Selasa, 8 Jun 2010

!! BUJANG SUSAH !!

!! BUJANG SUSAH !!


JUDI: GERAKAN KELUAR DARI KOMPONEN BN

Posted: 08 Jun 2010 04:36 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Tamparan kepada Umno: Pemuda Gerakan sertai himpunan bantah judi anjuran Pakatan Rakyat



ALOR SETAR, 25 Mei: Pemuda Gerakan Kedah dan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan kesediaan untuk menyertai Himpunan Membantah Judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria (gambar) mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk bersama-sama dalam himpunan besar-besaran itu.

Katanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP (DAPSY) negeri juga telah menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut.

Menurutnya, himpunan itu adalah bertujuan menyatakan bantahan rakyat terhadap kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Umno BN kepada Kumpulan Berjaya.

"Himpunan ini adalah rentetan daripada beberapa himpunan yang diadakan di negeri-negeri lain Jumaat lalu dan kemuncaknya rakyat akan berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyerahkan tuntutan rakyat terhadap aktiviti perjudian kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai nanti," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap.

Menurut Nasir lagi, penganjur juga turut menjemput semua pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik termasuk Umno dan MCA untuk bersama-sama menyertai himpunan itu.

"Perhimpunan ini terbuka kepada semua pihak dan ianya bukan untuk rakyat beragama Islam sahaja, semua agama tidak membenarkan judi kerana judi mengundang banyak keburukan.

"Kita menjemput kesemua NGO-NGO dan parti-parti politik yang ada di negeri ini tapi sehingga kini Umno dan MCA tak memberikan jawapan balas," katanya. - ruangbicarapriamalaya

Note: Aku jadi keliru... GERAKAN atau UMNO yang sebenarnya islam ni?

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

PARLIMEN MAIN PONDOK-PONDOK

Posted: 08 Jun 2010 03:51 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen Sebijik Macam Mahkamah Universiti Pro BN

Hari ini, Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan. Penangguhan ini kerana apabila Anwar meminta agar ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati dan dirinya diwakili peguam.

Tetapi oleh kerana permintaan anwar ini, maka jawatankuasa itu ditangguhkan kerana berlaku pertelingkahan dan dikatakan bercanggah dengan Peraturan Dewan 83 (7)(a) jawatankuasa hak dan kebebasan mempunyai hak membenarkan peguam kepada sesiapa yang dihadapkan kepadanya. Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Menurut Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Paling menarik, jawatankuasa itu turut mengambil keputusan untuk mengarahkan firma perhubungan awam, Apco Worldwide datang ke Parlimen bagi memberi keterangan esok. Tentu persoalan sama ada Apco syarikat Israel atau tak, akan diketahui esok. Dan APCO sendiri disoal siasat oleh Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (PRK-Subang) yang menganggotai jawatankuasa itu bersama dengan 4 ahli Parlimen BN lain.

Pada perbicaraan ini nanti, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel. Tapi kredibiliti Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen ini sebenarnya boleh dipertikaikan kerana hakimnya adalah Speaker sendiri dan bukannya hakim, manakala juri pula berat sebelah, 2 dari PR dan 4 dari BN. Jadi jawatankuasa ni tak ubah macam mahkamah Universiti, yang mana Timbalan Naib Canselor yang selalunya pro UMNO menjadi hakim, dan jurinya adalah pegawai HEP yang juga pro UMNO..sebab itulah bila seseorang mahasiswa dihadapkan ke mahkamah Universiti kerana sokong pembangkang, sudah pasti mahasiswa itu tahu hanya satu je keputusannya, buang universiti..

Samalah macam jawatankuasa ini..persoalannya, mana dia keadilan?? - tunhisyamuddin


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

MALAYSIA: MACAM NI PUNYA BODOH PUN BOLEH JADI MENTERI

Posted: 08 Jun 2010 12:24 PM PDT


بسم الله الرحمن الرحي


Hishamuddin Terkencing Jawab Siapa Padam Rekod Perjalanan Altantuya Dari Jabatan Imigresen



Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius. Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi. - Kedahlanie


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

MENTERI MALAYSIA: BIAR PELAT JANGAN BODOH...!!!

Posted: 08 Jun 2010 08:21 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

POLIS PANTAU PERJUDIAN HARAM PIALA DUNIA
– berita hairan



Pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau secara rapi kegiatan perjudian haram ketika berlangsungnya kejohanan bola sepak Piala Dunia, bermula 11 Jun ini.

Hishammuddin Hussein, berkata beliau juga sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Koh Hong Sun untuk membantu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata, mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak itu seharusnya tampil menyumbang idea membantu kerajaan untuk mencegah perjudian haram.


KAH KAH KAH… woit… APA ?...BENDA APA NI?.... kah kah kah..woit… LIDAH KONTOT INI CAKAP APA?....kah kah kah… ADA PERJUDIAN HARAM ?.... kah kah kah…. BILA PULAK ADA PERJUDIAN HALAL?.... kah kah kah… woit… INI SEMUA JADI BARUA AL –HAFEZ LEBAI VINSEN TAN….kah kah kah.. LAWAN DAN TANGKAP SEMUA JUDI HARAM… BIAR SEMUA MAIN JUDI HALAL …..kah kah kah..

nota:
anggota polis digunakan secara resmi oleh vincent tan. inilah caranya cukong membuat harta kekayaan ahli politik melayu dibeli, menteri melayu d beli, kemudian polis di beli maka kayalah cukong.

masih ada lagi melayu yang tak sedar sedar, masih menyokong gerombolan terutama di johor, bangang sampai ke telinga kah kah kah kah - http://tukartiub.blogspot.com/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

BAPA SIALFOOL KAKI JUDI, PERNAH MELACURKAN ISTERI !

Posted: 08 Jun 2010 06:39 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.

Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi. Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri. Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.

Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.

Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.

Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.



Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:

* Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR.
(Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
* Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
* Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
* Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.


Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.

(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).
Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian. - chegubard


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

CARA SIMPLE DAN SEDAP UNTUK MEMBESARKAN 'BUAH' ANDA

Posted: 08 Jun 2010 04:02 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم


Ada dalam bentuk puding,

Aku consider kau orang yang baca entry kali ni ada masalah dengan ukuran 'mereka'. Kalau tak ada masalah pun, mungkin kau bermasalah dengan ukuran 'mereka' kepunyaan orang lain (isteri, girlfriend, anak jiran sebelah, etc). Atau kau memang tak ada masalah, tapi buat-buat ada masalah? Apa-apa pun alasan kau bagi untuk baca entry kali ni tetap akan diterima sebab membaca itu amalan mulia. Cuma entry kali ni mungkin lah tak berapa nak mulia sangat T___T

Kepada kakak-kakak dan adik-adik di luar sana, anda tak puas hati dengan saiz 'mereka' yang sudah sedia ada sekarang? Atau dah penat mencuba berbagai produk dan petua untuk membesarkan 'mereka', tapi tetap tak menjadi? Tak perlu pening kepala. Sekarang, kau orang boleh lah tersenyum lega sebab aku dah jumpa cara paling senang dan 'sedap' untuk kau orang semua.

Terima kasih kepada orang-orang Jepun yang sangat kreatif kerana telah menciptakan produk F-cup. Nah, kau orang layan gambar dulu..


dalam bentuk teh.


dalam bentuk biskut.

Senang bukan? Kau hanya perlu makan biskut cicah teh, dan 'mereka' akan membesar dengan jayanya! Sekotak sehari dapat mengubah cup A menjadi cup F! Cenggini punya gaya, Pamela Anderson pun kene pencen sebab tak boleh nak cari makan.

Macam mana sebenarnya makanan-makanan sedap ni dapat meningkatkan 'saham' korang?

Rahsianya adalah kandungan herba Pueraria mirifica yang dipercayai dapat membantu pembesaran 'mereka'.

Jangan tanya aku mana nak beli benda ni. Mungkin boleh mintak tolong pada sahabat handai atau sanak saudara kau orang yang ada di Jepun untuk belikan. Aku ada kenal sorang yang takkan berberat hati menerima tempahan. Segala pesanan sila email kan ke: sprenteng17@yahoo.com. Hahahaha. Jangan, ini hanya gurauan.

Peringatan: Sila letakkan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak dan bapak kanak-kanak. Takut kalau-kalau satu rumah mengalami 'pembesaran'. Tak pasal-pasal ada yang tanya aku produk untuk 'mengecilkan' pulak karang. Haha. - belog-cap-ayam



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

KENYATAAN BODOH SEORANG YANG BERGELAR MENTERI

Posted: 07 Jun 2010 10:22 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Anifah: Blok minyak hak Brunei tapi Malaysia kongsi hasil

Walaupun Brunei merupakan pemilik sah dua blok minyak iaitu Blok L dan M, namun Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan minyak berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menjelaskan pertikaian berhubung kedua-dua kawasan minyak itu, beliau berkata perkongsian hasil adalah sesuatu yang tidak mustahil menerusi perjanjian komersial yang dimeterai pemimpin kedua-dua negara dalam Pertukaran Surat pada 16 Mac 2009.

Bagaimanapun, kedua-dua negara masih membincangkan nisbah kerana Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas kedua-dua blok minyak tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

"Jika kita melihat dengan teliti tafsiran undang-undang berdasarkan UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982 adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.

"Kita telah mendapatkan pandangan beberapa pakar perundangan dan peguam maritim mengenai perkara ini," katanya ketika diminta mengulas jawapan beliau kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar meminta kerajaan menyatakan kesahihan keputusan kerajaan Persekutuan menyerahkan blok-blok tersebut kepada Brunei dan isu mengenai hak kedaulatan sempadan perairan di kawasan berkenaan tidak dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Rakyat.

"Kesemuanya (blok-blok berkenaan) milik mereka jadi bagaimana kita mahu mengarah mereka berbuat sesuatu? (Brunei mungkin berkata) jika anda mempunyai permintaan yang berpatutan, maka saya akan menimbangnya... tetapi jika anda mendesak, sudah tentu kami akan kata ia milik kami, mengapa kami patut tunduk kepada kemahuan anda?"

"Apa yang dipersetujui Brunei pada prinsipnya ialah mengenai perkongsian ... tidak kisah banyak manapun, tetapi paling penting ialah mereka menawarkan isyarat persahabatan, ia bukan tentang wang ringgit," kata beliau. - malaysiakini



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

Tiada ulasan: