Selasa, 22 Jun 2010

.

.


Susupan Petang

Posted: 22 Jun 2010 02:42 AM PDT

Menteri Otak Kemetot Nak Buang Tak Boleh...

MAAF lah kepala saya jadi panas dengan tiba-tiba bila mendengar Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menyelar Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan pemberita berhubung Jemaah Islam (JI). Kata Zaid Anwar tidak sepatutnya memanipulasikan isu berkenaan.

Saya rasa baik Menteri Pertahanan dan juga Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara dan juga Menteri Pelajaran tidak berapa masak dalam hal ini. Kalau Anwar tidak masak munasabah sebab dia ketua pembangkang di mana akan membangkang apa saja tidak kira makanan yang dihidangkan beracun atau lazat.

Kenapa saya kata tidak berapa masak ialah, kenapa mereka mendedahkan isu JI yang kononnya sudah meresap dalam kampus. Dan seperti mana kata Zahid seorang Profesor Madya terlibat dengan JI.

Saya percaya kalau polis bersama menteri-menteri tidak mendedahkannya, ketua pembangkang tidak akan bercakap. Ketua pembangkang tidak ada modal untuk dimanipulasikan! Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak akan bercakap. Dan rakyat juga tidak akan tahu mengenai hal itu. Bila menteri dan ketua polis dedah baru rakyat tahun yang ada JI di negara ini.

Selalu berlaku demikian. Kerajaan mendedahkan sesuatu tidak sepenuhnya. Dedah sikit-sikit dan samar-samar. Bila pihak pembangkang mempertikaikan mereka akan marah. Kata pembangkang mengambil kesempatan dan jadikan modal politik. Dalam kes JI saya kira baik ketua polis, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Pelajaran dan terbaru Menteri Pertahanan tidak payah cakap. Diamkan saja. baru-baru ini polis ada tangkap 10 orang warga asing, kenapa tidak dedahkan identiti mereka dan jelaskan apakah aktiviti dan jenayah yang mereka lalukan.

Kalau setakat tangkap masuk guni dan tidak ceritakan kepada rakyat dia jadi masalah. Zaman ini zaman segala maklumat tidak boleh disimpan di bawah karpet. Selain mahamah, polis yang ada kuasa menangkap, rakyat juga ada hak untuk menilai dan menghakimi dengan akal dan otaknya atas prinsip kebebasan.

Untuk apa Muhyiddin Yassin meminta semua Naib Cencelor jumpa ketua polis negara. Untuk apa pula Zaid sebutkan perkara ini kepada pemberita? Untuk apa? Untuk apa? Apakah untuk membendungnya atau untuk apa? Apakah dengan cara mendedahkan itu ia boleh dibendung? Atau tiba-tiba saja bila isu JI didedahkan mereka yang cuba menyebarkannya akan berhenti? JI ini bukan calang-calang anak. Saya rasa mereka tidak akan berhenti setakat ada menteri mendedahkan kegiatan mereka.

Sebab itu pendedahan menteri dan ketua polis mengenai JI itu tidak begitu jelas dan konkrit. Sebab itulah juga pembangkang membuat andaiannya ia ada motif politik. Bahawa kerajaan sengaja menimbulkan itu untuk menakutkan orang ramai. Menimbulkan kebimbangan. Dan ada benarnya juga kalau ada yang beranggapan kerajaan akan tangkap pemimpin pembangkang atas motif politik.

Kejadian mengkambinghitamkan pihak pembangkang ini bukan baru. Ia pernah berlaku sebelum ini. Dalam tahun 1986 atau 1987 yang tunjuk perasaan dan menimbulkan isu perkauman para pemuda Umno, yang kena tangkap pemuda Pas. Semua orang masih ingat. Zahid sendiri juga rasanya ada pengalaman mengenai tindakan rakus kerajaan ini tahun 1998 lalu. Apakah pengalaman yang dilalui itu tidak boleh dijadikan iktibar. Jangan munafik?

Di sini kalau kerajaan ikhlas hendak membenteraskan isu itu (kalau ada seperti mana dikatakan itu) ia tidak perlu dihebuhkan. Cekup perlahan-lahan dan sumbat ke dalam penjara. Masukkan ke dalam ISA. Tetapi kalau awal-awal sudah heboh riuh randah sekampung apa halnya? Belajarlah menjadi bijak dan cerdik sedikit.

Itu Zaid Hamidi pun tidak payahlah selar dan marahkan Anwar. Anda menteri pertahanan ada kuasa, ada bedil dan ada bom, bom sajalah tutup cerita. Kalau C4 milik tentera boleh dilepaskan untuk hancurkan Altantuya apa salahnya kalau ia digunakan untuk bom JI?

Kalau menimbulkan isu kerana nak burukkan Anwar nak hina Anwar rasanya tidak payah. Seorang menteri seharusnya ada wibawa, ada klas dan mempunyai integriti yang tinggi. Kalau Zahid atau Hishmuddin juga bercakap macam ketua pemuda cawangan malangnya kerajaan Najib Razak. Malang bagi Najib nak tukar menteri bodoh dan otak kemetot tak dapat kerana ahli parlimen Umno hanya ada berapa kerat saja. Al nasib.... [wm.kl. 6:00 pm 22/06/10]

Khabar Umno Selangor

Posted: 21 Jun 2010 07:54 PM PDT

Umno Selangor Sudah Mulai Berbau!

CERITANYA kecil saja, Mohamed Satim Diman iaini Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor tidak hadir mesyuarat pengurusan badan perhubungan itu malam tadi. Timbalannya Noh Omar menjelaskan yang Satim ada menghubunginya dan jelas kenapa tidak dapat hadir. Bendahari, Fatah Iskandar Mohamad Mansor dan Ketua Pemuda, Suhami Ghazali juga tidak hadir.

Kata Noh Omar Fateh dan Suhaimi tidak hadir kerana berada di luar negara. Kenapa tidak sampai tunggu mereka balik untuk adakan mesyuarat? Mereka adalah penting dalam mesyuarat itu. Kalau ketiga orang penting tidak ada macam mana mesyuarat itu dijalankan?

Apakah ketidakhadiran mereka itu khususnya Satim ada kena mengena dengan khabar angin sebelum ini menyatakan Satim akan keluar parti? Dalam politik biasanya ia bermula dengan khabar angin, kemudian bertukar menjadi khabar ribut selepas itu khabar taufan. Tup tup... tumbanglah segala pohon kayu kayan. Misalnya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak ia bermula dengan khabar angin. Pihak Pakatan membantahnya dengan keras, akhir sekali menungging makan tanah.

Satim bukan orang baru. Dia sudah empat penggal menjadi Adun Selangor. Dia lebih senior daripada bekas Menteri Besar, Mohamad Khir Toyo. Semasa Abu Hassan Omar bermasalah kerana skandal dengan adik iparnya, nama Satiman Diman disebut-sebut akan dilantik jadi MB.

Ertinya Satim Diman bukan sembarangan. Ada benarnya juga kalau beliau merasakan disisih dalam Umno. Atau merasakan dia yang patut menjadi Timbalan Pengerusi bukannya Noh Omar. Apakah ulah yang beliau buat kini untuk memperbetulkan Umno ataupun benar-benar mahu menyusahkan Umno? Ceritanya baru bermula...

Ada juga cerita mengatakan Satim Diam berminat dengan pembangkang? Walaupun cerita ini hanya 'cerita ceriti' saja ia tidak boleh dianggap sampah. Dalam politik semuanya boleh terjadi. Sampah pun boleh dijadikan emas. Mungkin kalau Najib Razak tidak cepat bertindak melendikkan keadaan apa saja akan terjadi. Sudah ada tanda-tanda Umno Selangor nak rusuk.

Umno Selangor tidak pernah merasai 'nikmati' kekalahan. Kekalahan merupakan neraka kepada mereka. Dalam keadaan hari ini tidak mungkin Umno juga akan terkena kepanasan neraka kekalahan itu menyebabkan akan ada orang-orangnya tidak tahan disula baham kepanasan. Kekalahan dan kehilangan kerajaan negeri menjadikan orang Umno Selangor nanar sampai tidak jumpa pintu untuk masuk rumah. Khir Toyo juga masih belum kebah sampai hari ini.

Mungkin Satim Diman sudah membentuk pasukannya sendiri atas nama nak betulkan Umno, atau secara terus terangnya nak suruh Najib buang Noh Omar jadi timbalan pengerusi. Mungkin dalam perkiraan Satim pendekatan Noh ala-ala gengstar itu tiak cocok dan menjauhkan lagi rakyat dengan Umno. Noh masih tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya, beliau kini sedang di kepung.

Dalam keadaan ini di manakah Khir Toyo! Tengoklah sehari dua nanti Najib akan panggil Umno Selangor ke rumahnya untuk memberi nasihat dan juga mendegar cerita dari Umno Selangor yang kini sudah mulai berbau! [wm.kl. 11:00 am 22/06/0]

Tiada ulasan: