Khamis, 3 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Apa Sumbangan kita pada Islam

Posted: 03 Jun 2010 06:38 AM PDT

Apakah sumbangan kita pada islam?
Rasanya terlalu sedikit sumbangan saya kepada islam. Sedangkan dalam masa yang sama, terlalu banyak jasa islam kepada saya.

Saya tidak mulia kerana saya melayu.
Saya tidak mulia kerana saya berumur muda.
Saya mulia dengan islam.


Namun berapa ramai yang menyedari hakikat ini?
Jikapun menyedari, berapa ramai yang menghargai islam sebagai agama mereka?
Jikapun menghargai, berapa ramai yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi menegakkan agama ini?

Semoga kita dan seluruh zuriat keturunan kita menjadi antara insan yang diberi kelebihan dan peluang untuk menegakkan agama yang mulia ini.

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah.

-AmirDarkJustice

Keterangan Saksi Kedua Dr.Mohd Razali Ibrahim Bercanggah Dengan Kenyataan Asal Beliau Dulu

Posted: 03 Jun 2010 06:09 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa sekali lagi berlaku percanggahan besar dalam keterangan saksi berhubung perbicaraan liwat yang membabitkan dirinya yang berlangsung hari ini. Percanggahan yang dimaksudkan adalah berkaitan laporan perubatan pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dengan keterangannya hari ini. Razali, saksi kedua yang dipanggil hari ini memberi keterangan bahawa setelah merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, beliau merumuskan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Anwar, dalam laporan perubatan sebelum ini, Razali menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri. "Kita akan meneliti keterangan doktor yang pada mulanya mengesahkan laporan tidak ada tembusan, sekarang bawa kajian makmal (merumuskan ada penembusan). "Percanggahan besar berlaku," katanya kepada media di luar mahkamah hari ini.

Pihak pembelaan hari ini membawa pakar forensik, Dr David Wells dari Australia bagi meneliti laporan perubatan dan pengakuan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia "Di sebut juga mani, tidak disebut mani siapa, berapa DNA yang didapati. "Pertama kali selepas dua tahun, baru dapat keterangan ada sampel itu disimpan. Sebelum ini laporan bertulis daripada polis, tiada sampel," katanya.

Anwar juga memberitahu pihaknya memerlukan sedikit masa untuk pakar forensik tersebut membuat penelitian terhadap laporan sehingga hari ini. Mahkamah menangguhkan perbicaraan esok selepas membenarkan permohonan Karpal yang ingin merujuk kepada pakar forensik dari Australia itu sebelum mula menyoal balas Dr Razali.



p/s: Nampaknya "magic" kes liwat Anwar semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba pakar perubatan yang sebelum ini mengakui dan mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda kesan tembusan berlaku pada dubur Saiful. Anehnya, kini beliau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan asalnya dulu.

Jika inilah keadaannya, maka sudah pasti Anwar tidak berpeluang untuk membebaskan dirinya dari kes kontroversi ini. Saksi-saksi sudah pasti akan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah, yang mana akhirnya menyebabkan kekeliruan berlaku. Amatlah malang sekali apabila kes yang penuh misteri ini tiba-tiba dibicarakan secara tidak adil untuk pihak yang dituduh. Malah, tertuduh juga dihalang mendapatkan salinan contoh bahan bukti dan mendapatkan nama-nama saksi yang akan dipanggil oleh peguambela.

Apa yang kita khuatir ialah saksi-saksi berkenaan terlebih dahulu telah diberikan skrip dan habuan tertentu bagi memastikan tertuduh akhirnya didapati bersalah dengan beberapa keterangan yang jelas bercanggah dan menimbulkan keraguan.

Rakyat belum bebas daripada fahaman Yahudi

Posted: 03 Jun 2010 06:00 AM PDT

Pembebasan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata selagi negara tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide.

Jelas Tuan Guru, menarik balik kerjasama dengan APCO hanya sebahagian cara untuk menyingkirkan Israel, namun membuang rasa sayang dan cinta kepada Yahudi adalah jalan yang lebih baik.

"Ini kerana Yahudi termasuk Israel adalah makhluk perosak yang wajib dihindari oleh sesiapapun," ujarnya yang juga Musyidul Am PAS.

Menurutnya lagi, Yahudi sejak zaman dahulu lagi bersifat jahat serta membunuh para nabi, bukannya masyarakat kampung biasa sekiranya tidak mengikut kehendaknya.

"Setiap kali sembahyang kita membaca al-Fatihah, ada di antara maksudnya kita tidak mahu jadi pengikut Yahudi dan Nasrani," ujarnya.

Menyentuh tentang tangkapan yang dibuat oleh Israel terhadap 12 rakyat Malaysia, beliau memberitahu bukan sahaja di sana, Malaysia sendiri turut mengurung rakyatnya di bawah ISA jika tidak mengikut kehendaknya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur terhadap pembebasan itu.

Orang Gila Judi Kuat Kelentong

Posted: 03 Jun 2010 05:56 AM PDT

Rakyat berhak menerima subsidi kerana wang negara ialah wang rakyat. Yang tidak berhak dilakukan ialah menyelewengkan wang rakyat dalam apa-apa bentuk sekalipun..Sehubungan itu, ada sesuatu yang tidak kena apabila Idris Jala mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan subsidi sekiranya negara bankrap pada tahun 2019 nanti.

Ini bermakna negara kita tidak mampu mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.

Walau bagaimanapun, rakyat dikelirukan oleh pengumuman Najib bahawa negara akan tetap mencapai taraf negara maju sekiranya KDNK berkembang pada tahap 4% setahun. Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan Idris. Mengapa terjadi demikian? Siapa yang benar dalam kes ini? Atau kesemuanya auta semata-mata?

Kenyataan yang bercanggah dalam sesebuah organisasi melambangkan kewujudan ketidaksekataan dalam kalangan ahli-ahli yang menganggotainya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Kesemua ahli dalam sesebuah organisasi mestilah saling memahami.

Rakyat diletakkan dalam keadaan keliru apabila perkara-perkara seumpama ini berlaku. Kekerapan atau kemunculan berkali-kali perkara sebegitu akan menyebabkan keyakinan orang lain terhadap sesebuah organisasi itu terjejas.

Situasi itu akan mengundang kelahiran persepsi dalam kalangan rakyat. Persepsi tidak pernah positif jika asasnya kekeliruan. Penerimaan dan penafian yang datang sekali gus dengan sendirinya merampas keyakinan terhadap sesuatu. Kebenaran pun sukar diserlahkan dengan bersandarkan kejujuran. Pendapat umum akan menyimpulkannya sebagai satu pembohongan. Persoalannya ialah mengapa mesti berbohong?

Jika sumber maklumat yang menimbulkan masalah, mengapa terus bergantung kepada sumber yang tidak autentik? Mana perginya kewibawaan organisasi itu?

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa keadaan kelam-kabut sedang menyelubungi kerajaan yang memerintah sekarang ini. Oleh sebab terlalu banyak masalah, usaha menyembunyikannya tidak berjaya. Itulah hakikatnya. Kewujudan fenomena tersebut menandakan mereka gagal berfungsi dengan baik.

Rakyat tidak boleh bergantung harap dan mempercayai kerajaan yang gagal berfungsi dengan baik. Kerajaan itu perlu dilenyapkan sebelum sesuatu bala mendatang.

Esok Demo Besar Anti-Israel

Posted: 03 Jun 2010 05:51 AM PDT

Sekurang-kurangnya dua demonstrasi besar akan diadakan di ibu negara esok oleh pelbagai pihak bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin.

Demonstrasi tersebut bagaimanapun dilangsungkan secara berasingan – satu di Masjid Jamek Kampung Baru anjuran Pemuda PAS manakala satu lagi di Masjid Negara oleh Pemuda Umno.

Beberapa NGO dijangka turut menyertai demonstrasi tersebut antaranya Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Di Masjid Jamek kumpulan penyokong pembangkang merancang berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang bagi menyatakan menyatakan bantahan mereka kepada negara sekutu Israel itu.

Ia dijadual disertai semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dan diketuai ketua umum PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim
.

Kumpulan di masjid negara difahamkan akan diketuai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.



p/s: Kita pakat ajak Khairy tolak APCO...

Tiada ulasan: