Kami Sokong Tokguru |
| Satu Peringatan Untuk Diri Saya Dan Teman-teman Blogger Muslim Posted: 12 Jun 2010 02:44 AM PDT Assalamualaikum dan salam blogger, Sebagai seorang blogger muslim ,sedikit sebanyak kita mesti berminat untuk menyelitkan ayat-ayat Al-Qur'an dlm tulisan kita sebagai penyeri dan menguatkan hujjah,tapi kita mesti berhati-hati agar jangan tersalah pilih hadis dan menjadi agen penyebar hadis palsu. Saya menasihati diri saya sendiri ,dengan ilmu yang sedikit yang ada pada kita mungkin kita sukar membezakan antara hadis sahih dan palsu.sama-sama kita berhati-hati dan pastikan dulu hadis tersebut adalah bukannya hadis palsu sebelum menyebarkannya kerana rasulullah s.a.w telah memperingatkan amat berat balasan bagi penyebar hadis palsu. Bagi yang ada ilmu memang tidak jadi masaalah ,yang perlu berhati-hati ialah orang yang kurang ilmu macam saya.Semoga lepas ni kita lebih berhati-hati. Berkata Badr al-Din al-Hasani,(Seorang Ulamak hadis dari Syam.: "Tidak harus mensandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah s.a.w. kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz (yang amat pakar dalam hadith) yang dikenali. Sesiapa yang berkata: "Rasulullah telah bersabda" sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia termasuk dalam hadis rasulullah s.a.w "Sesiapa yang berdusta ke atasku apa yang aku tidak ucapkan, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka". (Syu`ib al-Arnaud, nota kaki tahqiq Siyar `Alam al-Nubala`, 19/340). Sumber hadis: http://drmaza.com/home/?p=1153 |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan