Ahad, 6 Jun 2010

Justice For All

Justice For All


Usul Kutuk Yahudi APCO Dibentang..Wong Ho Leng & Kamalanathan Angkat Sumpah

Posted: 06 Jun 2010 09:45 PM PDT

Usul khas yang mengandungi 15 ketetapan telah diterima untuk bahas oleh dewan rakyat itu me hari ini. Walaupun Najib mempolitikkan isu itu, tapi wakil rakyat pakatan langsung tidak membantah.

Antara ketetapan yang akan dibahas ialah negara-negara dunia perlu sepakat membawa usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk merujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Juga dicadangkan supaya Turki, yang kehilangan sembilan aktivis kemanusiaannya akibat dibunuh komando Israel, menimbang untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rom, ICC.

Usul khas itu turut mengecam sekeras-kerasnya pemimpin Israel Benjamin Netanyahu kerana membenarkan tentera rejim itu bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap rakyat pelbagai negara, termasuk Malaysia, yang menyertai misi bantuan itu yang dikenali sebagai "Freedom Flotilla". Usul ini akan dibahaskan pada pagi ini juga.

Sementara itu, 2 wakil rakyat baru, Wong Ho Leng dan P. Kamalanathan telah mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di Dewan Rakyat hari ini. P. Kamalanathan mungkin akan jadi wakil rakyat sementara sahaja, kerana petisyen prk hulu Selangor telah dibuat oleh Dato Zaid bagi membatalkan kemenangan P. Kamalanathan dalam prk lalu yang penuh dengan rasuah dan penipuan.

Kamalanthan, Wong Angkat Sumpah Anggota Parlimen

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng hari ini mengangkat sumpah masing-masingnnya sebagai Anggota Parlimen Hulu Selangor dan Sibu di Dewan Rakyat di sini.

Kamalanathan dan Wong memenangi pilihan raya kecil di kawasan masing-masing baru-baru ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Acara mengangkat sumpah Kamalanathan dan Wong diadakan sebelum sesi soal jawab lisan bermula pagi ini.

Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lepas, Kamalanathan menewaskan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat manakala Wong mengalahkan calobn Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron.

Pandikar Amin berharap kedua-dua anggota Parlimen baru itu dapat memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Ribuan Hadir Demontrasi KJ - Lapor Portal Berita Paling Fitnah Abad Ini

Posted: 06 Jun 2010 08:40 PM PDT

Kalaulah nak beri hadiah pada portal internet paling penipu, jom kita kalungkan pada pemuda umno.org.my ..kalau nak gelak pun boleh..ada ke perhimpunan anjuran Ketua Pemuda UMNO di masjid negara jumaat lalu, dihadiri 'ribuan' orang...memang wartawan ni spesis mr. bean..masuk raja lawak, mesti kalah awal kerana lawak bodoh dan menipu..

Laungan Anti Israel Di Masjid Negara, Pemuda BN Sanggup Ke Gaza

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur, 4 Jun – Pemuda Barisan Nasional (BN) bersama beberapa NGO lain hari ini mengadakan satu perhimpunan anti-Israel di Masjid Negara selepas solat Jumaat dengan meminta kerajaan Malaysia terus memberi keutamaan dalam dasar luarnya membela rakyat Palestin.

Sambil mengecam tindakan kejam Israel menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berharap agar lebih banyak lagi bantuan seumpama itu dapat dihantar bagi membantu rakyat Palestin dari terus ditindas Israel.

"Kita rasa sudah terlalu lama kita bersabar dan biarkan rakyat Palestin ditindas Israel, sampai hari ini bukan sahaja rakyat Palestin ditindas malah aktivis yang datang membantu rakyat Palestin itu sendiri turut ditindas.

"Sekiranya perkara ini diteruskan dan tiada perubahan, kami sanggup, rakyat Malaysia, Pemuda BN tidak kira kecenderungan poitik sanggup untuk pergi bantu ke Gaza.

"Kalau hari ini kita lihat hanya lapan kapal, saya harap kerajaan Malaysia boleh bantu supaya lebih banyak kapal mungkin 10, 20 pergi lepas ini dan kita semua sanggup pergi dan kita nak tengok kalau ada 20 kapal dari Malaysia, 20 kapal dari Turki, 20 kapal dari Indonesia, katakan ada 200 kapal yang menuju ke Gaza, apa Israel akan buat. Kita akan buka mata seluruh rakyat dunia atas apa yang berlaku", katanya.

Selain Pemuda BN, turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peibumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.

Selain bertakbir, ribuan yang hadir juga turut melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin". (sumber)

Ini baru puluhan ribuan

Wong Ho Leng Angkat Sumpah Hari Ini..APCO Geng Najib Dalam Bahaya???

Posted: 06 Jun 2010 07:54 PM PDT

Dewan Rakyat kembali lagi bersidang pada hari ini setelah berhenti pada 22 April lalu. Kali ini tentu meriah dengan kehadiran wakil rakyat baru pakatan, Wong Ho Leng yang memenangi kerusi Sibu dalam PRK Mei lalu. Tapi ada juga seekor katak dari Wangsa Maju yang menjadi pengikut kepada Ibrahim Kataki.

Apapun kerajaan pakatan di Dewan Rakyat masih stabil. Dengan, DAP-29 kerusi , PKR-25 kerusi , PAS-23 kerusi , PSM-1 kerusi dan berjumlah 78 kerusi. Manakala BEBAS aka KATAK-8 kerusi dan BN masih 136 kerusi menjadikannya berjumlah 144 kerusi. Dan untuk BN dapat majoriti 2/3, maka ia perlu cari 5 ekor katak lagi. Sangat susah dalam situasi sekarang.

Dan Dewan Rakyat turut sibuk dengan agen yahudi, Najib nak buat usul ke atas geng sendiri, Israel. Nak buat boleh buat tapi rasanya buang masa sebab negara lain dah buat usul tu. Setiausaha Agong PBB sendiri dah nak bawa isu ke Mesyuarat PBB. Jadi yang penting adalah buat usul singkir Apco Worldwide dan syarikat-syarikat lain Yahudi dari negara ini. Itu lagi berbaloi dan tidak membazirkan duit yang membayar elaun ahli Parlimen hari ini. Nak tengok juga ada tak ahli Parlimen BN yang berani sokong usul ini, sama seperti mereka sokong untuk heret Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan keistimewaan dalam isu 1 Malaysia diciplak dari 1 Israel.

Kalau mereka benar-benar ikhlas, sudah pasti mereka akan menyokongnya..tapi jika tak, sah mereka benar-benar agen yahudi dan sapa-sapa nak berjihad, tak payah pergi Palestin dah, kat Malaysia pun ada..jom singkirkan pengkhianat islam ini dalam pru akan datang..Khaibr Ya yahud! Jahanam BN Israel!!

Krisis Istana Kelantan Makin Tenat..Atau Sudah Pulih???

Posted: 06 Jun 2010 07:11 PM PDT

Kalau berita ini benar, sudah pasti suasana istana Kelantan akan ribut kembali..macam ada pertembungan ketara antara Tengku Faris yang disukai rakyat dan Tengku Fakhry, adiknya. Kerana pengumuman Sultan Kelantan dibuat Tengku Fakhry, bukannya Tengku Faris yang sekarang ini merupakan pemangku Sultan Kelantan. Apapun, kita doakan semoga krisis ini dapat diselesaikan dengan baik dan mengikut kemahuan rakyat yang mahukan sultan yang adil dan layak memerintah.

Sultan Kelantan kembali memerintah bila-bila masa

TUANKU Ismail Petra kini dilaporkan semakin sihat berbanding keadaan baginda ketika dibawa pulang dari HUSM pada 9 Mei lalu.

KOTA BHARU - Tuanku Ismail Petra kini dilaporkan semakin pulih dan dijangka kembali menjalankan tanggungjawab baginda selaku Sultan Kelantan pada bila-bila masa sahaja.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berkata, kini terserah kepada Tuanku Ismail Petra untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kembali aktif memerintah.

"Tahap kesihatan Tuanku Sultan cukup bagus, bila-bila masa sahaja boleh masuk ke pejabat,'' kata Tengku Muhammad Fakhry ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Futsal Piala Happy di Arena Futsal di sini semalam.

Suara Dunia Terus Berkedengaran Mengutuk Israel Laknatullah

Posted: 06 Jun 2010 06:25 PM PDT

Pada 4 dan 5 Jun lalu, siri demontrasi menentang kekejaman israel masih berlangsung. Kali ini di London, San Francisco, Montreal, Bonn, Dublin, Amsterdam dan juga termasuk di Ramallah dan Gaza..

1. Demontrasi di Marsaeili, perancis

2. Demontrasi di Gaza, Palestin

3. Demontrasi di Ramallah

4. Demontrasi di Dublin, Ireland

5. Demontrasi di Macedonia

6. Demontrasi di Montreal, kanada

7. Demontrasi di Indonesia

8. Demontrasi di Bonn, Jerman

9. Demontrasi di Barcelona, Sepanyol

10. Demontrasi di Azerbaijan

11. Demontrasi di Amsterdam, Belanda

12. Demontrasi di Alexandria, Mesir,

13. London, Britain

14. Demontrasi di San Francisco, US

SUPP Akan Berkubur Dalam PRU Akan Datang

Posted: 06 Jun 2010 05:07 PM PDT

Ha..tahu pun saingan sengit akan berlaku..jadi siap sedialah SUPP dan Taib Mahmud...empayar anda akan musnah tak lama lagi...jika SUPP kalah 8 dari 19 kerusi Dun ditandingi mereka dalam pilihanraya negeri 2006 lalu..selepas ini sudah pasti hilang 19 kerusi semuanya..begitu juga 7 kerusi Parlimen yang duanya dicuri oleh DAP..tunggulah nanti..prk Sibu kita dah tengok, bagaimana bencinya rakyat pada BN ini..

Inilah fakta yang menakutkan SUPP

- Jumlah penduduk di Sarawak adalah sebanyak 2.4 juta orang di mana 27 peratus daripadanya adalah terdiri daripada masyarakat Cina yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar dan pekan. Dan mereka ini dijangka akan menyokong PR dalam PRU akan datang.

- Parti SUPP tewas 8 kerusi DUN daripada jumlah 19 yang ditandingi pada pilihanraya negeri 2006 lepas. Itu adalah rekod dan prestasi terburuk SUPP sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1959. Kawasan-kawasan yang tewas di Kuching ialah Padungan, Pending, Batu Lintang dan Kota Sentosa. Di tempat lain ialah Engkilili, Meradong, Bukit Asek dan Kidurong. Dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas, SUPP terlepas satu kerusi ke tangan Parti DAP untuk Parlimen Bandar Kuching daripada jumlah 7 kerusi yang ditandingi sebelum satu lagi kerusi Parlimen, Sibu jatuh ke tangan DAP dalam prk lalu.

- Dalam pilihan raya negeri tahun 2006 lepas, SUPP turut mengalami kemerosotan jumlah undi di 15 kawasan, iaitu daripada 66.2 peratus pada 2001 kepada 49.2 peratus pada 2006. Manakala di lapan kawasan dimenanginya, majoriti undi merosot hampir di kesemua kawasan, kecuali Bengoh, kawasan majoriti pengundi Bidayuh. Tiga kawasan iaitu Repok, Dudong dan Pelawan, menyaksikan majoriti kemenangan di bawah 1000 undi.

Saingan Sengit Menanti SUPP Dalam Pilihan Raya Negeri Akan Datang - Dr Chan

KUCHING, 5 Jun (Bernama) -- Saingan sengit menanti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), terutama di kawasan pilihan raya yang dikuasai pengundi Cina, dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Presiden parti Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, bimbang dengan situasi politik semasa yang membabitkan SUPP.

"Kita akan berdepan waktu yang sukar. Saya yakin jika kita tidak bekerja keras, jika kita tidak berubah dan jika kita tidak berusaha melakukan apa yang rakyat inginkan, maka masa depan parti akan menjadi taruhan," katanya pada majlis jamuan sempena ulang tahun ke-51 SUPP di sini pada Jumaat.

SUPP, parti politik berasaskan kaum cina tertua di negeri ini, gagal mengekalkan kerusi Parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil 16 Mei selepas pendatang baru Robert Lau Hui Yew kalah tipis dengan 398 undi kepada Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng.

Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP kalah lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya. Kerusi terbabit ialah Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Engkilili, Meradong, Bukit Assek dan Kidurong.

Sungguhpun saingan sengit sedang menanti, SUPP yakin parti itu dapat merampas semula kerusi yang kalah sekiranya anggota dan pemimpin parti bersatu padu serta berjuang demi parti dan rakyat.

Dr Chan menggesa pemimpin parti untuk turun padang, mendampingi rakyat dan mendengar pandangan mereka memandangkan SUPP perlu mendepani cabaran baru serta memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat.

"Hidup penuh dengan turun naik. Begitu juga dengan politik, Saya harap dalam pilihan raya negeri yang akan datang, SUPP akan bangkit semula.

Nasib Nelayan Di Pengerang Tak Sebaik Nasib Nelayan Di Teluk Mexico

Posted: 06 Jun 2010 04:26 PM PDT

Tentu kita masih ingat tragedi pelanggaran dua buah kapal kargo, MV Waily dengan Bunga Kelana 3 yang menyebabkan berlakunya kejadian minyak tumpah.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, kapal MV Waily yang berdaftar di Kingstown, Saint Vincent and The Grenadines yang dalam pelayaran ke Hong Kong telah berlanggar dengan kapal Bunga Kelana 3 yang berdaftar di Pelabuhan Klang yang membawa 61,858 tan metrik minyak mentah.

Pelanggaran itu menyebabkan badan Bunga Kelana 3 yang membawa muatan minyak milik Petronas itu dan sedang belayar dari Bintulu, Sarawak ke kilang penapis minyak Petronas di Melaka, terkoyak sepanjang 10 meter mengakibatkan tumpahan 2,000 tan metrik minyak mentah.

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah hak penduduk yang terjejas dengan tumpahan minyak ini. Dilaporkan bahawa 1,400 nelayan di Pengerang terpaksa ikat perut kerana kecuaian manusia itu.

Walaupun Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi jaminan sisa tumpahan minyak tidak akan memasuki perairan negara, tapi itu hujah tanpa akal kerana pantai Pengerang menjadi hitam akibat limpahan minyak mentah.

Tiupan angin menyebabkan sisa tumpahan minyak merebak hampir 30 kilometer ke pesisiran pantai Pengerang dan menjejaskan pelbagai lokasi seperti Teluk Ramunia, Kampung Sungai Musuh, Kampung Langkah Baik, Kampung Jawa, Tanjung Pengelih, Tanjung Punggai, Tanjung Setapa, Tanjung Kapal, Sungai Haji Ahmad, Sungai Teluk Kemang, Sungai Haji Yusof dan Sungai Rengit.

Paling terjejas teruk ialah Tanjung Ayam, lokasi pertama yang perairannya bertukar menjadi laut hitam.

Seorang nelayan, Zakaria Idris, 49, berkata, mereka pernah beberapa kali mengalami nasib yang serupa sebelum ini, kali terakhir bulan Ogos tahun lalu apabila sebuah kapal besar terlanggar terumbu batu sehingga menyebabkan tumpahan minyak.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nelayan Kampung Sungai Musuh berkata, lazimnya mereka mendapat hasil tangkapan lebih RM100 sehari.

Namun, ekoran pelanggaran itu, pendapatan mereka yang secara purata RM1,200 sebulan tergugat.

"Sebelum ini pendapatan kami menyusut selepas semakin banyak kapal besar berlabuh di sini terutama sejak pengambilalihan Pulau Batu Putih oleh Singapura," katanya yang memperoleh hasil tangkapan sehari dua hingga empat kilogram sahaja.

Seorang lagi mangsa, Md. Taib Hanafi, 60, pula mendakwa tuntutan pampasan yang dibuat nelayan terhadap syarikat yang terlibat dalam pelanggaran pada Ogos tahun lalu masih belum diterima.

"Kami semakin tersepit lebih-lebih lagi kebanyakan nelayan mengalami kerugian selepas peralatan menangkap ikan seperti jala dan enjin bot rosak teruk akibat terkena sisa tumpahan minyak," ujarnya hampa.

Dan buat nelayan di sana serta pemilik chalet yang terjejas, mereka boleh kemukakan saman terhadap dua kapal tu..seperti yang dibuat di Teluk Mexico

BP bayar ganti rugi RM150 juta

WASHINGTON 6 Jun - Syarikat sumber tenaga terbesar Britain, BP setakat ini telah melunaskan tuntutan sebanyak AS$46 juta (RM150 juta) sejak bermulanya insiden tumpahan minyak di Teluk Mexico dan akan terus memberi pampasan selagi ada pihak yang terjejas akibat kejadian berkenaan.

"Setakat ini, kami tidak pernah lagi menolak sebarang tuntutan yang dikemukakan," kata Pegawai Penyelaras Tuntutan BP, Darryl Willis kepada pemberita.

"Kami akan terus melakukannya sehingga orang ramai boleh kembali melakukan aktiviti harian mereka di kawasan terjejas," katanya.

Tambahnya, sejak insiden pertumpahan minyak serta letupan yang berlaku di pelantar minyak Deepwater Horizon pada 20 April lalu, pihaknya telah mengeluarkan 17,000 cek untuk dibayar kepada nelayan yang terjejas.

Setakat ini, katanya, BP telah membayar kira-kira AS$46 juta (RM150 juta) dan jumlah itu dijangka meningkat menjelang Jun ini.

"Jumlah itu dijangka meningkat kepada AS$84 juta (RM275 juta).

"Kami akan terus membuat pembayaran selagi ada pihak yang terjejas akibat insiden tumpahan minyak ini," jelasnya.

Selain itu, unit yang menguruskan tuntutan orang ramai di BP kini mempunyai 120 orang pekerja yang bekerja 24 jam di 25 pejabat di Teluk Mexico itu berbanding hanya antara 10 hingga 15 pekerja dalam tempoh awal berlakunya krisis tersebut.

"Secara puratanya, proses pembayaran tuntutan hanya mengambil masa lima hari daripada tarikh permohonan.

"BP mahu melakukan yang betul selain memperbaiki segala kerosakan yang telah berlaku di di Teluk berkenaan," ujarnya. - AFP

Nah kerajaan Malaysia, takkan nak minta baru nak bagi..baik bagi dulu sebelum diminta. Kepada mereka yang terjejas, silalah kemukakan saman anda untuk mendapat hak anda semula.

Syukur Alhamdulillah...Hanya 20 Peratus Orang Melayu Sokong UMNO

Posted: 06 Jun 2010 09:16 AM PDT

Kah..kah..betul ke madeeeey..hanya 20 peratus sokong UMNO?? kalau betul, syukur alhamdulillah..ini kenyataan madeeeey hari ini..

Selain itu orang Melayu perlu bersatu kembali untuk mengembalikan kuasa politiknya kerana walaupun mereka kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada populasi rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga.

Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik Umno hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dua puluh peratus bagi setiap parti orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu," katanya Dr Mahathir ketika berucap di program Jom Gegar Tanjung Karang di sini.

Beliau berkata jika orang Melayu berpecah dan lemah ia bukan sahaja membawa keburukan kepada orang Melayu sahaja tetapi bukan Melayu dan juga negara.

Kekayaan negara mesti diagih-agihkan sama rata dan pada masa sama jangan pula ada pihak yang menekan mahu hak mereka sama rata dengan orang Melayu yang masih jauh ketinggalan, tambahnya

Kah..kah..melayu berpecah kerana ko juga..madeeeey..pkr tubuh zaman bila, zaman ko juga madeeey..anne, takkan sudah lupa..dan adakah ini selari dengan kata Almarhum Ustaz Fadzil Nor?? yang madeyy akan lihat kesan yang dibuatnya..salah satunya rakyat melayu berpecah 3 dan pkr semakin berkembang??

Nanti lama-lama UMNO aka jadi 10 peratus je..pastu terus je tinggal 5 peratus hingga generasi pra merdeka meninggal dunia dan ketika itu, umno terus berkubur. Dan mungkinkah tanda kecil ini sudah dilihat pada jumaat lalu..sama-samalah kita berfikir..

Demo KJ Di Masjid Negara Mengumpulkan 200 'juta' orang..

Demo Pakatan Di Kedutaan US Hanya Disertai 20 'orang' sahaja..

Yang sokong superman melayu ni agak-agaknya berapa peratus???

Britain Nak Bagi 82 Juta Kat Gaza..Malaysia Israel Habuk Pun Tara

Posted: 06 Jun 2010 08:31 AM PDT

Kalaulah David Cameron jadi PM Malaysia..tentu bertuah rakyat negara ini dan Palestin..malangnya PM kita PM Cawangan Apco Israel..takde keberanian..maknya..tuuut..

PM kita si Najib montel takde pun buat pengumuman menarik buat warga Palestin..hanya sekadar kata, kita akan buat usul di parlimen..woooi PM maknya..tuuut..pergi demo tak nak..nak playsafe je..pelik juga kita, rachel corrie tak kena apa-apa dari Israel..sebab kenyataan Malaysia minta Israel tak serang kapal tu..sedangkan sebelum ini, mana ada Najib beri amaran kepada Mavi Mavarra dulu..ini mesti ada apa..takkanlah kawan makan kawan..

Alangkah bagusnya jika PM Malaysia macam PM Britain..bukannya macam PM Monggolia yang langsung tak buat apa-apa untuk rakyat Palestin..

Britain umum dana untuk Gaza, gesa Israel henti sekatan

2010/06/06

LONDON: Britain mengumumkan ia akan memberi sumbangan 19 juta pounds (AS$27 juta) untuk penduduk Gaza dan mengulangi gesaan supaya Israel menamatkan sekatan terhadap wilayah itu.

"Situasi kemanusiaan di Gaza adalah tidak boleh diterima dan tidak boleh diteruskan," kata Setiausaha Pembangunan Antarabangsa, Andrew Mitchell, ketika mengumumkan dana bagi membantu sekolah dan klinik di Gaza.

Wang itu adalah sebahagian daripada perjanjian lima tahun membabitkan sumbangan 100 juta pound yang dimeterai dengan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada 2006.

Pengesahan sumbangan tahun ini dibuat ketika kebimbangan berhubung kesan sekatan Israel terhadap Gaza susulan serangan maut komando Israel terhadap kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza awal minggu ini.

"Terdapat keperluan mendesak untuk akses ke Gaza jika situasi kemanusiaan mahu dijadikan lebih baik, jika ekonomi mahu digerakkan semula dan jika generasi muda Gaza mahu diberikan harapan masa depan lebih baik," kata pegawai British itu. - AFP

Keajaiban Allah Dalam Peristiwa Misi Kemanusiaan Ke GAZA

Posted: 06 Jun 2010 07:56 AM PDT

Memang benarlah janji Allah ini.

Inilah rumusan keajaiban Allah dalam peristiwa kejam Israel membunuh 9 umat islam di atas kapal Mavi mavarra.

1) Sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal itu sejam sebelum serangan dimulakan dan ia seakan-akan memberi tanda sesuatu yang buruk sedang hampir di belakang mereka.

2) Angin kuat yang menolak asap gas pemedih mata ke arah lain muncul tiba-tiba setiap kali komando Israel membaling bom asap pemedih mata. Banyak yang Israel lontar tetapi tiada seorang pun yang cedera atau pedih mata. Bahkan mereka tiba-tiba ada kekuatan untuk mengutip bom kosong itu dan membuangnya ke laut.

3) Beberapa orang aktivis yang cedera parah diangkut dengan pengusung ke helikopter dan tiada langsung tanda kesakitan di wajah mereka meskipun kecederaan mereka sangat parah. Salah seorang daripadanya dikhabarkan sudah meninggal dunia

4) Terbit bau wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki menurut Dr Arba'ai Shawal.

5) Kehadiran burung layang-layang di tengah laut dan hinggap di atas kapal beberapa jam sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel. Ia dianggap pelik kerana burung itu selalunya terbang berkawan dan tidak ada di tengah laut.

Sumber berita dari Berita Harian

ALLAH itu Maha Berkuasa. Kunfayakun, jika dikata jadi, pasti akan berlaku. Kuasa Allah juga jelas ditunjukkan ketika kejadian serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara Ahad lalu yang disaksikan bukan seorang malah hampir kebanyakan sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Ilias cukup terpegun apabila melihat sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal itu sejam sebelum serangan dimulakan seakan memberi tanda sesuatu yang buruk sedang hampir di belakang mereka.

"Sepanjang perjalanan, ada juga kami memancing, tetapi jangankan dapat ikan, bayangnya juga tiada, tetapi entah dari mana datangnya, tiba-tiba sekumpulan ikan lumba-lumba ada di belakang kapal mengiringi kami. Ia bagai satu tanda.

"Banyak sebenarnya kejadian pelik yang dapat dilihat sepanjang insiden itu. Antaranya, angin kuat yang muncul tiba-tiba setiap kali komando Israel membaling bom asap pemedih mata. Banyak yang mereka lontar tetapi satu pun tak jejaskan kami. Tak ada seorangpun cedera atau pedih mata.

"Tiap kali bom itu meletup, ada angin kuat menolak asap ke arah lain. Beberapa orang di kalangan kami pula boleh dengan selamba mengutip bom kosong itu umpama mengutip bertih jagung dan membuangnya ke laut. Tak langsung terasa gentar," katanya.

Menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, pula ia disifatkan sebagai bantuan Allah yang mengirimkan tenteranya untuk menghulurkan bantuan. Malah, kejadian ikan lumba-lumba itu juga membuktikan kekuasaan Allah.

Jamuliddin menyambung ceritanya dengan berkongsi satu senario pelik dan lucu di mana ramai tentera Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri menggunakan botol air mineral.

"Bukannya berbahaya pun. Sekadar baling botol mineral ke bot mereka. Kelam kabut mereka lari. Apabila mereka berpatah balik, kami mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak.

"Paling tidak boleh dilupakan, ketika kami semua sudah ditawan, ada beberapa rakan lain yang cedera parah diangkut dengan pengusung ke helikopter dan melalui kami. Terharu rasanya kerana meskipun kecederaan mereka sangat parah, tiada langsung tanda kesakitan di wajah mereka.

"Malah mereka masih tersenyum dan melambai gembira ke arah kami. Salah seorang daripadanya dikhabarkan sudah meninggal dunia," katanya.

Doktor perubatan dari Haluan Malaysia, Dr Arba'ai Shawal, pula masih jelas terbayang bau wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki sebelum beliau melangkah keluar dari Mavi Marmara.

"Saya pernah ke gua di mana menjadi tempat nabi disembunyikan ketika perang Uhud yang baunya masih kuat sehingga kini. Bau tiga jenazah itu memang sama dengan bau itu. Sebak di hati saya kerana wajah mereka juga tidak seperti baru menempuh kesakitan. Nampak seakan tersenyum," katanya.

Burung layang-layang di tengah laut dan hinggap di atas kapal pastinya pelik. Ini kerana burung itu selalunya terbang berkawan dan tidak ada di tengah laut. Namun, ia disaksikan sukarelawan Malaysia dari Muslim Care Malaysia, Halim Muhamad Redzuan beberapa jam sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel.

"Ia mungkin nampak seperti tidak ada apa-apa petanda tetapi bagi saya ia cukup pelik dan luar biasa. Apatah lagi, ia muncul beberapa ketika sebelum serangan udara dilancarkan," katanya.

Mustapa Mansor dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia pula menyifatkan tidak ada apa yang lebih menyentuh perasaannya dan di luar kebiasaan apabila melihat beberapa Ahli Parlimen dari pelbagai negara sanggup tidur di lantai bersama sukarelawan lain sebagai tanda bersatu berjihad untuk penduduk Palestin.-bharian

Subkidin Jadi Pengadil Ke 4 Perlawanan Pembukaan World Cup..Vincent Tan & Malaysia Najib, Jangan Cuba Rasuah Wakil Negara Ni...

Posted: 06 Jun 2010 05:36 AM PDT

Baguslah..walaupun pengadil ke empat dan duduk diluar padang, tapi at least nama Subkiddin terpampang di skrin TV. Dan amaran keras buat Vincent Tan dan kerajaan Malaysia pimpinan Najib, jangan cuba rasuah pengadil ni dan aturkan perlawanan..taulah ko kaki judi dan nak dapat duit banyak, tapi janganlah buat benda haram lagi...rakyat Malaysia dah muak dengan ko semua..tunggu masa je kerja maksiat ko akan dilenyapkan dalam PRU akan datang...

Subkhiddin akan beraksi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia

IPOH: Malaysia tidak bertanding pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula 11 Jun ini tetapi wakil negara akan "beraksi" pada perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico sebagai pengadil.

Pengadil Subkhiddin Mohd Salleh, 44, bakal mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata Subkhiddin adalah wakil Malaysia yang pertama dipilih sebagai pengadil untuk perlawanan Piala Dunia\

"Baru tadi saya diberitahu oleh urusetia Persatuan Bola Sepak Malaysia bahawa Subkhiddin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan.

"Walaupun sebagai pengadil keempat, ia adalah satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, pemilihan Subkhiddin, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu adalah satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara.

Subkhiddin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.

Sebanyak 30 pengadil akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu.

Dua pengadil Malaysia lain pernah dipilih sebagai pembantu pengadil kejohanan itu iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.

Pada kejohanan kali ini, FAM akan mempunyai dua lagi pegawai yang turut terbabit iaitu Datuk Dell Akhbar Khan dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang. - BERNAMA

12 Aktivis Malaysia Yang Terselamat Tunjuk Isyarat Yahudi???

Posted: 06 Jun 2010 04:18 AM PDT

Perasan tak ada sesuatu yang tak kena dengan gambar ni..ini gambar Najib montel dengan 12 aktivis pro Gaza yang terselamat dan tiba ke negara ini pagi tadi..

Dalam gambar ni, ada logo BN & UMNO serta isyarat yahudi, 1 Malaysia Israel..Kenapa najib nak politikkan isu ini..dan nak tanam simbol yahudi kat negara ini..ajak berforum pasal Palestin tak nak..ajak demo tak nak..nasib baik pemimpin pakatan tak macam Najib montel...sanggup datang parlimen esok semata-mata kerana Palestin.

Tapi Najib montel..memang berperangai macam yahudi..menangguk di air yang keruh..isu Palestin pun nak dipolitikannya..gara-gara nak dapat undi dan faedah politik (political mailage)..ni semua APCO yang bagi nasihat..

3 Sebab Mengapa Pemuda DAP Menentang Judi Bola..UMNO???

Posted: 06 Jun 2010 03:25 AM PDT

Sayap Pemuda DAP dilaporkan tetap dengan pendirian membantah kerajaan meluluskan lesen judi sukan. Walaupun mereka mengakui sejumlah besar masyarakat Cina terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi itu tidak bermakna mereka bersetuju dengan keputusan terbaru kerajaan pusat. Ini antara 3 sebab bantahan pemuda DAP itu menurut ketuanya, Loke Siew Fook.

1) Judi bola sepak akan memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya generasi muda.

2) Kelulusan lesen judi sukan akan menggalakkan lagi aktiviti judi sedangkan sudah terlalu banyak lesen judi yang dikeluarkan.

3) Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan akan membantutkan perkembangan sukan negara dan pada masa sama menjadi sukan sebagai satu "alat pertaruhan" terutamanya bola sepak kerana ramai generasi muda hari ini meminati sukan bola sepak. Ia turut akan mencemarkan imej sukan bola sepak itu sendiri apabila menjadi alat pertaruhan oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini

UMNO Yahudi..senyap membisu macam israel...jom selamatkan generasi muda dari judi..kita tolak umno yahudi dalam pru akan datang..untuk kita bina sebuah tamadun Malaysia yang berprogresif dan bermoral tinggi..

Isu Judi : Lim Guang Tetap Berkeras Nak Jaga Akidah Umat Islam..9 Negeri UMNO Apco Macamana??

Posted: 06 Jun 2010 02:41 AM PDT

Bila lagi kerajaan negeri bn nak ikut kerajaan Pulau Pinang..yang kononnya dituduh zahrain katak sebagai komunis..kalau komunis yang tak iktiraf agama dan moral, takkanlah lim Guang Eng dan Pas serta PKR nak haramkan judi di sana..

Negeri yang diperinth UMNO Islam campur yahudi seperti negeri Perlis, Terengganu, Perak kerajaan haram, Pahang, N. Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah, Johor..bila lagi nak haramkan judi yang memang qat'i (jelas) haram..tak kesian ke kat pengundi islam yang pangkah anda dalam pru lalu...malulah sikit kat Allah..janganlah buat perangai yahudi kat sini..ini bukan budaya kita..lagipun masyarakat melayu masih utuh dengan moral..bukannya masyarakat uumno yang jumud dan tegar dengan judi...

Kerajaan P. Pinang tegas tidak benar pertaruhan sukan

06/06/2010 4:34pm

PULAU PINANG – Kerajaan Pulau Pinang tetap tidak akan membenarkan pertaruhan acara sukan di negeri itu, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Ascort Sdn. Bhd. yang diberi lesen untuk menganjurkan pertaruhan itu mengenai keputusan kerajaan negeri tersebut.

Bagaimanapun kerajaan negeri terbuka untuk berbincang jika menerima surat rayuan daripada syarikat terbabit, katanya kepada pemberita di sini.

"Walaupun kami sentiasa bersedia untuk berbincang, namun sehingga kini kami tidak menerima sebarang surat rayuan daripada syarikat itu," katanya.

Guan Eng mengulas laporan hari ini yang memetik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan sebagai berkata, Berjaya Corporation Bhd. akan merayu kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang agar mempertimbangkan semula keputusan melarang pertaruhan acara sukan di negeri-negeri berkenaan.

Lesen itu diberi kepada Ascort yang dikawal oleh Vincent Tan menerusi pemilikan 70 peratus saham, pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, Vincent Tan akan menjual sahamnya itu kepada Berjaya Corp. Bhd. – Bernama

Ini melayu bodoh (geng Zambr kadeer) yang termakan hasutan umno Israel

Geng Najib, Vincent Tan Menangis Minta Negeri2 PR Luluskan Judi World Cup

Posted: 06 Jun 2010 01:32 AM PDT

Padan muka ko Vincent..kalau selama ini ko bersenang lenang dengan hasil judi, sekarang ni ko dah merana..kalau Kedah, Kelantan tak luluskan judi, bolehlah kau bernafas lagi..tapi bila negeri terkaya kat Malaysia, Selangor dan pulau Pinang tak luluskan, boleh tersedak ko..kalaulah perak masih di tangan PR, boleh sakit diabetes ko...nasib baik kerajaan haram yahudi yang pegang sekarang,..nak harapkan negeri umno terutamanya pahang yang ada ko punya Berjaya resort, memang tak berbaloi kerana rakyat Pahang tak sekaya Pulau Pinang dan Selangor..nasiblah ko vincent...baik ko jual minyak wangi one drop perfume jer..boleh dapat komisyen..haha..meranalah umno nak dapat sumbangan tokey judi ini dalam pru akan datang..meranalah roswah, bini najib nak beli kasut tinggi...kesian..kesian

VINCENT TAN RAYU PAKATAN RAKYAT BERSIKAP ADIL KE ATAS PREMIS JUDI SUKAN Vincent Tan Rayu Pakatan Rakyat Bersikap Adil

KUALA LUMPUR: Jutawan Tan Sri Vincent Tan merayu kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata.

Tan juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

"Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini," kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan.

"Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali," kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan.

Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

"Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

"Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi "pertaruhan telefon."

"Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

"Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.

"Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah," kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald's.

Tembak Jarak Dekat..Israel Memang Layak Digelar Bangsa Paling Jahat Di Muka Bumi

Posted: 06 Jun 2010 12:32 AM PDT

Jahat betul Israel..tembak mati jarak dekat 9 Aktivis GAZA..memang sesuai yahudi digelar bangsa paling jahat di muka bumi..

Sembilan aktivis ditembak jarak dekat

ISTANBUL - Aktivis kemanusiaan yang maut dalam serangan tentera Israel ke atas konvoi ke Gaza ditembak dengan kejam beberapa kali pada jarak dekat, menurut laporan bedah siasat ke atas mayat sembilan aktivis, di Istanbul.

Pengerusi Majlis Perubatan Forensik Turki, Yalcin Buyuk berkata, tentera rejim melepaskan sehingga 30 tembakan kepada kesemua sembilan mangsa, berdasarkan kecederaan yang ditemui pada mayat mereka.

"Dua aktivis ditembak sehingga empat kali seorang, dan kebanyakan mangsa ditembak di bahagian belakang kepala atau belakang badan," katanya.

Menurut Buyuk, seorang warga tua berusia 60 tahun, Ibrahim Bilgen, ditembak askar komando Zionis tanpa perikemanusiaan sebanyak empat kali di kepala, dada, pinggang dan belakang.

Remaja Amerika Syarikat (AS) berdarah Turki, Furkan Dogan, 19, ditembak sebanyak lima kali daripada jarak kurang 45 sentimeter di muka, belakang kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.

Media Barat melaporkan, enam daripada sembilan mangsa dalam serangan itu ditembak oleh seorang askar komando Israel.

Seramai lapan warga Turki dan seorang warga AS ditembak mati oleh askar Israel dalam serangan tentera rejim itu ke atas Freedom Flotilla, konvoi antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Isnin lalu.

Terdahulu, Tel Aviv mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan tenteranya melepaskan tembakan dengan alasan terpaksa mempertahankan diri selepas diserang aktivis.

Zambry Haram Berfikir Macam Budak Tadika PERMATA Roswah

Posted: 05 Jun 2010 11:52 PM PDT

Zambry haram pun dah jadi sawan dengan pendedahan bekas Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda..wooi Zambry, takkan tukar nama jawatan dalam PKR macam indonesia, bermakna PKR akan amalkan sistem republik..ko tak terfikir ke ha, haram..yang jika PKR cadangkan tu, PAS dan DAP akan membantah..fikirlah..jangan sempitkan pemikiran..

Rakyat nilai perjuangan sebenar PKR, kata MB Perak

Jun 6, 10 12:43am

Rakyat boleh menilai sendiri perjuangan sebenar PKR kerana pelbagai rahsia parti itu telah didedahkan oleh bekas pemimpin mereka, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sendiri oleh bekas pemimpin parti berkenaan merupakan senario sebenar PKR dan rakyat boleh menilai sendiri perjuangan sebenar serta hala tuju parti itu.

"Kita tidak mahu dituduh mencampuri urusan mereka, justeru biarlah rakyat menilai sendiri pendedahan yang dilakukan bekas pemimpin mereka... saya tak nak komen lanjut," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Padang Tembak di Sitiawan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan seorang bekas pemimpin PKR Perak mengenai usaha mengubah struktur organisasi parti itu supaya menyerupai acuan politik di Indonesia yang berasaskan kepada konsep republik.

Pada 25 Mei lepas, bekas Ketua PKR Ipoh Barat Fauzi Muda mendedahkan bahawa nama-nama jawatan dalam parti itu ditukar supaya sama dengan apa yang diguna pakai oleh parti-parti politik di Indonesia.

--Bernama

Tiada ulasan: