Jumaat, 11 Jun 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Kasihan Iran,Dikhianati

Posted: 11 Jun 2010 09:09 PM PDT


Berita Terkini,TV3 menyiarkan bahawa Russia mengehntikan penjualan peluru berpandu kepada Iran berikutan dengan sekatan baru yang dilakukan PBB.

Kasihan Iran,moralnya di sini,jangan percaya sangat pada rakan-rakan.Hal ini kerana,takut diri sendiri dikhianati.Ingatlah,Russia bukan Soviet lagi kini.Mereka kini pun sudah dipengaruhi kuat oleh Amerika Syarikat.Zaman Perang Dingin pun sudah malap.Buat apa Russia mahu berkawan dengan Iran sedangkan boleh kawan dengan US bersama sekutunya.China sekarang pun sudah bersikap terbuka.Semasa Perang Dunia pun,Soviet bukanlah Axis tetapi Allied,sekutu dengan Amerika Syarikat.Sudah memang patut pun,Jerman Nazi dengan Jepun memang kejam,tidak hairanlah Allah memberi kemenangan buat Allied.Tengok balik pada sejarahlah,Jepun bukan main kejam lagi.

Begitu juga dengan Jerman Nazi,holokos Yahudi,itu tidak pasti,tetapi selain bunuh Yahudi,orang cacat dan orang gila yang tidak berdosa turut dibunuhnya di bawah pemerintahan Adolf Hitler.Sedikit informasi apabila Presiden Iran mengatakan holokos merupakan satu dongeng.Boleh diperakui,jeneral-jeneral dan menteri-menteri Nazi pun ada yang mempunyai nama Yahudi.Tidak tahulah kalau mereka itu Yahudi murtad.(contohnya..ada suffix berg,itz,ein)

Bagaimanalah Presiden Palestin boleh berangan mahu meminta Russia menjadi hos usaha damai dengan Israel.Keputusannya tetap sama.

Sekian,

Wallahu'alam

Kerajaan Melayu dan Islam UMNO Bantu Kristian

Posted: 11 Jun 2010 05:05 AM PDT


RMK 10 untuk bidang pendidikan menunjukkan bahawa peruntukan RM280 juta akan diberikan.

*RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

Tetapi,saya agak musykil dengan perkara bahawa sekolah mubaligh juga akan diberikan bantuan.Persoalannya,mengapakah sekolah mubaligh juga diberikan bantuan?Bukankah Islam merupakan agama rasmi di Malaysia.Bagaimanakah Islam itu menjadi agama rasmi jika sekolah mubaligh juga dibantu kerajaan?

Selama ini,PM juga menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara Islam.Adakah kerajaan negara Islam turut membantu sekolah mubaligh yang bukan Islam ini.Beza dengan sekolah Cina dan Tamil boleh dilihat,bezanya adalah bahasa penghantar,bukannya agama.

Kalau begitu,UMNO yang selama ini memperjuangkan Melayu dan Islam juga turut membela bukan Islam iaitu Kristianlah kalau begitu?Tetapi malangnya,penyokong-penyokong UMNO yang buta tuli ini akan nampak sahaja dosa PAS jika membantu bukan Islam mahupun bersekongkol dengan DAP dalam PKR.

Jadi,siapa yang benar?Mana dia ketuanan Melayu dan Islam laungan UMNO?

Sekian,

Wallahu'alam

Tiada ulasan: