Ahad, 6 Jun 2010

Ajijoi

Ajijoi


XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Langkap

Posted: 06 Jun 2010 01:28 AM PDT

LANGKAP 5 JUN: Jam 2.30 petang, kami tiba di Pusat Khidmat Masyarakat PKR Dun Sg Manik, Langkap.

Kelihatan ramai yang telah menantikan ketibaan rombongan xpdc ini di sana.

Teruja bersalaman dengan Dato Seri Haji Nizar

Ustaz Ahmad Awang, YB Drs Khalil Idham Lim,
Tuan Haji Razman Zakaria (YDP Lenggong) dan
YB Zainuddin Yusuf

Pengerusi majlis pada petang ini

Menyampaikan ucapan alu-aluan kepada rombongan
xpdc PR Perak

Berehat di bawah teduhan bendera PKR

YB Yunus Jamhari menyampaikan ucapan daripada
pihak PKR selaku tuan rumah


Dikesan 3 orang SB yang berdiri merakam dan memerhatikan
majlis pada petang ini


Muslimat juga turut sama memeriahkan majlis

Giliran Dato Ngeh Koo Ham pula untuk berucap

Rakaman tetap diteruskan. Untuk menyaksikan rakaman
tersebut, anda terpaksalah mencari di blog mereka


Dato Seri Nizar menyampaikan ucapannya

Mesej yang tetap sama dibawakan kepada masyarakat
bahawa judi itu tetap HARAM


Selepas majlis di Langkap ini, bas kemudiannya bertolak ke Teluk Intan jam 2.50 petang. Tetapi saya tidak mengikuti bas rombongan tersebut kerana terpaksa pulang ke Ipoh. Mohon berbanyak kemaafan kepada ketua rombongan kerana saya tidak dapat menghabiskan xpdc kali ini.

Xpdc PR Perak ini berterusan sehinggalah kepada ceramah di Pasir Panjang dan Bagan Datoh pada waktu malamnya.

Ceramah di Pasir Panjang boleh anda ikuti laporannya di Manjung Mari.

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Solat Zohor

Posted: 06 Jun 2010 01:19 AM PDT

CHENDERONG BALAI 5 JUN: Kami tiba di Masjid Al-A'ala, Chenderong Balai pada jam 1.45 petang untuk menunaikan Solat Zohor.

Kesemua peserta rombongan yang beragama Islam turun untuk menunaikan solat manakala yang bukan beragama Islam berehat di dalam bas.

Ust Zawawi Hassan bersama Tuan Guru Haji Abu Bakar
sedang mengambil wudhu

Solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Pesuruhjaya
PAS Perak

Selesai solat Zohor, rombongan xpdc diraikan dengan
jamuan ringan

Berbincang sambil menikmati jamuan ringan

Ahli qariah masjid juga turut bersama-sama meraikan
peserta-peserta xpdc

Masjid Al-A'ala, Kg Kunci Air Besar, Lubuk Kubung,
Chenderong Balai, Teluk Intan

Masjid yang luas dan nyaman. Pengurusannya yang begitu baik dan amanah menjadikan masjid ini begitu makmur. Kebersihan bangunan dan tandasnya juga terjaga dengan rapi.
Syabas kepada ahli jawatankuasa masjid ini.

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Stesen bas Kg Gajah

Posted: 06 Jun 2010 12:51 AM PDT

KG GAJAH 5 JUN: Stesen bas Kg Gajah menjadi lokasi seterusnya untuk rombongan xpdc bertemu dengan rakyat di sana.

Waktu menunjukkan jam 12.50 tengahari dan kelihatan ramai orang berada di stesen bas tersebut.

Di sini, nasi bungkus juga disediakan sebagai hidangan makan tengahari rombongan xpdc. Tiada hidangan mahupun buffet sepertimana biasa. Tetapi bagi peserta daripada bas rombongan kami, rata-ratanya telah pun kenyang dengan hidangan di majlis perkahwinan tadi. Manakala peserta-peserta daripada bas rombongan yang satu lagi, inilah masanya untuk mereka menikmati jamuan tengahari mereka.



Tuan Guru Haji Abu Bakar diminta untuk berucap sesuatu
kepada warga Kg Gajah.


Sedia berkhidmat. Kancil yang berada di kawasan gajah.

Pemandu kancil tersebut adalah OCPD yang kelihatan tidak tentu arah. Sekejap berdiri, sekejap duduk di dalam kereta, sekejap memanggil penganjur sambil mengatakan sesuatu.
Bekalan elektrik daripada deretan kedai yang berhampiran yang merupakan sumber elektrik untuk pembesar suara telahpun terpotong. Disengajakan ataupun tidak, Wallahu'alam.
Namun begitu, ucapan tetap juga berlangsung dengan bekalan bateri kereta. Begitulah janji Allah kepada para pejuang agamanya sepertimana ayat yang diajarkan Apco kepada Najib, "U help me, I help U".

Mungkin itulah yang memeningkan kepalanya sehingga tanpa sedar menyedut rokok tanpa api sambil berdiri ditengah panas. Dikepalanya mungkin ligat berputar, "apa aku nak jawab dengan penyewa khidmat yahudi tu nanti".

Ustaz Misbahul Munir juga turut hadir. Tunggu bas nak balik
kampung ke ustaz?

YB Idham Lim menikmati hidangan
tengahari beliau

"Kami makan lagi sedap tadi, lauk pengantin", usik Tuan
Guru Haji Abu Bakar kepada YB Idham Lim

Dato Ngeh Koo Ham turut berucap




Ucapan daripada Dato Seri Haji Nizar pula

Berapi-api ucapannya mengenai lesen judi

Terlupa nak ambil gambar ocpd tadi, mungkin rokok
yang terlekat dicelah bibirnya telah ternyala dengan
sendirinya akibat ucapan Dato Seri Nizar ini

Bersalaman dengan pemimpin yang dikagumi








Kami bertolak dari sini pada jam 1.15 petang.

Minta maaf kepada mana-mana individu yang terkena usikan nakal blogger ini.

Suasana yang panas apabila dipanaskan lagi, mungkin boleh bertukar menjadi sejuk pula.

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Pekan Bota

Posted: 05 Jun 2010 10:12 PM PDT

BOTA 5 JUN: Jam 12.20 tengahari, rombongan kami tiba di Pekan Bota. Aktiviti yang sedang berjalan di sana sejak pagi lagi ialah pemeriksaan kesihatan percuma dan juga kaunter daftar pengundi yang dibuka untuk orang ramai di pekan tersebut.

Rombongan xpdc disambut ramah oleh orang Bota dengan
diketuai oleh Ustaz Ismi

Sdr Salman Salleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak sedang
menjalani pemeriksaan kesihatannya bagi mengetahui
tahap bahayanya kedudukan Pemuda Umno Perak yang
semakin hari semakin lumpuh

Dato Seri Haji Nizar juga mengambil peluang untuk memeriksa
tahap kesihatannya


Ok lagi ni, kuat lagi nak lawan dengan Umno ni...


Pesuruhjaya PAS Perak juga memeriksa kesihatan beliau

Biarpun umur kian meningkat, namun semangat dan kekuatan
jiwa untuk menegakkan kalimah Allah dibumi Malaysia ini
masih kuat dan bertenaga

PAPISMA (Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia) yang
diketuai oleh Dr Najihah mengendalikan pemeriksaan
kesihatan secara percuma untuk orang awam di Bota hari ini

Pemuda Umno Perak berada di dalam keadaan yang
merbahaya apabila tahap kesihatan Ust Zawawi Hassan,
Ketua Pemuda PAS Perak disahkan baik

Check darah ye...darah manis ker?

Dato Seri Nizar berbual dengan orang awam di Bota

Mengunjungi kedai makan di pekan tersebut

Melambaikan tangan untuk terus menuju ke destinasi
seterusnya. Meninggalkan pekan Bota jam 12.35 tgh

Blogger tak sempat untuk memeriksa tahap kesihatannya. Tetapi yang pastinya, tahap kesihatan 'poket'nya yang selalu di dalam keadaan yang tidak sihat.

Teringat kata-kata hikmat antara blogger dengan blogger mengenai 'kesihatan poket': "Sapa suruh gatai nak jadi blogger".

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Memenuhi jemputan kenduri kahwin

Posted: 05 Jun 2010 08:53 PM PDT

AYER TAWAR 5 JUN: Rombongan xpdc singgah bagi memenuhi jemputan perkahwinan oleh Tuan Haji Osman.

Biarpun jam menunjukkan baru pukul 11.40 pagi, ketibaan kami telah lama dinanti-nantikan oleh tuan rumah dan juga tetamu yang lain.

Pimpinan PR Perak menuju ke rumah pengantin

Tuan Haji Osman menyambut ketibaan rombongan xpdc

Gembira sungguh Tuan Haji Osman dengan kesudian
Dato Seri Haji Nizar dan rombongan singgah
ke majlis perkahwinan anak ketiganya

Antara tetamu yang menyambut ketibaan Dato Seri Nizar

Berbual mesra

Ramai yang bertanya khabar

Sikitnya Dato Seri makan


Tuan Guru Haji Abu Bakar menunggu giliran

Dakwah berterusan. Dato Ngeh mendiamkan diri sebagai
tanda hormat apabila Dato Seri Haji Nizar membacakan
doa sebelum makan

Pesuruhjaya PAS Perak turut menikmati hidangan

Bergambar kenangan bersama tuan rumah

Dato Seri Haji Nizar diminta untuk berucap

Mengingati sekalian yang hadir mengenai hukum Allah
Taala bahawa judi itu tetap haram biarpun berlesen


Tuan Haji Osman begitu berpuas hati dengan kunjungan
rombongan xpdc pimpinan PR Perak yang memeriahkan
lagi majlis perkahwinan anjurannya itu

Ini bukannya rakaman untuk TV3. TV1 apatah lagi.
Setakat video majlis perkahwinan saja.

Opah berdua ini pun seronok dengan rombongan kami

Kami berada dimajlis perkahwinan itu sehingga jam 12 tengahari sebelum berangkat meneruskan xpdc hari ini.

Terima kasih berbanyak-banyak kepada Tuan Haji Osman sebagai tuan rumah yang sudi mengundang dan melayani kami dengan makanan yang sedap-sedap.
Semoga perkahwinan anak Tuan Haji berkekalan untuk selamanya.

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Ladang Bilham Bt. 19 Ayer Tawar

Posted: 05 Jun 2010 08:15 PM PDT

AYER TAWAR 5 JUN: Ketibaan kami telah dinantikan oleh penduduk di Ladang Bilham Batu 19, Ayer Tawar.

Ketibaan kami pada 11.30 pagi itu disambut penuh mesra oleh mereka di sana.

Selamat datang

Terima kasih kerana sudi melawat kami di sini

Gembira teramat bertemu dengan Pesuruhjaya PAS Perak

Penduduk India yang begitu gembira dengan kehadiran
Dato Seri Haji Nizar

Kaki kudung tidak menghalang untuk bersama-sama
menyambut rombongan xpdc PR Perak

Mengambil peluang untuk bergambar bersama pimpinan

Dua kumpulan keselamatan. Sebelah kiri para SB manakala
sebelah kanan pula adalah Unit Amal. Tugas lain-lain, niat
pun lain-lain.

Terima kasih banyak-banyak, Dato Seri. Lain kali singgah
le lagi menjenguk kami di sini.

11.35 pagi kami meneruskan perjalanan.

Sungguhpun kunjungan cuma sebentar, namun impak yang dirasakan oleh mereka begitu besar dan berharga apabila ada pihak yang masih mengambil berat terhadap mereka.

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Pekan Beruas tiba-tiba bertukar sibuk

Posted: 05 Jun 2010 07:01 PM PDT

BERUAS 5 JUN: Pekan Beruas yang pada mulanya kelihatan begitu muram dan sunyi, tiba-tiba bertukar menjadi sibuk dan bernyawa apabila rombongan xpdc kami tiba pada jam 10.25 pagi.

Kawasan pasar dan sekitarnya kini bertambah ramai dengan orang yang keluar untuk bersalaman dan beramah mesra bersama pimpinan PR terutamanya Dato Seri Nizar dan Dato Ngeh Koo Ham yang juga ahli parlimen Beruas.

Selamat datang ke Beruas, Dato Seri

Semua persiapan telah diatur dengan baik, Dato

Apa khabar? Sihat? Teguran biasa Dato Seri Nizar setiap
kali bertemu rakyat





Kemana pulak kita? Ikut sini ke?

Perakam video oleh 'blogger' polis. SB le maknanya tu.

Sukanya Nyonya ini disapa pimpinan PR Perak




Lagi SB yang dikesan mengambil gambar

Ini motor ke MPV?

Dato Seri Nizar bermesra dengan peniaga-peniaga di pasar


Apa khabor, Yob? Kemana hari ni?




Boss SB datang meminta laporan

Seorang lagi SB yang dikatakan didatangkan daripada
Manjung

Manjung dah lebih orang ke Ane? Kalau
berlaku jenayah di sana, macam mana?

Apa dibuat tu, Yong?

Cuba try rasa kuih Simpul Kasih ni

Kenapa semua gelak sakan ni? Ohhhh...patut la. Cuba
zoomkan gambar ni. Pasti nampak anjing-anjing Apco
kemain menyalak-nyalak dibelakang nun



Pelancong daripada Holland (Belanda) juga gembira
bertemu dengan pimpinan PR Perak

"Saya tahu banyak mengenai awak melalui internet. Sekarang
sedang berlangsung pilihanraya di Belanda, nasib baik tiada
orang seperti Zambry yang suka merampas kerajaan di sana."
kata pelancong dari Belanda ini kepada Dato Seri Nizar

Mengambil peluang bergambar dengan Dato Seri Nizar dan
pimpinan PR Perak yang lain

Bagaikan foto kempen pilihanraya sebelum merdeka dahulu

Jam 11.05 pagi, kami meninggalkan pekan Beruas bersama-sama bekalan kuih karipap dan air mineral.

Hari telah mula panas terik tetapi ahli rombongan xpdc masih tetap bertenaga dan bersemangat sepertimana sewaktu bertolak dari Masjid Ridhuaniah, Kuala Kangsar pagi tadi.

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Singgah sebentar ke Simpang Tiga, Manong

Posted: 05 Jun 2010 04:29 PM PDT

SIMPANG TIGA, MANONG 5 JUN: Sungguhpun tiada di dalam susunan program untuk singgah di Simpang Tiga, Manong dan ditambah pula dengan hambatan waktu, rombongan kami tetap memenuhi hajat warga di situ kerana ramai yang telah sedia menunggu sejak pagi lagi untuk menyambut kami.

Betapa keriangan jelas terpancar di wajah-wajah mereka apabila bas kami berhenti disimpang jalan tersebut.

Gembira sungguh dapat berjumpa dan bersalam dengan
Dato Seri Haji Nizar

Terima kasih berbanyak Dato Seri kerana sudi singgah
menjenguk kami

Ramai yang dah beratur menyambut rombongan xpdc

Pesuruhjaya PAS Perak disambut mesra


Warga muda juga seronok bertemu dan bersalaman
dengan pimpinan Pakatan Rakyat Perak


Kegembiraan jelas kelihatan di wajah warga emas ini



Ramai kaum wanita yang menyambut rombongan xpdc

10.15 pagi kami meneruskan perjalanan xpdc.

Memenuhi hajat orang merupakan satu kepuasan buat ahli-ahli rombongan xpdc ini.

Tiada ulasan: