mengukur pengiktirafan mereka," katanya.

Sehubungan itu, adalah wajar Kementerian Kewangan meningkatkan pelepasan cukai kepada isteri atau isteri yang menanggung suami sebanyak RM3,500, katanya.

Kg Baru: Penduduk ‘berminat’ lihat pelan alterbatif MB Selangor

Posted: 21 Jun 2010 10:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Meskipun kerajaan pusat meminta Menteri Besar Selangor agar tidak 'mengganggu' pelan pembangunan semula Kampung Baru, penduduk kawsan berkenaan menyambut baik langkah Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu menawarkan syor alternatif.

Bagaimanapun tegas mereka, keputusan sama ada akan menerima ataupun tidak ia bergantung kepada pengisian cadangan tersebut.

Majoriti penduduk mahu mendengar dahulu cadangan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia penting kepada mereka dan juga demi masa depan Kampung Baru.

Hasil tinjauan The Malaysian Insider mendapati 90 peratus penduduk bersedia untuk mendengar terlebih dahulu cadangan itu berbanding 10 peratus penduduk tidak kisah, kerana yang penting cadangan itu dapat menyelesaikan masalah pembangunan Kampung Baru.

Mereka yang ditemui berkata mana-mana cadangan yang dianggap boleh menyelesaikan masalah pembangunan Kampung Baru akan diterima, tidak kisah sama ada ia datang daripada kerajaan pusat atau kerajaan negeri Selangor.

Kelmarin, Khalid berkata akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru bulan depan untuk menawarkan pelan alternatif kepada rancangan yang telah dikemukakan oleh kerajaan pusat.

Bagaimanapun Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Khalid agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan kerajaan pusat.

Raja Nong Chik mendakwa Khalid tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap usaha pembangunan semula kawasan tersebut ketika menerajui syarikat pengurusan dana PNB.

"Saya terkejut apabila mendengar Menteri Selangor Khalid Ibrahim mahu menemui penduduk Kampung Baru," kata Raja Nong Chik .

Oleh itu, Raja Nong Chik menasihatkan Khalid agar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Selangor.

Melalui pertemuan itu, Khalid bercadang penduduk Kampung Baru agar menilai syor-syornya sebagai pilihan kepada pelan yang dikemukakan Putrajaya baru-baru ini.

Dalam hal ini, salah seorang penduduk yang ditemui Abdul Jalil Samad adalah lebih baik mendengar dahulu cadangan tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Saya mahu mendengar cadangan itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Ini penting kerana tanpa mengetahui cadangan tersebut bagaimana untuk penduduk membuat keputusan," kata Jalil, 55.

Rohani Sideq, 48, berkata, selagi tidak tahu apa cadangan itu "saya tidak boleh cakap setuju dengan pelan pembangunan itu."

"Apa-apa keputusan akan dibuat selepas mendengar cadangan itu," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.

Azizan Ahmad, 49, berkata penduduk perlu tahu apa cadangan yang hendak dibawa Menteri Besar kerana ia melibatkan masa depan Kampung Baru.

"Sebagai penduduk kami mesti nak tahu apa cadangan pembangunan oleh Khalid kerana tanpa mengetahuinya sukar untuk kami bersetuju apatah lagi membuat keputusan.

"Ini bukan soal main-main, ia melibatkan masa depan penduduk dan juga Kampung Baru. Jadi segala keputusan hanya akan dibuat selepas mendengar cadangan itu," katanya.

Sharuddin Abu Bakar, 42, berkata jika cadangan itu akan memberikan kebaikan kepadanya dan juga penduduk sudah pasti ia tidak akan ditolak.

"Kalau cadangan itu menepati apa yang penduduk mahu sudah pasti kami akan terima.

"Walau bagaimanapun, Khalid perlu membentangkan terlebih dahulu cadangan itu kepada penduduk," katanya.

Sementara itu, Rahimah Abu Bakar, 50, berkata tidak kisah sama ada kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri yang penting masalah pembangunan Kampung Baru dapat diselesaikan.

"Saya tidak kisah yang penting masalah pembangunan yang selama ini tidak dapat dijalankan dapat diselesaikan dengan baik.

"Mana-mana cadangan yang beri matfaat kepada penduduk saya akan terima," katanya.

Najib 'Flip 'Flop' Bentang Terlalu Banyak Pelan, Satu Pun Tidak Menjadi

Posted: 21 Jun 2010 10:15 PM PDT

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 21 Jun - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan kerajaan Umno-Barisan Nasional telah membentangkan terlalu banyak 'blueprint' model ekonomi dan pembangunan negara sehingga kerajaan sendiri terkeliru dan binggung bagaimana mahu menggerakkan kesemua pelan tersebut.

Dr Dzulkefly berkata beliau telah menulis satu surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengingatkan beliau supaya kerajaan memikirkan semula kesemua pelan tersebut dan membuat keputusan yang sewajar jika mahu kesemuanya berjalan lancar.

"Banyak sangat 'flip-flop' Najib dalam hal ini, terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan ini bukan kali pertama kerana kita dapat melihat karakter 'flip-flop' Najib semasa pembentangan apa juga pelan dan semuanya hanya manis untuk didengar, tetapi perlaksanaannya bagaimana?" kata Dr Dzulkefly kepada Suara Keadilan.

Beliau menambah sejak RMK-9 dibentangkan sudah banyak pelan perancangan ekonomi dibentangkan seperti KPI (Indeks Prestasi utama) untuk mengukur enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA), cadangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penstrukturan semula subsidi, pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB), dan yang terkini Rancangan Malaysia Ke-10.

"Dalam kesemua ini, kerajaan Umno-BN tertinggal satu rancangan yang cukup penting, dan saya rasa aneh dan hairan juga ia tidak disebut, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) tidak menyebutnya semasa pelan pelbagai koridor dulu, Najib pun tidak menyebut mengenainya semasa pembentangan RMK-10.

"Kerajaan Umno-BN telah melupakan Rancangan Jangka Panjang 3 (OPP3) yang patutnya tamat pada 2010 dan digantikan dengan OPP4. OPP merupakan pelan penstrukturan ekonomi setiap 10 tahun, yang mana merangkumi Rancngan Malaysia di dalamnya, dan bagaimana OPP boleh dilupakan?

"Inilah akibatnya jika membentangkan terlalu banyak pelan hinggakan mengelirukan bukan sahaja para pegawai kerajaan, malahan pemimpin Umno-BN turut dikelirukan atau mungkin mereka langsung tidak tahu wujudnya OPP ini," jelas Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya PAS itu.

Tambah beliau lagi, walau sebanyak manapun pelan dikemukakan oleh kerajaan tetapi tiada gunanya jika manfaat daripada pelan ekonomi ini tidak dapat dinikmati oleh rakyat jelata.

"Apa yang diutamakan oleh kita di Pakatan Rakyat ialah samada kualiti hidup rakyat akan bertambah baik, samada rakyat dapat mengecapi kesejahteraan dan kemakmuran pada ahkirnya. Adakah pada akhirnya kerajaan Umno-BN akan mengizinkan rakyat mengecapi manfaat ini dan bukan hanya untuk kroni atau pihak tertentu yang berkepentingan sahaja.

"Seperti yang telah saya katakan dahulu, kita tidak mahu RMK-10 gagal kerana kita tidak mahu negara ini bankrap, kerana apabila kita mengambil alih negara ini nanti, kita tidak mahu mengambil alih negara yang bankrap," kata Dr Dzulkefly.

Ditanyakan berkenaan 'approval rating' Najib yang naik daripada 69 peratus kepada 72 peratus, beliau mengingatkan Najib supaya tidak dibuai oleh pujian.

"Najib perlu ingat, bekas Perdana Meteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mendapat penilaian daripada Merdeka Centre sebanyak 92% tapi akhirnya, apa yang terjadi adalah sebaliknya," katanya lagi.

Wee Dinasihat Jangan Jadi Bodoh Dalam Isu Arak

Posted: 21 Jun 2010 10:15 PM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mempertikaikan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang memberikan lesen menjual arak semata-mata untuk menghalalkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional berhubung lesen judi sukan yang diluluskan Kementerian Kewangan baru-baru ini.

"Bila orang yang tidak faham bercakap mengenai isu yang beliau sendiri tidak faham, ini menyebabkan beliau mengelirukan Dewan.

"Di negeri Kelantan, memang hasil jual arak digunakan untuk tujuan pembangunan dan pembinaan jalan raya.

"Jika agama lain membenarkan, kita kena hormat dengan syarat pengawalan ketat tapi dalam soal judi adakah agama lain menghalalkannya kerana setakat yang kita tahu, semua agama mengharamkannya.

"Yang paling relevan sekali di sini, orang yang bukan Islam juga bersetuju supaya judi diharamkan tetapi mengapa Umno mahu menjadi juara untuk menghalalkannya,? tanya Khalid ketika ditemui Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Menurut Khalid sama judi dihalalkan atau tidak, akan ada segolongan rakyat yang tetap mengamalkan aktiviti yang ditegah agama itu.

Menurutnya lagi, jika intepretasinya begitu maka dadah juga patut dihalalkan kerana sama ada dadah ada lesen atau tidak, penagih tetap akan menggunakan dadah dan begitu juga dengan pelacuran.

"Saya menganggap Wee tidak faham dengan hujah yang disampaikannya sedangkan orang bukan Islam membantah isu pemberian lesen judi sukan ini," tambah beliau.

Wee ketika berucap dalam Dewan dengan membaca teks berkata kebenaran menjual arak yang diberi kerajaan negeri Kelantan bercanggah dengan pendirian PAS berhubung isu kelulusan lesen judi sukan bola sepak.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula menganggap Choo Keong yang kini menjadi anggota Bebas mempunyai pandangan yang cetek.

"Apa yang kita katakan adalah supaya kerajaan Umno-BN menghadkan judi. Adakah beliau menganggap rakyat tidak ada kerja lain selain daripada bermain judi?

"Kita minta beliau jangan jadi bodoh sampai macam itu sekali," tegas Johari.

Ketika Wee keluar Dewan, wartawan cuba mendapatkan komen mengenai isu arak yang beliau tetapi beliau sebaliknya bergegas masuk ke tandas atas alasan sakit perut.

Anak Tun Razak: Matlamat DEB Masih Relevan

Posted: 21 Jun 2010 10:00 PM PDT

A Kadir Jasin


SARANAN eksekutif kanan perbankan, Mohd Nazir Abdul Razak, anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, agar matlamat yang diwarisi daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikaji semula dan diperkuatkan adalah sangat penting dan menarik.

Bukan kerana ia datang daripada anak Tun Abdul Razak dan adik kepada Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tetapi kerana ia mengubah persepsi umum yang beliau kritikal terhadap DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Dalam temu ramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia 20 Jun, Ketua Eksekutif Kumpulan perbankan CIMB itu, antara lain berkata:

"Bagi saya, matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, tapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat (iaitu) membina dan mewujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif. Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu…"

Saranan Mohd Nazir itu selari dengan kenyataan Mohd Najib baru-baru ini bahawa matlamat 30 peratus pemilikan Bumiputera serta penubuhan masyarakat perniagaan dan perindustrian Bumiputera (BCIC) akan diteruskan.

Kenyataan Perdana Menteri itu dikatakan telah menimbulkan kehampaan dan kekeliruan di kalangan sesetengah ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang mahu matlamat DEB dihapuskan dan Malaysia mengamalkan ekonomi kompetitif tanpa subsidi atau kuota di bawah Model Baru Ekonomi (MBE).

Mohd Nazir menolak tanggapan bahawa dia kritikal terhadap DEB. Katanya: "Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh selain kestabilan politik. Apa yang saya tegaskan adalah keperluan kepada kajian menyeluruh daripada aspek pelaksanaan..."

Pelaksanaan DEB Lemah

INILAH yang buat sekian lama diperkatakan. Pelaksanaan dua matlamat peninggalan DEB wajib dikaji semula kerana telah berlaku kekangan yang luas, khasnya daripada aspek pembahagian peluang-peluang ekonomi antara kaum dan wilayah.

Tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan saranan Mohd Nazir agar diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif.

Kita wajib akui bahawa faktor-faktor politik, demografi, geografi, budaya dan pendidikan telah bersekongkol untuk melemahkan daya saing Bumiputera. Ramai yang masih hidup di hulu dan caruk tanpa kemudahan asas. Ramai yang masih dibelenggu kemiskinan dan berpaut kepada ekonomi cukup makan (subsistence economy).

Tanpa bantuan rasmi seperti biasiswa, pinjaman pelajaran, subsidi, pelesenan dan kawalan harga, kaum-kaum Bumiputera dan golongan miskin daripada semua bangsa akan menghadapi ancaman peminggiran yang lebih buruk dalam era globalisasi dan persaingan ini.

Majoriti bukan Bumiputera berjaya mengambil kesempatan daripada DEB untuk memanjat tangga kejayaan dalam bidang perniagaan dan profesional kerana dari awal lagi mereka lebih maju daripada Bumiputera. Di pihak yang lain pula, majoriti kaum Bumiputera masih berada di pinggiran ekonomi.

Jurang Antara Kaum dan Kelas Meluas

SEPERTI telah saya sebutkan berulang kali, jurang pendapatan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara yang kaya dengan yang miskin telah meruncing sejak sedekad lalu, khasnya selepas krisis kewangan serantau 1997/98.

Jika diukur mengikut skala Gini (Gini Coefficient), jurang pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia. Ini semestinya merisau dan memalukan kita apatah lagi dalam usaha melaksanakan dasar keterangkuman di bawah Model Baru Ekonomi.

Inilah yang selalu diungkit, iaitu yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.
Inilah akibatnya apabila yang kaya diberikan pelbagai lesen dan francais, termasuk judi, yang mempunyai nilai produktiviti yang rendah tetapi keuntungan yang tinggi bagi pemilik sedangkan industri yang produktif dan membuka banyak peluang pekerjaan terpaksa bersaing di arena tempatan dan global.

Situasi ini akan menjadi lebih buruk jika golongan bawahan tidak diberikan input ekonomi yang lebih besar dan dengan cara yang lebih berkesan bagi membolehkan mereka bersaing.

Inilah yang sedang dibahaskan di peringkat pembuatan dasar, termasuk oleh NEAC, iaitu bagaimana membantu kelompok-kelompok tertentu dalam struktur ekonomi dan pendapatan. NEAC misalnya, telah mengenal pasti tiga kategori pendapatan iaitu 40% yang berpendapatan rendah (low income), 40% berpendapatan sederhana (middle income) dan 20% berpendapatan tinggi (high income).

Malangnya, apa pun dasar yang hendak dilaksanakan, pasti ada yang menyokong dan mementangnya. Inilah yang berlaku dengan cadangan Mohd Nazir. Ada banyak pihak, khasnya dalam media massa bukan Bumiputera, yang memutarbelitkan kenyataan Mohd Nazir dengan memberi gambaran beliau menantang DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Mereka ini sama ada buta atau lupa sejarah, tamak, tidak mengenang budi atau memang perkauman (racist) dalam erti kata mereka hanya peduli kaum mereka sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini aman dan damai kerana sikap toleransi dan pengorbanan kaum majoriti iaitu Bumiputera.

Mereka bermain dengan api jika mereka berasa bahawa atas nama globalisasi dan persaingan mereka boleh menolak hak kaum majoriti Bumiputera untuk sama-sama mendapat faedah daripada pembangunan negara.

Malangnya, mereka yang anti-Bumiputera dalam arena ekonomi ini termasuklah segelintir Melayu/Bumiputera yang menjadi kaya raya kerana DEB tetapi sudah menjadi kacang lupakan kulit dan kaduk naik junjung. Mereka ini pengkhianat bangsa dan negara.

Kemiskinan Melepasi Politik Kepartian

ADALAH wajar orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera melihat isu ekonomi, atau lebih tepat, kemunduran mereka dalam bidang ekonomi, sebagai isu yang melepasi politik kepartian kerana kelangsungan mereka sebenarnya dalam ancaman.

Kalau dasar ekonomi bebas laissez faire diamalkan semula seperti sebelum 13 Mei, 1969, besar kemungkinan kaum-kaum Bumiputera akan hilang tempat bergantung dan ketika itu kembalilah mereka menjadi buruh dan petani cukup makan sahaja.

Sekarang pun, majoriti Bumiputera berada dalam kategori buruh (labour) dalam struktur pengeluaran kerana modal dan pengurusan umumnya dikuasai oleh bukan Bumiputera. Walaupun Bumiputera menguasai gunatenaga sektor awam, tetapi 80 peratus pekerjaan adalah di sektor swasta.

Hatta tanah milik Bumiputera pun semakin hari semakin berkurangan kerana diambil alih untuk pembangunan atau terlepas ke tangan bukan Bumiputera.

Majoriti daripada 40 peratus dalam kategori berpendapatan rendah yang dikenal pasti oleh NEAC itu adalah Bumiputera.

Jadi adalah amat wajar kita memberi perhatian kepada saranan Mohd Nazir kerana dia adalah contoh Bumiputera yang berjaya, anak orang besar dan pengurus sebuah bank raksasa. Cakapnya bukan cakap kedai kopi.

Kalau beliau berkata matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, saya tidak segan silu menyokongnya 100%.

Apatah lagi saranan beliau agar dibina dan diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif demi kelangsungan orang Melayu dan keamanan negara.

Tidak ada negara boleh dianggap bertamadun dan sejagat jika bangsa dan kaum majoriti tertindas dan terpinggir. Keamanan dan toleransi tidak wujud dengan sendirinya.

http://kadirjasin.blogspot.com/

Pemikiran MP Umno Anggap Judi Halal Tidak Bertamadun

Posted: 21 Jun 2010 09:45 PM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyanggah kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mempertahankan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan bola sepak atas alasan memenuhi keinginan masyarakat Cina untuk berjudi.

"Kerajaan Umno-Barisan Nasional menggunakan idea falsafah Machiavelli di mana maltamat menghalalkan cara berhubung isu lesen judi ini .

"Beliau sebenarnya telah menghina agama dan kaum lain di dalam dunia ini, beliau seharusnya sedar bahawa ungkapan dan ucapan beliau menunjukkan bagaimana sekularnya mereka .

"Kita tidak boleh menerima cara tersebut dan kita hendaklah menggunakan pendekatan Islam dan juga dalam bab judi ini, semua agama mengharamkan judi kerana merosakkan masyarakat.

"Pemikiran ahli parlimen Kota Belud ini adalah pandangan yang amat tidak bertamadun dan menyimpangkan daripada bukan sekadar Islam malahan agama-agama yang lain juga," tegas Salahuddin di parlimen semalam.

Tambahnya, tidak ada kenyataan rasmi daripada pemimpin agama atau pemimpin kaum yang lain yang mengatakan itu ajaran mereka.

Dalam pada itu, Salahuddin juga mencabar kerajaan Umno-BN mengeluarkan kenyataan terbuka yang mengatakan bahawa itu adalah kehendak orang Cina.

Sebelum itu, Abdul Rahman dalam ucapan perbahasan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 minggu lalu berkata tidak salahnya kerajaan meluluskan lesen judi sukan kerana sebelum ini judi lain sudah pun dibenarkan seperti Sports Toto dan Magnum.

Menurut beliau atas dasar ini kerajaan menghalalkan perjudian sukan bola sepak kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Umno Selangor Sudah Mulai Berbau!

Posted: 21 Jun 2010 09:29 PM PDT

CERITANYA kecil saja, Mohamed Satim Diman iaini Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor tidak hadir mesyuarat pengurusan badan perhubungan itu malam tadi. Timbalannya Noh Omar menjelaskan yang Satim ada menghubunginya dan jelas kenapa tidak dapat hadir. Bendahari, Fatah Iskandar Mohamad Mansor dan Ketua Pemuda, Suhami Ghazali juga tidak hadir.

Kata Noh Omar Fateh dan Suhaimi tidak hadir kerana berada di luar negara. Kenapa tidak sampai tunggu mereka balik untuk adakan mesyuarat? Mereka adalah penting dalam mesyuarat itu. Kalau ketiga orang penting tidak ada macam mana mesyuarat itu dijalankan?

Apakah ketidakhadiran mereka itu khususnya Satim ada kena mengena dengan khabar angin sebelum ini menyatakan Satim akan keluar parti? Dalam politik biasanya ia bermula dengan khabar angin, kemudian bertukar menjadi khabar ribut selepas itu khabar taufan. Tup tup... tumbanglah segala pohon kayu kayan. Misalnya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak ia bermula dengan khabar angin. Pihak Pakatan membantahnya dengan keras, akhir sekali menungging makan tanah.

Satim bukan orang baru. Dia sudah empat penggal menjadi Adun Selangor. Dia lebih senior daripada bekas Menteri Besar, Mohamad Khir Toyo. Semasa Abu Hassan Omar bermasalah kerana skandal dengan adik iparnya, nama Satiman Diman disebut-sebut akan dilantik jadi MB.

Ertinya Satim Diman bukan sembarangan. Ada benarnya juga kalau beliau merasakan disisih dalam Umno. Atau merasakan dia yang patut menjadi Timbalan Pengerusi bukannya Noh Omar. Apakah ulah yang beliau buat kini untuk memperbetulkan Umno ataupun benar-benar mahu menyusahkan Umno? Ceritanya baru bermula...

Ada juga cerita mengatakan Satim Diam berminat dengan pembangkang? Walaupun cerita ini hanya 'cerita ceriti' saja ia tidak boleh dianggap sampah. Dalam politik semuanya boleh terjadi. Sampah pun boleh dijadikan emas. Mungkin kalau Najib Razak tidak cepat bertindak melendikkan keadaan apa saja akan terjadi. Sudah ada tanda-tanda Umno Selangor nak rusuk.

Umno Selangor tidak pernah merasai 'nikmati' kekalahan. Kekalahan merupakan neraka kepada mereka. Dalam keadaan hari ini tidak mungkin Umno juga akan terkena kepanasan neraka kekalahan itu menyebabkan akan ada orang-orangnya tidak tahan disula baham kepanasan. Kekalahan dan kehilangan kerajaan negeri menjadikan orang Umno Selangor nanar sampai tidak jumpa pintu untuk masuk rumah. Khir Toyo juga masih belum kebah sampai hari ini.

Mungkin Satim Diman sudah membentuk pasukannya sendiri atas nama nak betulkan Umno, atau secara terus terangnya nak suruh Najib buang Noh Omar jadi timbalan pengerusi. Mungkin dalam perkiraan Satim pendekatan Noh ala-ala gengstar itu tiak cocok dan menjauhkan lagi rakyat dengan Umno. Noh masih tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya, beliau kini sedang di kepung.

Dalam keadaan ini di manakah Khir Toyo! Tengoklah sehari dua nanti Najib akan panggil Umno Selangor ke rumahnya untuk memberi nasihat dan juga mendegar cerita dari Umno Selangor yang kini sudah mulai berbau!

http://msomelayu.blogspot.com/

PANAS! PENJELASAN MENGENAI KEKECOHAN DI DALAM PROGRAM KELANTAN FIESTA! TOK GURU DIKATAKAN MACAM ORANG BERAK ATAS PUSU!

Posted: 21 Jun 2010 07:30 PM PDT

Kami di the Kelantan Insider ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit penjelasan mengenai kekecohan yang dilaporkan berlaku di dalam program Kelantan Fiesta yang dianjurkan oleh Red Carpet Worldwide Sendirian Berhad di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 16 ke 19 Jun 2010 lalu.

Kami di the Kelantan Insider difahamkan bahawa masalah di dalam program ini bermula apabila Menteri Pembangunan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, telah, di dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Kelantan yang beliau pengerusikan sendiri di Bangunan JPPK pada pagi 13 Jun 2010, mengumumkan bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak akan dibenarkan untuk berucap di dalam majlis perasmian Kelantan Fiesta pada malam 16 Jun 2010.

Pada malam 14 Jun 2010, sewaktu raptai penuh majlis perasmian Kelantan Fiesta dilakukan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Red Carpet Worldwide Sendirian Berhad (Shahrul Nasrun Dato' Kamarudin), iaitu Dato' Kamarudin Abdullah, pula diberitakan telah dengan secara terbuka menghamburkan beberapa kata-kata kurang sopan seperti berikut:

1. Bahawa Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, seperti kata orang-orang tua, umpama "berak atas pusu".

2. Bahawa Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja tidak akan dibenarkan untuk berucap malah perlu diberitahu supaya tidak hadir ke majlis perasmian Kelantan Fiesta pada malam 16 Jun 2010.

3. Bahawa jika Kerajaan Negeri Kelantan memikirkan bahawa wang sebanyak RM200,000 yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kelantan Fiesta itu adalah satu jumlah yang besar maka pagi esok, sebaik sahaja kaunter bank dibuka, wang itu akan dipulangkannya kembali kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh Dato' Kamarudin Abdullah ini adalah dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu YB Abdul Patah Mahmood dan YB Dato' Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Pengurusan), Haji Shafei Ismail, dan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Shargowi Deraman.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, selaras dengan kedudukan Baginda selaku seorang raja berperlembagaan, adalah berada di atas garisan politik. Kami di the Kelantan Insider difahamkan bahawa ketidakberangkatan Pemangku Raja Kelantan ke majlis perasmian Kelantan Fiesta pada malam 16 Jun 2010 itu adalah disebabkan oleh kegagalan pihak penganjurnya untuk menghormati, apatah lagi untuk memenuhi, protokol istana semata-mata.

Sekian adanya.

http://thekelantaninsider.blogspot.com/2010/06/posting-20-penjelasan-mengenai.html

Tiada ulasan: