Jumaat, 11 Jun 2010

!! BUJANG SUSAH !!

!! BUJANG SUSAH !!


DITANGKAP GARA-GARA GIAN RABA PAYU tak DARA

Posted: 11 Jun 2010 08:14 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR: Gian untuk meraba payudara gadis menyebabkan seorang lelaki sanggup menyamar sebagai polis sebelum memperdaya wanita yang dipaksa membuka baju sebelum dicabul.

Lelaki berusia 20-an terbabit yang meramas payudara mangsa bagaimanapun kelam-kabut melarikan diri selepas mangsa menekan hon kereta sekuat hati selepas mendapat akal membebaskan dirinya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin, suspek dikatakan terlihat mangsa bersendirian dalam kereta di hadapan kafe siber di Jalan Genting Klang, Setapak.

Menurutnya, mangsa ketika itu dikatakan menunggu dalam kereta manakala suaminya berada dalam kafe siber berhampiran.

"Lelaki terbabit memperkenalkan diri sebagai polis selepas mengetuk tingkap kenderaan mangsa.

"Dia berpura-pura bertanya identiti dan tujuan mangsa bersendirian di dalam kereta kerana mendakwa tindakan itu boleh menimbulkan rasa curiga. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan tujuannya menunggu suami yang berada dalam siber kafe berhampiran," katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai tertarik dengan rupa paras mangsa yang masih muda mengugut mangsa membuka pakaiannya.

"Mangsa yang ketakutan dan bimbang dicederakan berpura-pura akur dengan arahan suspek. "Namun, ketika sedang leka melakukan kerja terkutuk itu, mangsa mendapat idea dengan bertindak menekan hon kereta menyebabkan suspek panik sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal," katanya.

Katanya, mangsa dan suaminya membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

"Susulan laporan itu, polis berjaya memberkas suspek. "Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan," katanya.

-mymetro



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

30 DARJAH CELSIUS BUKAN LAGI SEJUK KE? HEHEHE...

Posted: 11 Jun 2010 12:59 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini cerita benar. Seperti apa yang diceritakan oleh seorang sales manager sebuah hotel di Langkawi ...

Aku baru balik dari Langkawi semalam. Berkursus mulai Isnin sampai Rabu lepas, semalam petang balik KL.

Sambil dah dok Langkawi tu, pi la tengok satu dua hotel di sana untuk tujuan mencari lokasi-lokasi baru untuk kursus-kursus yang akan datang. Kami ke dua buah hotel. Satu hotel tu katanya VIP/Bisnesmen selalu ke sana. Najib dan rosmah pun kalau pi Langkawi akan duduk di hotel tu.

Satu lagi tu kami pi hotel yang mensasarkan kepada pelancung timur tengah. Bila kami disana kami di sajikan dengan makanan timur tengah. Sedap-sedap juga. Yang menariknya kata salah seorang pekerja di sana, pak arab ni kuat makan. Seekor kambing saiz sederhana dapat dihabiskan oleh dua orang saja ... terkejut aku, dan lagi katanya pak-pak arab ni memang kuat cemburu, sebab tu tempat makan depa yang macam pondok-pondok tu siap bertutup. Dan semua pekerja-pekerja nya dapat bertutur dalam bahasa arab walaupun mereka orang tempatan ...

Ok berbalik kepada cerita yang aku nak ceritakan pada korang ni. Ini cerita di hotel pertama ni, bukan restoran arab ni. ... cerita seorang bini orang besar umno ni yang "bodoh"...

Sebelum-sebelum ni agaknya bila depa dua orang ni nak masuk hotel, orang-orang kanan atau kiri depa atau pihak hotel dah siap semu dulu dah, cek semua bagi perfect, depa masuk semua dak ok. Tak payah nak buat apa-apa dah. Masuk duduk tidur saja, Semua tersedia.

Tapi kali ni tak tau siapa silap. Samada pihak hotel atau orang-orang kanan depa dah terlupa nak cek benda ni. Laki ada miting dibawah, jadi bini dia dihantar ke bilik seorang dulu. .... Lepas setengah jam dia di dalam bilik, dia menalipon pihak hotel membuat aduan mengatakan aircond di bilik nya panas ...

Pihak hotel menghantar orangnya untuk memeriksa alat aircond bilik tersebut yang dikatakan tidak sejuk tu ...
Masuk saja pekerja hotel ke dalam bilik tu, bini ni pun terus bertanya

"Kenapa aircond bilik ni tak sejuk, saya dah letak 30 dah ....."

Jawab pekerja ni .... "Datin Sri kalau nak sejuk Datin Sri kena letak 16, bukan 30 ya ...." sambil pekerja itu memperbetulkan nya
Datin Sri terdiam malu ....

Selesai kerja, pekerja ni turun dan memberitahu kawan-kawanya .....
Jawab kawan nya yang seorang tu " Laaaa Datin Sri pun bodoh ker? ....... kah kah kah kah kah ramai2 ....- mimpi-senja



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

PASPORT MALAYSIA SUDAH IKTIRAF ISRAEL

Posted: 11 Jun 2010 08:14 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Pasport Malaysia Sudah Iktiraf Israel | Boleh Pergi Israel


Pasport 32 mukasurat untuk 5 tahun


Satu negara yang tak boleh kita pergi iaitulah Israel.


Tapi kenapa kapal Zim Genova dari Israel boleh masuk Malaysia ?

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia. - Kapal Israel di Kelang bukti Najib APCO hipokrit

Hanief: Siapa dia timbalan menteri MITI (Minister of International Trade and Industry) ? Muka mangkuk ini banyak kali keluar di TV dalam misi selamatkan Palestin. Tapi? Apa sudah jadi? Berapa banyak produk negara Islam yang Mukhriz sudah bawa masuk berbanding kapal-kapal kargo Zim? Sudahlah Mukhriz. Kalau di Jepun menterinya sudah letak jawatan. Sebab itu Mukhiz jadi timbalan sahaja. Licik tak anak Mahathir ini? - hanief


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

JAGA "BUAH" BAIK-BAIK

Posted: 11 Jun 2010 04:46 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

MENTERI SEMUA DAH KAYA.. MALAYSIA BAKAL TERGADAI..

Posted: 11 Jun 2010 04:34 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

UMNO tadbir Malaysia macam Tahi Judi Kemaruk Judi



Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya terdedah juga hakikat sebenarnya. Bahawa hutang kerajaan Malaysia bawah UMNO berjumlah RM 378 billion ringgit. Maklumat ini saya dapat terus dari Laman Web Bank Negara yang boleh dibaca di sini.

Kita hairan, mengapa negara mesti berada dalam hutang yang sebegitu teruk memandangkan:

1.0 Kita ada sumber petroleum yang banyak. Mengikut maklumat dari Dr Mahathir sendiri, hasil petroleum di Malaysia berjumlah RM456 billion semenjak zaman Tun Hussein Onn.

2.0 Kita juga ada sumber-sumber kekayaan alam yang lain seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya

3.0 Malaysia juga mempunyai industri perkilangan yang besar. Malahan, sektor perkilangan adalah komponen terbesar ekonomi Malaysia. Eksport barangan elektrik dan elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada eksport negara. (48 billion suku pertama 2010)

4.0 Malaysia ada sumber pertanian, perikanan dan pembalakan yang besar berbanding negara lain. (RM 1.8 billion suku pertama 2010)


5.0 Selain itu, Malaysia juga ada sumber dari perlancongan dan perhotelan yang terbaik di Asia Tenggara. (RM 24 billion)

Pada waktu yang sama, rakyat Malaysia tidaklah mendapat banyak bantuan dari kerajaan pun:

1.0 Jalan semua kena tol. Jalan yang tiada tol, rakyat Malaysia perlu bayar cukai jalan.

2.0 Harga kereta mahal. Rakyat Malaysia kena bayar harga kereta 3 kali ganda harga pasaran. Misalnya, kalau di negara lain harga Honda City adalah RM25k, tapi di Malaysia ia jadi RM84k. Kalau kereta rosak, harga "spare parts" pun mahal. Hendak repair kereta pun sudah menjadi beban kewangan kepada rakyat Malaysia.

3.0 Harga minyak mahal dan pengangkutan awam adalah yang terburuk di rantau Asia Tenggara.

4.0 Gaji rakyat Malaysia adalah rendah dan tidak pernah naik mengikut kos hidup. Purata gaji siswazah tamat pengajian sekita RM1200 sahaja

5.0 Purata gaji pekerja kilang, mengikut statistik Bank Negara adalah RM2206 sebulan. Apa yang pekerja kilang boleh buat dengan RM2206 sebulan? Belanja makan sebulan pun dah dekat RM1500.

6.0 Harga barang makananan semakin mahal dan semakin menghimpit kehidupan rakyat jelata.

7.0 Harga rumah pun mahal. Bayaran rumah sebulan sahaja pun sudah memakan setengah dari gaji.

8.0 Ibu bapa terpaksa berkerja untuk mencari pendapatan yang cukup. Itupun, hanya cukup-cukup makan sahaja. Anak-anak terbiar dan terdedah kepada penyakit sosial.

9.0 Kalau rakyat Malaysia hilang pekerjaan, kerajaan tidak membantu dari segi memberi elaun sementara menanti pekerjaan baru, tidak seperti di negara-negara maju

10.0 Kos perubatan semakin lama semakin tinggi. Kualiti perubatan awam juga semakin buruk menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berbelanja tinggi untuk perubatan.

11.0 Tiada program kerajaan memberi makanan percuma pada orang miskin dan memerlukan.

Dengan kata lain, tiada apa sangat yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk keselesaan hidup rakyat Malaysia.

Soalnya sekarang, dalam keadaan kerajaan Malaysia tidak memberi wang kepada rakyat, mereka masih berhutang RM378 billion? Ke mana kah kekayaan negara telah pergi selama ini sehingga UMNO terpaksa berhutang RM378 bilion?

Hutang ini adalah 54% dari seluruh hasil mashul negara. Ertinya, dari 1 ringgit hasil negara, 54 sen harus digunakan untuk membayar hutang.

Cara UMNO mentadbir Malaysia ni macam tahi judi. Seorang tahi judi tak boleh berhenti berjudi. Apa yang ada akan dijudikan dan dijual. Setelah sekian lama berjudi, tiba-tiba barulah tahi judi ni sedar bahawa semua wangnya telah habis, segala harta benda nya telah tergadai, kereta yang dia miliki pun telah habis dijual, pakaian tinggal sehelai sepinggang. Yang lebih menyedihkan setelah segalanya tergadai, tiba-tiba masih ada lagi hutang judi yang bertampung-tampung masih belum dibayar.

Itulah yang telah berlaku kepada Malaysia bawah pentadbiran UMNO. Segala kekayaan kita telah habis tergadai. Rakyat Malaysia hidup semakin terhimpit dan peluang pekerjaan semakin tiada. Pada waktu yang sama, hutang kerajaan Malaysia semakin bertampung-tampung.

Lepas ni bila negara dah bangkrap, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kesusahan dan keperitan, bukan UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.

UMNO tadbir Malaysia macam seorang tahi judi kemaruk judi. Patutlah gian sangat nak lulus lesen judi.

Tulang Besi


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

Tiada ulasan: