Ahad, 6 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


RUPA agama Islam?

Posted: 06 Jun 2010 05:03 AM PDT

Salam sahabat....

Bagaimana RUPA agama Islam?
Tentu korang pernah mendengar kenyataan dari kawan2 korang seperti:

Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau...'
Suami saya dulu, sama rupa macam awak...'
Awak ada iras2, rupa nenek saya ler...'
Rupa awak macam pelakon terkenal Yassin senario' ler..'
Betul ni, rupa jiran aku sama 'sejibik' macam engkou...' he he he

Hari ni aku nak cerita pasal rupa agama? Korang dah lama memeluk agama Islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa agama Islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA...

Adapun rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan. Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah rupa bentuk agama Islam.

Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan Islam ke arah Islam, secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya Islam itu apabila ternampakakan rupa sebenar agama Islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara Islam?

Aku kata:

Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasar malam.

Kenapa?

...kerana di situ ada amalan pasar malam, apa amalan pasal malam? Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib? tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama... sebab dah tak ada amalan pasar malam...!!!

Jadi...

Di Malaysia tempah tumpah darah aku ni, sesetengah tempat memang macam negara Islam? sesetengah tempat memang macam semacam? macam setan!!! Oh... tepuk dada tanya iman?
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 Islam mewujudkan amalan Islam yg boleh di katakan sebagai rupa Islam!!!

Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama?

Pertama :...

SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU ( di rumah) La ni, apa jadi? Malaysia Negara Islamkah jika banyak masjid kosong tidak berpenghuni?

RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG, RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG?
'

Sekarang ni, trend org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan panggung wayang, maklumlah ada cerita 'Superman return'(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque'? free apa!!!
Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kafir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada encik setan (lebih kurang maksud) :

'Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah, tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai
3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang) ' terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?'

Dah tentu aku jawab :

'aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu'

Oh?

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:

Apabila 25% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2... (oh.. .patutlah sekarang ni org berani buat maksiat terang-terangan)

Apabila 50% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? maka wanita akan tutup aurat automatik. (cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org Islam solat berjemaah
hampir 75%, apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh,
di tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?...

Apabila 75% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? Maka Allah akan campakkan kegerunan org kafir kepada Islam. Patutlah Bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat Islam, apa nak heran dengan nuclear? Bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!!)

Apabila 100% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? Maka orang Islam akan memerintah dunia. Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?... rujuk masjid mereka bagaimana?

Huh... sekarang umat Islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar, masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha dibuat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid? Jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak? isk isk?

Kedua :...

" ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT "

Dulu2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat.. jika melewati rumah2 mereka diakhir malam... maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. Malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org Islam, apa yg korang dengar? Senyap ajer? Tiba-tiba :

GOAL!!!!!!!

Terkejut berok eden dibuatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...

Ingat pesan Kak Pah:

' Carilah ketenangan dalam diri sendiri... Munajat disepertiga malam '?

Isk. isk. sik

Ketiga :...

ADA SUASANA UGAMA IAITU:

" LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH ". " WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH ". "KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH."

Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? Ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?

Budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanohalah... aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, > tsunade!!!
Oh... ummat sedang menderita?

Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
Wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!! Aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler?

Oh... ummat sedang menderita?

Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat? Lelaki2 cakap: Brazill... pasukan samba, paling kuat!!! Aku kata: cis, apa pulak, Africa piala dunia sebab main kat Africa!!!

Oh... ummat sedang menderita? ? Termasuk aku...

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk Islam, tapi akhirnya masuk Islam jugak, tanya suaminya kenapa? Beliau berkata: Pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah disembah dengan selayak-layaknya?

Aku ulang:

MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!

Oh... kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa Cina dan India yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk agama Islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya...

" KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? ! " KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? !! " KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? !!!

Kerana itu juga pada zaman itu org bukan Islam telah datang berbondong-bondong pada agama Islam kerana para sahabat RA, mereka REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!

Mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung... maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan rahmat untuk kampung itu, dan... jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg
mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu diazab!!!
( Hadith riwayatAishah r.ha )


YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN
MENYEMBAHMU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA...

AMIN... YA ROBBULALAMIN




-AmirDarkJustice

Kerajaan P Pinang lebih baik kepada umat Islam

Posted: 06 Jun 2010 04:29 AM PDT

Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya pembangunan ekonomi berjalan seiringan dengan keadilan sosial.

Bercakap selepas merasmikan pembukaan sebuah surau di Komtar, Pulau Pinang, Anwar memuji kerajaan negeri kerana menjaga keperluan penduduk Islam di Pulau Pinang walaupun terpaksa berdepan dengan tuduhan yang ia meminggirkan mereka.

Anwar berkata, bantuan kerajaan Pulau Pinang untuk pendidikan dan kebajikan sosial orang Islam jauh lebih tinggi daripada apa yang disediakan selama pemerintahan BN sebelum ini.

Beliau juga bersetuju kegunaan masjid dan surau diperluaskan dan bukan setakat tujuan ibadah semata-mata.

Tegasnya, masjid dan surau bukan hanya untuk bersembahyang sahaja, tetapi juga untuk memacu kemajuan kesejahteraan umat Islam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin PKR termasuk timbalan ketua menteri, Mansor Othman dan exco negeri, Abdul Malek Abul Kassim. Surau tersebut terletak di tingkat empat bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran negeri.

Sebelumnya, Anwar juga bercakap dalam taklimat selama sejam untuk pegawai kerajaan negeri di mana beliau berkongsi pengalamannya selama menjadi menteri.

Katanya, perkhidmatan awam yang profesional dan cekap menjadi asas penting bagi pembangunan ekonomi dan keadilan sosial.

Pembangkang minta 'keajaiban ketiga' dari rakyat

Posted: 06 Jun 2010 04:24 AM PDT

Ekoran 'keajaiban' DAP merampaskan kerusi parlimen Sibu baru-baru ini, parti itu kini rakyat menggunakan kuasa undi mereka untuk 'keajaiban ketiga' dengan menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menjadi ahli politik pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib presidennya, M Kula Segaran (gambar bawah)berkata: "Dalam pilihanraya umum akan datang, rakyat mesti memberi keajaiban ketiga - untuk mengundi memilih Pakatan sebagai kerajaan pusat."

Beliau yang juga timbalan pengerusi DAP Perak dan ahli parlimen Ipoh Barat berkata, negara sehingga ini telah menyaksikan dua kejadian politik: Pilihan raya umum 8 Mac 2008 di mana Pakatan memenangi lima negeri dan BN hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen, dan baru-baru ini, DAP merampas kerusi parlimen Sibu dari tangan BN.

Kula menegaskan demikian ketika berucap di forum politik Pakatan anjuran DAP di Dewan Chin Woo di Ipoh malam tadi.

Kira-kira 1,500 penyokong Pakatan membanjiri forum tersebut. Penceramah lain ialah pemimpim veteran DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, pengerusi Pakatan Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan pengerusi PKR Mustaffa Kamil Ayub.

Kit Siang, Guan Eng dan Nizar mendapat tepukan gemuruh para penyokong yang bangun berdiri menyambut ketibaan mereka di dewan yang penuh sesak itu.

Kata 'cukup' kepada BN.

Kula menegaskan bahawa kemenangan di Sibu merupakan satu pukulan hebat terhadap kedudukan parti pemerintah dan membuktikan bagaimana satu impian boleh menjadi kenyataan.

Dan menurutnya lagi, ia telah memberi harapan politik kepada pemimpin Pakatan untuk meneruskan impian untuk sampai ke Putrajaya dengan kuasa rakyat.

"Roket (lambang DAP) sedia untuk terbang ke Putrajaya, tetapi kita perlu bahan bakar dari sokongan pengundi untuk mencapai matlamat slogan Pakatan, 'dari Sibu ke Putrajaya'," katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Kula juga menggesa mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya segera berbuat demikian bagi membantu menjadikan impian Pakatan ke Putrajaya satu kenyataan.

Pulau Pinang tetap larang judi sukan

Posted: 06 Jun 2010 04:21 AM PDT

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.

Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.

Sementara itu Lim pula berkata beliau belum sebarang rayuan, tetapi mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut.

Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Menjawab soalan, Lim berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk memantau aktiviti taruhan haram judi sukan.

"Jika ada pertaruhan haram berlaku, ia menjadi tugas (agensi) penguatkuasaan dan polis," tambahnya.

Beliau menambah, pertaruhan melalui telefon dan internet adalah di bawah dalam bidang tugas Telekoms, dan bukan kerajaan negeri.

"Anda harus bertanya kepada perdana menteri tentang hal ini, bukan saya," katanya.

Vincent Tan cuba perjudi kemarahan rakyat

Posted: 06 Jun 2010 04:10 AM PDT

indakan Tan Sri Vincent Tan yang mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd kepada Better Malaysia Foundation dilihat cubaan memperjudikan perasaan dan kemarahan rakyat.

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.

"Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini sementara sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kerajaan kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh merosakkan minda rakyat.

Tambahnya, rakyat akan merasa malas bekerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah.

Menurutnya lagi, judi sukan boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya rakyat yang tidak bersalah menerima mangsa.

"Apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia melarat akibat judi sukan?" tanya beliau.

Tan juga diingatkan tidak mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia.

"Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta yang ditabur atas nama kebajikan," tambahnya lagi.

GMJ, tegasnya akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen itu ditarik balik.

"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barang kali mereka memerlukan," katanya.

Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu mendapat kritikan hebat khususnya dari Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Tan semalam merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

Vincent Tan Rayu Pakatan Jangan Berkeras

Posted: 06 Jun 2010 03:50 AM PDT


Haiya.... Mr Tan! Wa Rasa Lu kena belajar memahami agama ISLAM lah....

Itu LUIT judi.. kalu dalam agama ISLAM cakap itu LUIT halam.. LUIT itu tetap halam.... mana-mana kelajaan pun kasi bagi itu judi lesen pun itu LUIT tetap halam ooo..

Cuma kalu Lu kasi kepada Olang yang talak kisah halam atau halal saja lo yang akan telima LUIT Lu itu... Kita Olang malayu (ISLAM) takut sama "ALLAH"... kita tetap tolak JUDI BOLA... sekali lagi wa cakap... kita olang melayu ISLAM tetap tolak JUDI BOLA.. Lu jangan malah looo....


Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan. Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini), kata Tan.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata.
Tan juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini, kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan .Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali,kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan.

Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai ganjaran atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini, kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi pertaruhan telefon.

Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang? kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.

Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah, kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald

Berjaya Corporation juga terlibat dalam perniagaan hartanah.

Tiada ulasan: