Kelab Greenboc |
- Isu JI Ditimbulkan Untuk Alih Perhatian Rakyat
- Srikandi Berjalan Ke Depan, Muslimat PAS Berjalan Ke Belakang
- Kes Joshua Dan NTV7, Penerusan Agenda BN Membangangkan Rakyat
- Komisyen 100 Juta Euro Diselindungi Sebagai Latihan Kapal Selam Scorpene?
- Zahrain Bakal Dibogelkan
- "Saya akan serahkan pingat tapi bukan perjuangan" – Chua
Isu JI Ditimbulkan Untuk Alih Perhatian Rakyat Posted: 22 Jun 2010 01:29 AM PDT JI: Pakatan Rakyat Desak Hishammuddin, Musa Kemuka Bukti Kukuh KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen PAS hari ini mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengemukakan semua bukti kukuh berhubung dakwaan pembabitan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dengan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui satu taklimat telah diadakan tentang isu pengganas kepada institusi pengajian tinggi. "Saya mengetahui terdapat satu taklimat di adakan tentang isu pengganas kepada institusi pengajian tinggi, apa yang ingin saya katakan tidak ada sebarang bukti kukuh diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi tentang penglibatan JI ini bersama pelajar-pelajar IPT. "Isu yang cuba digambarkan adalah satu persepsi yang cuba dikukuhkan tentang berlaku dan wujudnya keganasan yang ada di dalam negara ini tentang penglibatan IPT. "Kita kesal dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Polis Negara dan juga Kementerian Dalam Negeri tanpa usul periksa ataupun bukti kukuh. Kerajaan perlu mengambil serius terhadap tuduhan tersebut. "Saya berharap pihak yang membuat tuduhan itu mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai tuduhan tersebut kerana ini melibatkan imej IPT dan juga negara ini. Bagi saya ini amat serius dan tidak boleh diambil mudah kerana tuduhan menggunakan IPT sebagai tempat penambahan ahli JI adalah satu yang tidak wajar, kalau betul kenyataan tersebut laporan perlu dikeluarkan di parlimen agar semua rakyat tahu dakwaan yang dikeluarkan itu. "Kita tidak mahu dalam menutup kesilapan yang dilakukan ini, akan terdapat individu yang menjadi kambing hitam kepada pihak tertentu dalam mengesahkan dakwaan yang dikeluarkan itu," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen pagi tadi. Beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di parlimen untuk menjelaskan dakwaan tersebut. Beliau juga mendesak Hishammuddin supaya jangan membisu kerana jika menteri gagal mengemukakan bukti, beliau sendiri akan mendedahkan segala maklumat berkaitan dengan taklimat itu di dalam Dewan Rakyat. "Kita tidak mahu ini adalah salah satu agenda global hasil pertemuan antara Perdana Menteri dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Dalam usaha untuk mengalihkan isu penglibatan Apco ataupun isu serantau menyebabkan masalah JI ini diketengahkan. "Isu ini sengaja saya ketengahkan kerana ia adalah isu besar, sehingga sekarang tidak ada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kemasukkan pengganas di IPT mahupun penglibatan pelajar," kata beliau lagi. Menjawab isu yang sama, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengulas tentang kenyataan Hishammuddin yang mengatakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengatakan isu JI sebagai mengalihkan isu besar lain. "Tuduhan yang dikeluarkan oleh Hishammuddin itu tidak berasas bukannya dakwaan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat, kita tahu dakwaan yang dinyatakan oleh Musa Hassan itu tidak benar sama sekali dan juga jika betul penglibatan JI dalam IPT kenapa tidak ada bukti kukuh dikeluarkan termasuk penjelasan di dalam parliman. "Kita bukannya gila tetapi kita menghadapi politik gila yang diamalkan oleh Umno, tanpa bukti kukuh mereka terlalu mudah membuat kenyataan tersebut," sanggah beliau. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menambah kesilapan besar dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri tentang penglibatan JI ini kerana seluruh dunia akan memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat. Selain itu kemerosotan kemasukan pelajar luar juga akan berkurangan kerana mereka tidak lagi yakin dengan sistem pembelajaran negara ini yang terlalu mudah dimasuki pengganas. "Selain kemerosotan pelajar luar kenegara ini, dari sudut ekonomi juga akan mengalami kemerosotan. Kita melihat selepas kejadian 11 September ramai pelabur dari negara timur tengah mengalih pelaburan mereka ke Asia dan saya pasti dengan kenyataan yang tidak berasas itu menyebabkan pelabur luar juga akan mengambil tindakan yang sama. "Jangan menyalahkan sesiapa jika ekonomi negara ini mengalami kemerosotan yang teruk," jelasnya. Sebelum ini, Musa mengeluarkan kenyataan yang mengatakan terdapat penglibatan pengganas Jemaah Islamiah dalam IPT dan kumpulan terbabit sekarang dalam usaha untuk membuat penambahan ahli mereka. -SK |
Srikandi Berjalan Ke Depan, Muslimat PAS Berjalan Ke Belakang Posted: 21 Jun 2010 10:17 PM PDT Srikandi PKR 'tawan' universiti Srikandi PKR semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM). Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi. "Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya. Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen. Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka. "Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda. "Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda," katanya. Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar. "Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasuk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina," katanya. -mk Ulasan GB Tahniah Srikandi. Apa khabar Muslimat PAS? Penubuhan Muslimat Muda yang disyorkan oleh Mursyidul Am PAS, TGNA ditolak sebulat suara oleh Dewan Muslimat. Kini muslimat PAS terpinggir di ipt. Hal ini bertepatan dengan ulasan GB sebelum ini di SINI. Petikan: Dewan Muslimat dah garang kerana dah tuntut kerusi Naib Presiden? Sudah tak perlu dengar nasihat dan saranan Mursyidul Am PAS, TGNA yang mencadangkan sendiri agar ditubuhkan sayap baru iaitu Muslimat Muda? |
Kes Joshua Dan NTV7, Penerusan Agenda BN Membangangkan Rakyat Posted: 21 Jun 2010 06:51 PM PDT Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mahu penjelasan samada Menteri atau isteri Perdana Menteri memainkan peranan memberi arahan kepada penerbit stesen televisyen kerajaan atau swasta dengan tujuan mengekang kebebasan media. Tian Chua ketika membahaskan usul penangguhan mesyuarat Dewan Rakyat petang semalam berkatasejak kebelakangan ini aduan anggota media berhubung usaha menyekat kebebasan media melalui campur tangan tokoh politik amat membimbangkan. Insiden pertama membabitkan Joshua Wong, penerbit rancangan 'Buletin' dan 'Isu Semasa' yang disiarkan dalam ntv7, yang terpaksa meletak jawatan sebagai protes campur tangan Jabatan Perdana Menteri dan juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Tian Chua memberitahu Joshua juga dilarang membincangkan isu politik termasuk dilarang mengundang anli panel daripada pembangkang serta semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. "Saya meminta Kementerian Penerangan memberi penjelasan samada arahan Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri selain larangan yang telah dikenakan ke atas Joshua adalah munasabah bagi seorang penerbit yang profesional. "Kemelut ini tidak hanya melanda ntv7 sahaja, malah insiden kedua menimpa penerbit TV2, Chou Z Lam berkaitan dengan dokumentasi 'Galeri Manderin Nasional' yang dibatalkan kerana mendatangkan kesan politik kepada kerajaan Barisan Nasional Sarawak ketika kempen pilihan raya kecil Sibu sedang berjalan. "Rancangan dokumentasi ini merakamkan secara fakta dan objektif pengalaman penduduk pribumi Sarawak yang menghadapi kesulitan dan kesengsaraan hidup berhubung dengan pembinaan Empangan Bakun. "Chou Z Lam menerima penjelasan daripada Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engson bahawa kandungan rancangan itu terlalu sensitif dan tidak sesuai di siarkan," jelasnya. Tian Chua memberitahu, beliau memohon Kementerian Penerangan menyatakan pendirian dalam persoalan hak bersuara dan hak menerima maklumat. Dalam kes ini suara kaum pribumi yang menghadapi ancaman kehidupan telah ditindas termasuk hak rakyat disekat menerima maklumat atau pengetahuan. "Ekoran dua insiden di tersebut, kejadian ketiga pula berulang sekali lagi apabila pembatalan siaran isu pembinaan menara elektrik di Rawang tanpa sebab. Pada 13 Mei yang lepas, Chou Z Lam menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan dengan alasan mengurangkan kos. "Alasan sedemikian tidak boleh diterima bagi seorang penjawat awam, ini perlu dikembalikan hak beliau bukannya dicabuli oleh kerajaan sendiri. "Di samping itu, saya pohon Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menjalankan penstrukturan semula dalam pentadbiran RTM supaya memberi ruang kebebasan untuk membincangkan isu kepentingan awam. Berikutan insiden-insiden ini, Menteri telah melantik Yap Shy Cuan dengan tugas memantau rancangan Mandrin yang mana jawatan ini tidak pernah wujud dan hanya dikenali sebagai pegawai khas dalam RTM," katanya lagi. Beliau juga meminta Menteri memberi penjelasan tentang tugas dan tujuan jawatan Yap Shy Cuan dalam bahagian tersebut. "Penjelasan perlu diberikan oleh Menteri apa tugas sebenar Yap Shy Cuan, saya mendapati Yap Chy Cuan merupakan ahli MCA dan merupakan perwakilan Pemuda MCA Bahagian Bera, Pahang. Apa yang saya ketahui rupa-rupanya beliau menjalankan kawalan terhadap kakitangan profesional dalam RTM dan memastikan perspektif selain kepentingan parti pemerintah dipertahankan," tegas beliau lagi.
Ulasan GB Betapa bangang seorang Timbalan Menteri berhajat untuk membangangkan rakyat. Kita ingin sekali memberitahu beliau bahawa jika benar, aduan rakyat dijadikan sebab mengapa penerbit NTV7 terpaksa meletakkan jawatannya, maka sudah tentu bukan sekadar Joshua Wong yang berbuat demikian. Berapa banyak aduan rakyat telah diutarakan mengenai program TV yang senget sebelah, yang diskriminasi terhadap pihak tertentu, yang mengampu dan yang menjurus kepada perbuatan tidak beretika di dalam laporan dengan hanya mementingkan perspektif dari kerajaan untuk sebarang rancangan yang disiarkan? Ternyata apa yang berlaku ke atas Joshua Wong adalah satu amalan tidak bertamadun di mana pihak kerajaan telah berusaha untuk mengekang dan mengawal seketat-ketatnya rancangan-rancangan televisyen di dalam usaha untuk memperbodohkan rakyat menerusi siarannya. UMNO BN telah lama melacurkan kebebasan media, namun, di dalam dunia digital kini, di mana rakyat bebas untuk mendapatkan dan membincangkan maklumat tidak akan mampu disekat dengan penyingkiran penerbit-penerbit di stesyen TV. Lebih banyak ia dilakukan akan lebih merudumlah syarikat TV terbabit kerana rasa meluat rakyat terhadap rancangan yang sifatnya mengampu akan terus menerima kritikan dan pemboikotan dari rakyat yang semakin kritikal. |
Komisyen 100 Juta Euro Diselindungi Sebagai Latihan Kapal Selam Scorpene? Posted: 21 Jun 2010 07:08 AM PDT Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. "Saya ingin tahu 500 anggota ini dilatih untuk apa? Adakah untuk menyelenggara atau mengendalikan kapal selam Scorpene sedangkan menurut spesifikasinya ianya hanya memerlukan 20 orang untuk mengendalikannya. "Jumlah tersebut tidak munasabah dan kita juga ingin tahu di mana dan mengapa dan yang begitu besar perlu untuk tujuan latihan itu?," soal Tian Chua. Kata Tian Chua lagi, pada pandangannya 100 juta euro itu sebenarnya kemungkinan besar adalah komisen yang telah dibayar kepada pihak terbabit termasuk bayaran kepada ahli politik di Perancis yang terlibat dalam proses jual beli kapal selam tersebut. "Kes kapal selam ini sekarang di bawah siasatan pendakwaraya Perancis dan kita juga dimaklumkan oleh pihak Perancis tiga minggu yang lalu, satu tindakan tergempar merampas dokumen mengenai kapal selam Scorpene ini daripada pengilangnya, DCN di Paris," tegas beliau. Tambah Tian Chua lagi, kertas siasatan tersebut telah dibuka dan dimulakan dan beliau berharap kerajaan Umno-Barisan Nasional telus untuk menjawab isu ini dan bagaimana wang itu diagihkan sebagai komisyen. |
Posted: 21 Jun 2010 04:26 AM PDT Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong. Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas. "Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini. "Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat. "Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini.Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini. Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi. "Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi. -SK |
"Saya akan serahkan pingat tapi bukan perjuangan" – Chua Posted: 21 Jun 2010 01:37 AM PDT Istana Johor meminta Chua Jui Meng menyerah kembali ketiga-tiga pingat yang dianugerah kepada beliau oleh Sultan Johor walaupun pada asalnya hanya menarik balik dua pingat. Minggu lalu, Chua dilucutkan gelaran 'datuk' dan 'datuk seri' dan diarahkan mengembalikan dua pingat kepada Istana. Tidak ada sebab diberikan ekoran menarik balik pingat tersebut walaupun spekulasi bertiup kencang adanya tangan Umno Johor dalam keputusan Istana tersebut. Umno Johor bagaimanapun menafikan tuduhan ini. Pada sidang media di sini hari ini, Chua berkata, beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Mahkamah Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli, bahawa beliau mempunyai pingat ketiga – Pingat Ismail Sultan (PIS). "Saya bertanya beliau sama ada pihak Istana mahu pingat itu juga dan beliau dengan pantas menjawab ya," kata Chua. Oleh itu, saya akan membuat persiapan untuk memulangkan pingat-pingat itu kepada Istana secepat mungkin. Dan saya mengembalikannya dengan dada terbuka. Ditanya bilakah beliau akan memulangkannya, Chua berkata, tidak ada keperluan untuk segera berbuat demikian. "Saya telah memberitahu Rahim bahawa apa yang perlu beliau lakukan ialah dengan menarik balik gazet ke atas dua pingat itu dan pingat-pingat itu akan bertukar menjadi timah sahaja kerana ia tidak lagi mempunyai nilai dan penghormatan ke atasnya. "Tetapi saya akan pulangkannya jua…. jangan bimbang," ujar beliau. Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah, yang turut hadir, menyoal bidang kuasa Rahim menuntut dikembalikan pingat yang ketiga itu. "Saya terperanjat kerana beliau (Rahim) boleh segera membuat keputusan tanpa merujuk kepada Istana," katanya. "Jadi siapa yang menggunakan kuasa di sini? Siapa dibelakang keputusan pihak Istana? Chua, bekas menteri kesihatan menyertai PKR Julai lalu, kekal gelaran 'datuk' kerana beliau telah dianugerah gelaran 'datuk' oleh Pahang dan Selangor. Saya tidak akan mengalah Chua mengakui beliau sudah tahu sebaik sahaja beliau menyertai Pakatan Rakyat, beliau akan melalui ranjau-ranjau kehidupan dan memuji langkah rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui keperitan hidup sejak 11 tahun yang lalu dalam usaha membawa perubahan di Malaysia. "Saya telah bersiap sedia untuk perjuangan ini tapi saya tidak menjangka saya akan dihukum sebegini pantas atas keputusan yang saya buat," katanya. "Tetapi kehilangan pingat-pingat ini tidak membawa apa-apa erti berbanding dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh golongan reformasi seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Chua juga terpesona dengan sokongan orang ramai yang datang mencurah-curah berikutan perlucutan gelaran dan berkata, "sesuatu yang saya tidak jangka langsung". Beliau berkata, tahap sokongan yang diterima menunjukkan rakyat telah muak dengan politik murahan dan politik dendam dengan kerajaan yang muflis idea untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. "Umno telah membuat perkiraan yang salah dalam usaha untuk menggertak saya," jelas beliau. Mereka mungkin menjangka saya akan memperlahankan kempen reformasi dan malahan peristiwa ini memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan. "Saya berdiri di pihak yang benar dan saya tidak akan berundur," ujar beliau. Chua kemudian menggunakan analogi bolasepak untuk menerangkan keyakinannya bahawa rakyat secara jelas bersedia untuk melakukan perubahan. "Dalam bolasepak, para penonton tahu apabila seseorang pemain itu membetis lawan dan bukannya bola. Dalam tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning kepada Barisan Nasional. Saya yakin pada tahun 2012, mereka akan melayangkan kad merah kepada Umno. -FMT |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan