Kami Sokong Tokguru |
- Al-Fatihah
- Judi Kebajikan lah Pulak
- Aku Akan Potong Tangan Dan Kaki kau
- Dato'Sri Nizar Letak Jawatan
| Posted: 14 Jun 2010 08:03 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi. Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi. Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang. Jenazah beliau masih lagi di hospital kini. Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar. "Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah. Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar. Sumber : Harakahdaily |
| Posted: 14 Jun 2010 06:56 AM PDT Assalamualaikum dan salam blogger, Kat Negara One Malaysia ni macam-macam hukum baru timbul ,dulu dah pernah timbul Istilah Konsert Amal,dimana di panggillah penyanyi-penyanyi untuk buat persembahan kononnya untuk mengutip derma untuk palestin dan sebagainya,Ramailah artis-artis yang mengambil bahagian untuk membuat persembahan "Mencari Pahala" tu termasuklah artis wanita yang tidak menutup aurat dan membuat persembahan di depan khalayak ramai bercampur lelaki-perempuan. Sekarang negara One Malaysia kita ni lebih maju setapak lagi dengan Istilah Judi Kebajikan. Melalui laporan lidah rasmi One malaysia, Tan Sri Vincent Tan akan mendermakan wang sebanyak RM525juta untuk tujuan kebajikan. Derma ini akan disalurkan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation. Wang ini diperolehi daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sport bulan lepas. Beliau juga menafikan telah menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan lesen judi sukan. Tan Sri Vincent Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525juta. Apalah maknanya dengan angka RM525juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini. Negara terpaksa membayar kerosakan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan. Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini. Jika rakyat Malaysia hanya memikirkan keuntungan semata-mata sudah tentu akan terpukau dengan wang derma seumpama ini. Tan Sri Vincent Tan jangan mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini. Sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh merosakkan minda rakyat. Rakyat akan merasa malas berkerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah. Judi sukan boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah. Akhirnya rakyat yang tidak bersalah menerima mangsa. Apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia melarat akibat judi sukan? Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525juta yang ditabur atas nama kebajikan. Tidak ada rakyat yang hidup bahagia kaya raya hasil daripada judi kecuali syarikat judi sahaja yang kaya raya seperti Tan Sri Vincent Tan. Duit yang dikaitkan dengan judi tidak boleh membawa manusia hidup bahagia. Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen ini ditarik balik. Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka lebih memerlukan. Suhaizan Bin Kaiat Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) -ijoks2009- Itulah kelebihan one Malaysia,Tokey judi boleh derma,mungkin lepasni boleh dikumpulkan duit-duit dema dari Tokey2 judi yang berlambak kat Malaysia ni untuk di buat masjid dan sekolah agama .Hidup One Malaysia.malaysia Boleh. |
| Aku Akan Potong Tangan Dan Kaki kau Posted: 14 Jun 2010 05:38 AM PDT Jam 5.31 petang tadi saya menerima panggilan dari telefon awam, 089 771 083. Pemanggil terbabit membebel lebih 2 minit. Saya percaya dia memiliki telefon bimbit tetapi 'malu' menggunakan kemudahan itu. Ringkasnya, dia mahukan saya memberhentikan semua tugasan membabitkan kes pelacuran di beberapa lokasi di Sabah, antaranya di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu. "Kalau kau datang lagi, aku pastikan ada orang potong kau punya kaki dan tangan," ujarnya dalam loghat Sabah. Ini ugutan bunuh kali ke berapa saya terima? Entah, terlalu banyak untuk dikira. Beberapa laporan polis pernah saya buat sebelum ini tetapi tidak ada sebarang tangkapan malah pegawai penyiasat kes langsung tidak memaklumkan saya berhubung perkembangan siasatan dilakukan. Jadi, saya penat untuk ke balai polis buat kesekian kalinya. Turut menerima panggilan dan ugutan bunuh lelaki sama, penerbit 999, Shahnun Haniff. Apapun, tugasan akan tetap kami lakukan bersama semua krew 999 kerana saya percaya, nyawa kami bukan milik manusia. Daripada Allah kami datang, kepadaNya kami kembali, itu hakikat sebenar. -ijoks2009- Demikianlah ugutan terbaru yang diterima oleh Mazidul Akmal Sidek (Wartawan Rancangan Jenayah 999 TV3)Yang sy petik dari blog beliau.- http://mazidulakmal.blogspot.com - |
| Posted: 14 Jun 2010 03:36 AM PDT Ipoh 14 Jun – Setelah mendengar banyak spekulasi daripada pelbagai pihak akhirnya Dato' Seri Nizar meletakkan jawatan beliau berkuat-kuasa serta merta mulai hari ini. Setelah hampir setahun setengah meneraju pengurusan PAFA, beliau akhirnya meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada pengurusan yang lain untuk mentadbir persatuan berprestij ini ke era yang lebih baik. Beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PAFA selepas menghadiri mensyuarat bulanan ahli majlis tertinggi PAFA yang membincangkan tentang persembahan pasukan bola sepak Perak di SUKMA baru-baru ini. Antara yang turut meletakkan Jawatan adalah Timbalan Presiden PAFA, Y.B Seah Leong Peng dan pengurus pasukan liga Super Perak Ustaz Nurazli Musa. Ketika ditanya oleh wartawan, Dato' seri Nizar tidak menafikan peletakkan jawatan beliau adalah disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak. Namun itu adalah perkara yang normal bagi mana-mana persatuan dan juga mana-mana pemain bola sepak. Beliau menegaskan bahawa pelepasan jawatan ini lebih bersifat memberikan laluan kepada pengurusan lain untuk menguruskan PAFA dengan lebih baik agar pencapai pasukan bola sepak Perak akan lebih baik pada masa yang akan datang. Skuad Liga Super Perak sekarang berada ditangga ke 12 liga namun nasib Skuad Piala Presiden pula lebih baik iaitu berada ditangga kedua dibelakang Kedah. Semua pemain dan jurulatih kedua-dua skuad kekal seperti sedia kala namun itu terpulang kepada pengurusan yang baru nanti untuk menentukan kontrak mereka. - http://loveperak.blogspot.com - |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan