Jumaat, 18 Jun 2010

al-brangi

al-brangi


'Petunjuk' yang paling tepat PRU13?

Posted: 17 Jun 2010 06:02 PM PDT

Presiden Umno mungkin teruja dengan tinjauan Merdeka Centre yang mendapati 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatannya.

Kalau nak diukur dengan kestabilan politik, sampai bila pun tak stabil, ingat senang ke nak dapatkan 'perfect 10'.

Kalau nak diukur dengan pemulihan ekonomi, amat jelas dan terang, tak perlu bersuluh lagi keadaannya.

Tetapi Umno/BN perlukan PRU untuk merampas balik 2/3 majoriti untuk memastikan kuasa Umno/BN betul-betul berkuasa untuk mematahkan tuntutan rakyat Kelantan dalam isu royalti yang tidak berkesudahan.

Walau apapun seseorang pemimpin amat memerlukan populariti untuk mengekalkan kuasa, diikuti kestabilan parti-parti komponen. Penunjuk ekonomi tidak membantu sangat dalam membuat keputusan, kerana ia boleh di'make-up' untuk nampak cantik.

Tetapi jikalau petunjuk ekonomi sudah terlampau parah, sudah tak berdaya lagi di'make-up', maka dengan sendiri populariti akan menurun.

Presiden Umno seboleh2nya tidak mahu melepas peluang keemasan ini, bagi seorang 'striker', 'half-chance' yang diperolehi akan menjelma menjadi gol.

Dengan mencongak secara kasar, tidak mungkin dalam waktu terdekat, dengan mengambil kira bulan puasa, bulan haji dan banjir menanti di separuh terakhir tahun 2010, maka tahun 2011 memerlukan Pakatan Rakyat memanaskan badan lebih awal.

al-brangi:

Petunjuk yang paling tepat ialah apabila kita popular selain dari manusia ialah di kalangan kucing-kucing.

'BEBAS', 'Made-in-Malaysia'?

Posted: 17 Jun 2010 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa tempatan bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. mStar.

Datuk Seri Anwar pernah berkata, di Malaysia kita bebas bercakap, tetapi selepas bercakap kita tidak akan bebas.

Maknanya selepas bebas bercakap, lambat laun akan kena 'ngap'.

Begitu juga dengan media baru, telah wujud 2 juta blogger, kononnya membuktikan media massa tempatan sudah bebas mengkiritik, tetapi selepas bebas mengkritik mereka tidak akan bebas, pasti lambat laun akan di'ngap'.

Bercakap pasal 'bebas', Ahli Parlimen Batu telah dikurangkan denda kepada RM2000 atau penjara 2 bulan, maka beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Batu.

Dikhabarkan bekas Ketua Pemuda Umno dibebaskan oleh Mahkamah dari pertuduhan rasuah kerana saksi tidak konsisten memberi kenyataan.

Ini juga menunjukkan di Malaysia sistem penghakiman adalah bebas? mStar.

Di Malaysia juga wujud ribuan Surau dan Masjid......menunjukkan rakyat bebas menunaikan tuntutan Agama dalam masa yang sama juzuk 'politik' tidak dibenarkan disentuh dan penceramah memerlukan tauliah walaupun memiliki bergulung-gulung ijazah dan sijil.

Adakah ini dikatakan bebas atau kebebasan bersyarat atau kebebasan berhemah?

Di Parlimen, Ahli Parlimen bebas bercakap dan bebas bertanya, tetapi selepas bebas bercakap, seseorang dihadapkan kebawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Adakah ini yang dikatakan bebas atau kebebasan terpilih?

al-brangi:

Hari2 kedengaran kes pasangan berkhalwat, adakah ini sudah wujud seks bebas di Malaysia?

Kenapa dengan Selebriti ni? ......alahai.....

Posted: 17 Jun 2010 01:00 AM PDT

Kata orang kalau nak cepat jadi janda terkenal, jandan meletup, jadi tiba-tiba 'top' secara 'instant mee' kahwinlah dengan golongan artis atau selebiriti.

Artis atau selebiriti pulak, kalau nak cepat jadi janda yang popular lagi meletup......nak tunggu anugerah artis paling popular......alahai.....sikit pulak peminat hantar sms......kahwinlah dengan orang 'besar-besar' seperti ahli politikus (dibaca sebagai ahli politik yang nampak berani, tapi penakut seperti tikus) atau yang lebih 'besar-besar' lagi dari itu.

Satu lagi 'andaian' yang sinonim dengan kebanyakkan selebiriti ialah......kalau tak ambik dadah bukanlah artis namanya.....kalau tak khalwat, bukanlah artis namanya.....kalau tak bercerai, bukanlah artis namanya.....kalau tak curang.....bukanlah artis namanya.....kalau tak pukul bini, bukanlah artis namanya.....kalau tak rampas laki orang, bukan artis namanya......alahai.....

Ramai juga yang mengatakan......kalau tak pakai pakaian yang hanya menutup 'tempa-tempatt' tertentu je bukanlah artis namanya.....

Tapi, tak baik jugak ambik yang 'buruk-buruk jer'......yang negatif-negatif jer yang selalu dikaitkan dengan artis.....yang dipadankan dengan artis.....yang positifnya pun banyak jugak kan?.....bukankah menunaikan Umrah dan Haji itu ramai juga yang dari golongan artis dan selebriti?

Terpulang kepada golongan artis dan selebriti untuk membuktikan atau me'nanggal'kan stigma negatif itu melekat di diri dan badan masing-masing......kerana mereka sudah menjadi ikon kepada remaja yang memuja golongan ter'sohor' itu. Setiap inci pergerakkan diikuti dan cuba ditiru.

al-brangi:

Tepuk dada tanyalah iman, samada anda amat kepingin serta ber'selera' terjun ke lembah yang penuh dengan 'glamour' itu.

Ingat, bintang di langit tidak selalu berkerdip, apabila terlindung awan, hilanglah serinya, muramlah langit.

Pesta 'Jual Obat' ke?

Posted: 16 Jun 2010 09:30 PM PDT

Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang sepatutnya diresmikan oleh orang yang paling popular di kalangan orang-orang Umno, tetapi tidak di kalangan orang-orang Kelantan telah bertukar menjadi 'Pesta jual Ubat'. [sila baca di Perisik Rakyat .]

al-brangi:

Tiada satu yang pasti, jauhkan diri hasad dan dengki.

Teringat akan daku lagu Obat seperti di bawah ini:

(P Ramlee)
Inilah obat hai sungguh istimewa
Kalau salah sapu bangun pagi hilang nyawa
Obat batuk kering batuk basah demam selsema
Mari beli obat ini gerenti puas hati

( korus )
Hai obat hai obat mari beli obat
Kalau lambat-lambat tak dapat
Hai obat hai obat mari beli obat
Kalau salah obat melompat

(A R Tompel)
Obatlah ini buat dari akar kayu
Jika salah sapu badan licin tumbuh bulu
Obat angin merdu angin kuskus mata kelabu
Mari beli obat ini ...gerenti puas hati

( ulang korus )

(Ibrahim Din)
Ini obatlah hai nama makjun sangkut
Kalau banyak makan sihat-sihat jadi semput
Obat sakit otak lenguh sendi angin senggugut
Mari beli obat ini gerenti puas hati

( ulang korus )

Nyanyian :P.Ramlee, AR Tompel (Kedua2nya Allahyarham) dan Ibrahim Din dalam Filem Do Re Me, tahun 1966

Dingin, Panas, Bingit, semuanya mengeciwakan

Posted: 16 Jun 2010 06:30 PM PDT

Banyak sangat cerita pelik lagi sensasi tapi semuanya benar belaka.

Semuanya ini berada dalam ilmu Allah, hatta seekor anak semut hitam meninggal dunia di malam yang kelam, semuanya berada dalam ilmuNya.

Manusia hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
  • Kita ada mendengar Singapura dilanda banjir kilat satu dua hari lepas. Sebagai sebuah negara kecil yang maju, yang bersih dari segala kekotoran, bebas dari longgokan sampah sarap, mempunyai sistem perparitan yang efisen, rupa-rupanya negara yang penuh dengan 'hutan batu' ini tidak dapat menyerap hujan yang lebat kerana hujan itu bukan dalam kawalan manusia.
  • PM Najib terpaksa balik awal. Sepatutnya beliau akan meresmikan Karnival Kelantan Fiesta 2010 malam tadi tetapi terpaksa balik awal berkemungkinan kerana tidak mahu menanggung malu. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian itu kerana pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Manusia berpolitik, tapi allah menentukan segala2nya, ditakdirkan hujan turun dengan lebatnya seawal jam 8:30 malam diikuti ribut yang hampir hampir terangkat khemah-khemah peniaga di Dataran Stadium. Siaran Langsung terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun berbagai persiapan yang maha hebat telah diusahakan sejak dari minggu lepas [sumber .]
  • Johan Euro 2008, Sepanyol selaku pasukan favorit menjadi juara Piala Dunia telah kecundang kepada pasukan tanpa bintang Switzerland, dengan jaringan satu kosong. Juga tiupan keramat vuvuzela lagi amat bingit gagal menyemarakkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan apabila tersungkur di kaki Uruguay, tiga gol tanpa balas.
  • Penyampai berita TV3 yang menggemparkan negara apabila bernikah dengan Sultan Brunei kira-kira lima tahun yang lalu, telah bercerai semalam dengan talak satu. [sumber.]
al-brangi:

Sesungguhnya manusia amat lemah tetapi kekadang berlagak jaguh.

Undi Felda Tidak Merudum

Posted: 16 Jun 2010 07:10 AM PDT

"Kerajaan tidak menggelapkan wang tersebut, (tetapi) ia disumbangkan untuk kebajikan masyarakat," kata Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian, menjawab soalan dari kerajaan dan wakil pembangkang.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.
[sumber .]

al-brangi:

Begitulah Umno/BN bijak mengurus duit.

Harta Felda merudum, yang tak merudum hanyalah UNDI dari Felda.

Umno hanya mementingkan undi dari 'titik peluh' peneroka.

Tiada ulasan: