Ahad, 6 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kabinet Baru Malaysia-Kemana Arah Khairy Jamaluddin?

Posted: 06 Jun 2010 08:00 AM PDT

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) merasakan yang PEMUDA UMNO sememangnya patut mempunyai sikap iri hati terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain setelah pembentukkan kabinet Kerajaan Malaysia yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak (PM) sekali lagi menyaksikan ketua mereka iaitu Khairy Jamaludin (KJ) yang juga merupakan MP Rembau tidak disenaraikan dalam barisan kabinet yang dibentuk.

Walaupun penafian demi penafian dibuat kononnya yang mereka sedikit pun tidak terkilan malah menyifatkan ini sebagai propaganda pihak pembangkang seperti yang terbaru, komen daripada Naib Ketua mereka, Dato' Razali Ibrahim yang mengatakan ini adalah tindakan mereka yang tidak matang dan cuba memutar belitkan isu. Akan tetapi apabila melihat rayuan kepada PM yang datangnya daripada PEMUDA UMNO negeri-negeri seolah-olah tanda mereka sendiri tidak percaya yang ketua mereka disisihkan oleh PM.

Ketua PEMUDA UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali mengingatkan PM supaya tidak sentiasa melupakan KJ. Ada yang berpendapat bahawa KJ setidak-tidaknya harus dilantik menjadi timbalan menteri sepertimana naib ketuanya.

Dalam tradisi UMNO, ketua pemudanya sentiasa diberikan jawatan di dalam kabinet antaranya Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan PM sendiri. Jadi jelaslah ada sesuatu yang tidak kena apabila KJ tidak dilantik menjadi menteri walaupun menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu dan menang dalam pemilihan PEMUDA UMNO yang lepas.

Persoalannya, mengapa KJ diketepikan oleh PM sementara Dato' Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Timbalan Menteri Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedangkan beliau kalah dalam pemilihan yang lepas. Mungkinkah KJ dilihat sebagai 'liability' kepada UMNO itu sendiri? Apakah KJ tidak layak dimata PM? Cukupkah sekadar meletakkan KJ di parlimen tanpa ada 'portfolio' yang lain sehinggakan beliau mempunyai banyak masa untuk menyertai latihan Askar Wataniah selama sebulan?

DPPP mengharapkan agar PEMUDA UMNO tegas dan lantang dalam memperjuangkan hak ketua mereka dalam kerajaan PM sekarang agar PEMUDA UMNO terus dapat dilihat 'relevan' dengan suasana politik semasa. Jika tidak, bimbang suatu masa nanti PEMUDA UMNO dianggap sebagai salah satu sayap parti yang hanya digunakan untuk pilihanraya sahaja. Peranan mereka tidak lebih daripada itu kerana jika dilihat senario sekarang jelas memihak kepada parti komponen BN yang lain demi untuk memancing undi kaum lain. Jadi apa peranan PEMUDA UMNO jika ketua mereka sendiri di'tukun'kan oleh PM?

UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Thailand terus bergolak?

Posted: 06 Jun 2010 06:30 AM PDT

"I Love Ratchaprasong", "I Love Bangkok", "I Love Thailand". Kata-kata ini bukan sahaja terdapat di kain rentang di tengah-tengah kota Bangkok, tetapi dicetak pada kemeja-T yang banyak dijual di kota ini.

Semua pihak cuba bersatu dan mengembalikan keadaan aman dan tentera dengan perasaan kasih sayang di negara Gajah Putih ini sesudah menyaksikan kemarahan dan api membara sebelum ini.

NONERatchaprasong merupakan kawasan pertempuran antara tentera kerajaan Thailand dengan golongan baju merah pada 10 April dan 19 Mei lalu. Melalui kaca televisyen yang dipancarkan ke seluruh dunia, kita menyaksikan imej pertempuran antara penyokong baju merah dan pihak tentera, serta kebakaran.

Ratchaprasong merupakan kawasan hotel dan kompleks beli-belah mewah dan moden di kota ini, termasuk Central World. Central World di kawasan Ratchaprasong musnah teruk dibakar oleh perusuh baju merah 19 Mei lalu.

TunNONEjuk perasaan selama dua bulan itu menyaksikan 87 orang terkorban sementara sekitar 1,900 orang cedera. Jumlah berkenaan jauh mengatasi mereka yang terkorban dalam kudeta atau rampasan kuasa pada 1992 apabila 44 maut, 68 cedera, dan 30 orang lagi hilang.

Ketika menaiki teksi dan tut-tut di kota 15 juta jiwa ini, saya sering mendengar komen negatif tentang Perdana Menteri Abhisit Vijjajiva. Banyak peniaga tepi jalan, pemandu teksi dan golongan miskin kota dan desa kelihatan memuji mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang memerintah negara 64 juta jiwa itu dari 2001 hingga 2006.

Thaksin yang kini berada di Dubai popular di kalangan golongan bawahan di Thailand kerana dasarnya yang memihak kepada mereka, termasuk skim pinjaman, skim kesihatan, dan subsidi.

Undi tak percaya

Selepas rusuhan, Abhisit terpaksa berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen Thailand, tetapi beliau bernasib baik kerana terselamat daripada percubaan berkenaan bersama-sama lima lagi menteri kabinet beliau, termasuk Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban.

Abhisit Vejjajiva Thai PMAbhisit terpaksa menangkis serangan pembangkang, termasuk menafikan pembabitan tentera dalam kes kematian enam orang di wat Pathum Wanaram baru-baru ini.

Kegagalan pembangkang memenuhi agenda menjatuhkan Abhisit sedikit banyak mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri itu untuk sementara waktu, apatah lagi, sesudah berlakunya adegan berkenaan di Parlimen, beliau perlu merombak Kabinetnya, dengan mengeluarkan beberapa menteri daripada Parti Puea Pandin yang cuba menjatuhkan beliau daripada kerusi yang dipegangnya sejak 15 Disember 2008.

Sesungguhnya, tunjuk perasaan dan rusuhan baru-baru ini dapat dianggap antara yang terburuk dalam sejarah moden Thailand. Dalam rusuhan itu sekitar 40 buah bangunan musnah dan terbakar. Jabatan Penyiasatan Khas (DSI) kini menyiasat 132 kes berkaitan keganasan politik, termasuk mereka yang melancarkan serangan bom dan membakar bangunan komersial.

red shirts protest in thailand bangkok 9Thailand kini berdepan dengan perpecahan. Perpecahan ketara sekali antara penyokong baju merah, iaitu rakyat biasa dengan penyokong baju kuning, iaitu kerajaan.

Pemandu teksi yang membawa saya dari hotel kediaman di Pratunam ke Siam Paragon di kota Bangkok, sepanjang perjalanan di tengah-tengah kesesakan yang teruk asyik mengutuk dan menyumpah Abhisit. Bagi beliau, seolah-olah tidak ada yang baik tentang Abhisit meskipun Perdana Mnteri itu dianggap bersih berbanding dengan Thaksin.

Penyokong Abhisit

Sebenarnya, warga kota yang kaya dan peniaga di kompleks beli-belah menyokong Abhisit.

Thailand airport touristsMereka tidak menyenangi rusuhan kerana pergolakan sosiopolitik merugikan mereka. Misalnya, 15,000 pekerja di Central World kini tertanya-tanya bila mereka dapat kembali bertugas. Ekonomi Thailand dijangka terjejas oleh pergolakan politik itu, tetapi pertumbuhan ekonomi pada suku pertama ialah 12 peratus.

Pertumbuhan ekonomi dijangka sekitar 5 peratus tahun ini. Sektor pelancongan yang menyumbang 6 peratus daripada ekonomi Thailand terjejas teruk. Kerajaan Thailand pada awal tahun ini menjangka mampu menarik 15.5 juta pelancong, kini menurunkan angka terbabit kepada 13 juta sahaja.

NONEKetika berjalan-jalan di kawasan Ratchaprasong, Jalan Silom dan Sukhumvit di kota Bangkok, banyak peniaga yang mengeluh kerana berbanding sebelum April lalu, jumlah pelancong merosot tajam sehingga pendapatan mereka merundum.

Memang benar, didapati tidak banyak pelancong dari Amerika, United Kingdom, Hong Kong, Saudi Arabia dan seumpamanya berada di Bangkok sekarang. Lebih daripada 40 negara memberi nasihat kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Thailand meskipun sebahagian besar telah menarik balik larangan itu.

Perdana Menteri Thailand ke-27 yang dilahirkan pada 3 Ogos 1964 itu terpaksa berdepan dengan masa depan politik yang mencabar. Beliau perlu memulihkan keyakinan pelabur asing dan komuniti antarabangsa, apalagi terdapat usaha untuk mendakwa beliau kerana melanggar hak asasi manusia dan melakukan pembunuhan dalam peristiwa terbabit.

anti abhisit vejjajiva thailand protestors in bangkok 090409 02Pada 3 Mei lalu Abhisit menawarkan pelan perdamaian, tetapi ditolak baju merah. Beliau berjanji mengadakan pilihan raya pada 14 November depan jika penunjuk perasan bersedia bersurai, namun segala usaha itu tegagal sehingga akhirnya pihak kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali melancarkan serangan untuk mengeluarkan penyokong baju merah daripada menakluki kota Bangkok, yang menjadi nadi ekonomi Thailand.

Kini, Perdana Menteri dijangka akan melewatkan pilihan raya yang dijangka tidak memihak kepada beliau terutama di kalangan golongan bawahan, petani, nelayan dan penduduk miskin.

Dengan perpecahan tajam yang wujud di kalangan masyarakat Thailand sekarang, sesiapa pun yang menduduki kerusi perdana menteri, pasti berdepan keadaan sukar. Jika pemimpin politik yang didukung baju merah berkuasa, adakah penyokong baju kuning akan berdiam diri?

Kini, pun kita perlu berhati-hati dan dinasihati supaya tidak memakai pakaian berwarna merah, kuning atau merah jambu – yang mempunyai makna dan konotasi politik -- biarpun keadaan di Bangkok sudah pulih daripada pergolakan.


Dr Jeniri Amir

Penulis, pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak kini berada di Bangkok, Thailand sejak 31 Mei lalu.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Anwar: k'jaan P Pinang lebih baik kepada umat Islam

Posted: 06 Jun 2010 06:15 AM PDT

Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya pembangunan ekonomi berjalan seiringan dengan keadilan sosial.

Bercakap selepas merasmikan pembukaan sebuah surau di Komtar, Pulau Pinang, Anwar memuji kerajaan negeri kerana menjaga keperluan penduduk Islam di Pulau Pinang walaupun terpaksa berdepan dengan tuduhan yang ia meminggirkan mereka.

Anwar berkata, bantuan kerajaan Pulau Pinang untuk pendidikan dan kebajikan sosial orang Islam jauh lebih tinggi daripada apa yang disediakan selama pemerintahan BN sebelum ini.

Beliau juga bersetuju kegunaan masjid dan surau diperluaskan dan bukan setakat tujuan ibadah semata-mata.

Tegasnya, masjid dan surau bukan hanya untuk bersembahyang sahaja, tetapi juga untuk memacu kemajuan kesejahteraan umat Islam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin PKR termasuk timbalan ketua menteri, Mansor Othman dan exco negeri, Abdul Malek Abul Kassim. Surau tersebut terletak di tingkat empat bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran negeri.

Sebelumnya, Anwar juga bercakap dalam taklimat selama sejam untuk pegawai kerajaan negeri di mana beliau berkongsi pengalamannya selama menjadi menteri.

Katanya, perkhidmatan awam yang profesional dan cekap menjadi asas penting bagi pembangunan ekonomi dan keadilan sosial.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Najib Memang Manusia Munafik

Posted: 06 Jun 2010 06:15 AM PDT

Hari ini isteri Rosmah konon berang dengan tindakan Yahudi Zionis yang telah membunuh belasan aktivis kemanusiaan yang menuju ke Gaza. Najib kononnya membantah tindakan Yahudi Zionis menyerang aktivis - aktivis berkenaan dari belakang.

Tapi apakah Najib lupa dengan kematian Allahyarham adik Aminulrasyid? Beliau mati ditembak dari belakang. Apakah tindakan itu tidak zalim dan pengganas. Najib sememang manusia yang paling kuat menipu.

Kalau benar Najib menentang keganasan sepatutnya dia adil dan mengarahkan Ketua Angkatan Katil Polis Musa Hassan agar diam menutup mulut. Bukannya mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Tindakan Najib dan Musa sama seperti Benjamin Netanyahu yang mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati keluarga mangsa serangan kejam tentera laknat Zionis.

Sebelum bercakap isu Zionis teropong dulu Zionis tempatan yang dipimpin oleh kamu Najib. Sekarang APCO sekarang menyorok dan melarikan diri. Alamat di website mereka telah dihilangkan. Mereka bimbang mereka akan dihalau oleh para pejuang rakyat. Najib menjadi alat APCO. Najib bercakap seolah dia tidak pernah bersikap seperti Yahudi Zionis.

Sebelum akhiri penulisan ini. Tok Guru Najib adalah Mahathir. Mahathir juga pernah membunuh rakyatnya sendiri. Ingat peristiwa Memali. Menembak para mangsa dari belakang!!

UMNO-APCO....JAHANAM!!


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

BBCBN: Jangan lantik bekas pegawai kerajaan anggotai lembaga GLC

Posted: 06 Jun 2010 05:45 AM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Kerugian besar dialami dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menjadi fokus sidang Dewan Rakyat, yang bermula esok, dengan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) mendesak kerajaan tidak lagi melantik pesara sektor awam menganggotai lembaga pengarah bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Sehubungan itu, BBCBN mahu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan memberi penjelasan terperinci bagaimana Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby boleh mengalami kerugian antara lebih RM200 juta hingga RM1.6 bilion.

"Saya sendiri akan membangkitkan isu ini... saya merasakan kerajaan tidak harus melantik pegawai-pegawai kanan telah bersara jika mereka tidak komited dan tidak mampu untuk menjalankan tugas mereka dengan baik," kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Moktar Radin kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Kalau mereka tidak berminat (menerajui syarikat-syarikat besar) jangan paksa mereka memegang jawatan pengarah khususnya di syarikat-syarikat besar dan ternama macam Sime Darby," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen akan berlangsung mulai esok sehingga 13 Julai.

Antara anggota lembaga pengarah Sime Darby dan Pos Malaysia kalangan bekas pegawai kanan kerajaan ialah bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam, masing-masing bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri Samsudin Osman, bekas ketua pengarah pelajaran Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin serta Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Puan Sri Nazariah Mohd Khalid.

Bung Moktar percaya bahawa masalah kerugian yang dialami oleh kedua-dua GLC ini berpunca daripada sikap tidak komited ahli-ahli lembaga pengarah.

"Kadangkala kita paksa mereka terima jawatan-jawatan ini... jangan paksa kalau mereka tidak komited, akhirnya yang rugi negara dan rakyat," kata beliau sambil menambah akan menggesa kerajaan mengkaji semula tatacara pelantikan anggota lembaga pengarah dalam GLC.

Kata Bung Moktar, BBCBN juga akan meminta kerajaan menjelaskan bagaimana kerugian kedua-dua GLC itu boleh wujud.

"Kami mahukan penjelasan terperinci, apa punca masalah ini... saya berpendapat bahawa masalah ini tidak harus wujud ketika kerajaan hendak membawa ekonomi ke kedudukan lebih baik," katanya.

Pada Khamis ini kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 dan Model Ekonomi Baru untuk dibahaskan.

Negara dikejutkan dengan 'skandal' kewangan dialami oleh Sime Darby dan Pos Malaysia dalam tempoh dua bulan lalu.

Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata akan memanggil pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.

Kedua-dua GLC itu dijangka dipanggil pada minggu kedua persidangan Parlimen.

Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM1.7 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.

Pada bulan lalu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein memberitahu Dewan Negara bahawa Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Berhad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebelum ini telah menafikan sebarang pembabitannya dalam Pos Malaysia yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian.

Sebelum Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar dan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menggesa kesemua lembaga pengarah Sime Darby meletakkan jawatan dengan segera.

Isu Pos Malaysia dan Sime Darby juga dijangka menarik perhatian Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas dan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Guan Eng : Mutakmad tiada judi bola di Pulau Pinang

Posted: 06 Jun 2010 05:29 AM PDT

Kerajaan Pulau Pinang tetap tidak akan membenarkan pertaruhan acara sukan di negeri itu, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Ascort Sdn Bhd yang diberi lesen untuk menganjurkan pertaruhan itu mengenai keputusan kerajaan negeri tersebut.

Bagaimanapun kerajaan negeri terbuka untuk berbincang jika menerima surat rayuan daripada syarikat terbabit, katanya kepada pemberita di sini.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kumpulan Berjaya Didakwa Bayar RM250 Juta Setahun Untuk Lesen Judi

Posted: 06 Jun 2010 01:00 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 6 Jun - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan bahawa Kumpulan Berjaya membayar sebanyak RM250 juta setahun bagi mendapatkan lesen judi.

Beliau berkata demikian di pelancaran Program Kempen Membantah Judi Sukan di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dilancarkan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) semalam.

"Barisan Nasional kini dalam keadaan terdesak dan kewangan negara tidak seperti mana yang digambarkan.

Oleh kerana mereka ini hendakkan duit, jadi terpaksalah memberi lesen judi, kerana wang akan diperolehi dari lesen tersebut," kata Khalid.

Beliau kecewa dengan keputusan mendadak dan mengejut kerajaan kerana tidak pernah membahaskan perkara tersebut di parlimen.

Tindakan tersebut katanya seolah-olah menggadaikan kepentingan rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang serius.

"Najib berasa terhutang budi dengan Berjaya kerana mereka memberikan sokongan kepada BN semenjak sebelas pilihan raya kecil yang lepas. Jadi sebagai ganjaran dan 'membalas jasa' Berjaya, kerajaan BN meluluskan permohonan lesen judi kepada mereka," kata Khalid lagi.

Beliau mendedahkan bahawa bukan Pakatan Rakyat sahaja yang menentang kelulusan lesen tersebut, malah parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan turut menentang kelulusan lesen judi tersebut.

Beliau menyelar pemimpin Umno yang menyokong kelulusan lesen judi tersebut dan menganggap ia sebagai menegakkan benang yang basah.

Tindakan tersebut amat memalukan masyarakat Melayu dan orang Islam.

"Ramai orang menganggap bahawa judi adalah budaya masyarakat Cina, tetapi parti DAP turut menentang.

Yang mahu ia diluluskan hanyalah Umno-BN. Masyarakat yang telah terjebak dengan hutang, janganlah kita cari penyakit," katanya.

Beliau memjelaskan bahawa masalah hutang kepada Along adalah disebabkan kesempitan wang yang turut berpunca sikap dan amalan berjudi.

"Kita akan terus menyokong pihak-pihak yang berusaha untuk menghalang kelulusan lesen judi ini. Kita akan terus berkempen supaya orang ramai sedar bahawa amalan berjudi ini tidak mendatangkan manfaat," jelas beliau.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Israel bertindak ala ‘lanun’

Posted: 06 Jun 2010 12:30 AM PDT

Seorang aktivis Ireland yang ditahan oleh Zionis-Israel dalam operasi komando pada armada bantuan pada Isnin lalu, menuduh regim terbabit melaksanakan suatu tindakan lanun. Mereka juga menuntut Israel menghapuskan kepungan yang menimbulkan kontroversi dan membenarkan kapal MV Ireland Rachel Corrie untuk memberikan bantuan ke Gaza.

Sewaktu menceritakan saat-saat tragik Challenger 1 diserang, beliau mengatakan kapal itu dikelilingi oleh kapal yang diwarna hitam dan helikopter sebelum serangandilancarkan dalam jarak dekat dengan senjata bius dan peluru paintball bertenaga tinggi. "Saya tidak akan menyebut mereka tentera, mereka adalah pengganas," kata aktivis berumur 36 tahun itu. "Mereka menyerang kami di perairan antarabangsa dan itu adalah tindakan jelas seperti lanun di perairan antarabangsa pada armada keamanan .."

Shane Dillon mendarat di Lapangan Terbang Dublin pada Selasa malam dan masih memakai T-shirt hijau dan yang robek sewaktu serangan pada Isnin pagi itu, dan beliau menambah dengan nada marah bahawa tidak ada senjata yang dibawa aktivis di atas kapal tersebut. Dia meminta kerajaan Ireland untuk merujuk insiden ini kepada Pusat Laporan Rampasan (PRC) di Kuala Lumpur dan permintaan Rachel Corrie diberikan kebenaran masuk ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : mujaheed929


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Razali Ismail Seorang Oportunis?

Posted: 05 Jun 2010 11:55 PM PDT

TERANG benar Pemuda Umno tidak sehaluan dan sekata. Mungkin kerana ada keretakan dalaman ini menyebabkan pergerakan itu tidak begitu menonjol dan seperti kapal penyelamat yang kehilangan haluan untuk dituju.

Ketidaktentuan ataupun tiada kekompakan dalam Pemuda ini tidak dapat disembunyikan lagi. Walaupun ada usaha membendung masalah itu, ia lama kelamaan mulai berbau. Paling ketara hubungan antara ketuanya dengan naib ketuanya, antara Khairy Jamaluddin dengan Razali Ibrahim. Mereka berdua ini seolah tidak senada dalam percakapan dan tidak cuba membela antara satu sama lain bagi mengukuhkan hierarki kepemudaan. Senyuman semasa berdepan hanyalah sandiwara yang sudah diketahui penamatnya.

Razali tidak menampakkan akan ke'walakan beliau kepada Khairy sebagai ketua. Mungkin Razali menerima dakwaan kemenangan Khairy kerana rasuah. Orang yang kelihatan bersih seperti Razali mungkin sukar untuk berkompromi dengan perasuah?

Sejak awal lagi Razali dilihat bukan satu team dengan Khairy. Razali dilihat lebih akrab dan sesuai berganding dengan Mukhriz Mahathir. Rezza Merican Naina Merican yang berdepan dengan Razali pula lebih sesuai berganding dengan Khairy. Warna kulit mereka juga cocok benar!
Malangnya, takdir Allah, Rezza Merican kalah. Jadi hendak tidak hendak Khairy kena menerima Razali sebagai regunya dan begitu juga sepatutnya. Tetapi Razali tidak begitu. Dia masih merasakan Mukhriz sebagai ketuanya. Jadi penghormatan kepada Khairy tidak begitu kuat. Kekalahan mutlak Muhriz mengecewakannya. Keadaan ini menyebabkan kedua mereka hanya berada dalam satu rumah tetapi membawa hal dan angan-angan berbeza.

Bagaimana Razali meremehkan Khairy jelas bila mana, Razali semasa bercakap di Kota Bharu Kelantan menyatakan pemuda Umno tidak terkilan kalaupun Khairy tidak dilantik menjadi menteri. Katanya, isu Khairy tidak dilantik sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Apakah maksud dan tafsiranya bila beliau membuat ralat yang tidak perlu itu.

Kenyataan Razali itu menafikan apa yang dilahirkan beberapa ketua pemuda mengenai tindakan Najib Razak tidak mengambil Khairy sebagai jemaah menteri. Apabila Razali berkata begitu berertinya Razali tidak suka kalau Khairy masuk ke dalam Kabinet. Sebagai naib ketua yang sepatutnya taat kepada ketua, Razali tidak menjawab begitu tetapi membela Khairy walaupun Khairy tidak mengharap begitu darinya.

Razali cuba menjustifikasikan alasan itu – pemuda tidak terkilan, dengan menuduh pembangkang sengaja memperbesarkan isu itu. Katanya, perkara itu tidak timbul kerana rombakan itu tidak melibatkan Umno. Rasanya orang lain juga tahu bahawa tidak ada orang Umno terlibat dalam rombakan itu. Tetapi apa yang orang lain rasa perlu, alang-alang buat rombakan (pembetulan) masuklah sekali Khairy dalam jemaah menteri. Pemuda merasakan Khairy perlu berada dalam kabinet untuk menguat dan menambahkan semangat perjuangan pemuda Umno.

Razali sepatutnya tidak bercakap begitu. Dalam hal ini Razali semacam double standard dalam hal ini. Kepada Khairy beliau tidak mahu diberikan jawatan menteri, tetapi beliau sendiri mengambilnya. Jika Razali ikhlas dan jujur, dia tidak menerima perlantikan sebagai timbalan menteri. Demi ketuanya beliau patut menolaknya dan memberi kepada Khairy.

Tetapi apabila beliau menerima, maka jelas Razali seorang yang tidak tahu menghormati ketua. Ataupun memang dia tidak menghormati Khairy sebagai ketua cuma Khairy saja tersengeh-sengeh merasakan dia seorang ketua Pemuda Umno yang bijak, hebat dan berketrampilan tetapi bakat itu tidak pun tersentuh ke hati Najib dan Rosmah.

Mengenai pendirian Razali Ibrahim itu rasanya perlu kalau pemuda Umno menilai semula siapa dia Razali. Apakah dia seorang pemuda yang genius dengan sikap jujur, ikhlas dan kebertanggungjabwabannya atau seorang oportunis?

http://msomelayu.blogspot.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Judi sukan: Vincent Tan rayu Pakatan jangan berkeras

Posted: 05 Jun 2010 07:00 PM PDT

Oleh Neville Spykerman


KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata.

Tan (gambar) juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

"Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini," kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan.

"Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali," kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan.

Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

"Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

"Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi "pertaruhan telefon."

"Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

"Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.

"Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah," kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald's.

Berjaya Corporation juga terlibat dalam perniagaan hartanah.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Judi sukan: GMJ mahu Berjaya hormati protes rakyat

Posted: 05 Jun 2010 06:30 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 6 Jun — Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) memberi amaran kepada Kumpulan Berjaya jangan sesekali mendesak kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar membenarkan premis judi sukan di negeri masing-masing dan tidak membantah langkah menghalalkan aktiviti itu.

Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk menolak premis judi bola sepak di negeri masing-masing.

Oleh itu kata beliau, pihaknya hairan mengapa syarikat tersebut masih masih meneruskan hasrat mengadakan premis aktiviti judi sukan di negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat, malah di negeri-negeri lain pimpinan Barisan Nasional.

"Kerajaan Pakatan iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang sudah menolak lesen judi bola sepak di negeri mereka jadi mengapa Kumpulan Berjaya masih hendak mereka menarik balik larangan tersebut.

"Tindakan yang diambil kerajaan Pakatan untuk menolak lesen judi sukan ini selari dengan kehendak rakyat.

"Kalau mereka sudah tolak mengapa mesti mahu paksa mereka terima?" kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan.

Suhaizan berkata Kumpulan Berjaya sepatutnya menerima keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan menghormatinya.

"Saya nak cakap kepada Kumpulan Berjaya supaya jangan hanya mementingkan diri sendiri.

"Kerajaan Pakatan sudah tolak kerana memikirkan tentang rakyatnya jadi semua pihak perlu menghormati keputusan ini," katanya.

Tambahnya, GMJ akan terus mendesak kerajaan supaya menarik balik kelulusan lesen judi sukan.

"Kita akan terus mendesak kerajaan dan tidak akan sesekali kita mengubah pendirian ini.

"Kita mahu kerajaan menarik balik kelulusan tersebut kerana memikirkan tentang masa depan rakyat dan negara.

"Ini kerana judi hanya akan memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan malah ia juga tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat," katanya.

Semalam, GMJ mendesak Kabinet menarik balik lesen judi sukan, sebaliknya menguatkuasakan undang-undang judi kerana gejala sosial itu akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bergabung tenaga untuk membantah tindakan kerajaan itu.

NGO yang terlibat termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras), Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.

Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan juga Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.

Selain itu Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyertai gerakan tersebut.

GMJ dibentuk bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Gambar : 12 sukarelawan Malaysia selamat tiba di tanah air

Posted: 05 Jun 2010 05:56 PM PDT

Dua belas sukarelawan Malaysia yang terselamat dalam serangan Israel tiba di KLIA awal pagi tadi. - Gambar Choo Choy May
Dr Mohd Arbai'e Syawal, dari Haluan Palestin, mencium anaknya Abdul Basyer sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA awal pagi tadi. - Gambar oleh Choo Choy May


SEPANG, 6 Jun — Dua belas sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza ketika diserang tentera Israel pada Isnin lepas, tiba di tanah air pukul kira-kira 5.40 pagi tadi.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai dari Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.

Kumpulan sukarelawan itu yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kementerian yang lain, tiba dari Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia) kelmarin dan melakukan pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air petang semalam.
Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki "Mavi Marmara", yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.

Bagaimanapun, kesemua sukarelawan negara di atas kapal tersebut selamat tetapi ditahan tentera Israel sebelum dibebaskan dan dibawa ke Amman, Jordan.Sehubungan itu, Anifah dan beberapa pegawainya berlepas ke Amman Rabu lepasbagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia tersebut.Kumpulan sukarelawan itu dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk SeriNajib Razak di kediamannya kira-kira 9 pagi ini. — Bernama


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tiada ulasan: